~ STICKY MODE ~
untuk entry terkini sila scroll ke bawah
alhamdulillah dulu masa aku baru habis praktikal, aku terus dapat kerja. masa tu aku memang tak memilih langsung kerja apa. aku cuma niat aku nak kerja. walaupun gajinya jauh lebih rendah daripada kelayakan pun aku tak kisah. sempatlah aku kerja kat pejabat peguam tu 2 tahun.
untuk entry terkini sila scroll ke bawah
alhamdulillah dulu masa aku baru habis praktikal, aku terus dapat kerja. masa tu aku memang tak memilih langsung kerja apa. aku cuma niat aku nak kerja. walaupun gajinya jauh lebih rendah daripada kelayakan pun aku tak kisah. sempatlah aku kerja kat pejabat peguam tu 2 tahun.
dalam masa kerja tu aku ushar kerja lain juga dan dapat pulak kerja kat Norida Cable & Construction. kerja kat situ adalah tak sampai setahun dapat pulak tawaran kerja yang sekarang ni. memang bersyukur sangat-sangat diberikan rezeki tak susah cari kerja.
aku faham pada graduan-graduan yang menganggur sekarang ni macam mana perasaan diorang tak dapat kerja lagi. pada pendapat aku sementara menunggu kerja yang sesuai kerjalah dulu mana-mana. memanglah mungkin gaji tak seberapa tapi pengalaman tu yang penting. kadang-kadang kita boleh gunakan pengalaman tu bila kita dah kerja yang sesuai dengan kelayakan.
oklah kepada sesiapa yang masih mencari kerja, yang nak cari kerja baru atau ada sedara-mara yang tengah menganggur tu bolehlah pergi ke temuduga terbuka ni.
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja Peringkat Negeri Pahang 2011
Tarikh : 19 & 20.2.2011
Masa : 9.00 pagi-4.00 petang
Tempat : Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota
Aktiviti :
1. Temuduga Terbuka
2. Pameran Kerjaya
3. Pendaftaran Online JobsMalaysia
4. Khidmat Nasihat Pekerjaan
kepada orang-orang Pahang khususnya penduduk di Kuantan bolehlah buat persediaan. pakaian tu kenalah kemas kan. bawalah segala sijil-sijil yang ada tu dan cubalah dalam temuduga ni. mana tau ada rezeki kan.
untuk maklumat lanjut dan nak tau destinasi temuduga terbuka di seluruh Malaysia bolehlah pergi ke...
Lina
5 comments:
sesiapa yg duk tanam anggur tu boleh la mencuba ye.. errmm.. cuaca panas skrg ni anggur tak brp jadik..
banyak ina buh info tuh..harap dpt menolong utk sapa yg lom dpt keroje
http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif.html
nina juliana
tu lar pasal kan...nunggu anggur x msk2 baiklah cuba nasib
atty
info yg boleh dikongsi serba sedikit
Post a Comment