Friday, February 4, 2011

Buat apa semalam?

memandangkan jam dah pukul 1.00 pagi, dah masuk hari seterusnya lar kan.  apa yang aku buat hari semalam yer?  emmm basuh baju, jemur baju, kemas rumah sikit-sikit.  petangnya en khairol bawa kami anak-beranak pergi jalan-jalan.  alar round kat area Balok, Beserah, singgah makan mee calong.  lepas tu en khairol singgah kat Taman Teruntum.  ramai betul orang.  kalau pergi Teluk Cempedak lagi ramai rasanya.

balik rumah dah petang.  singgah jap kat Tunas Manja beli barang nak buat nasi lemak. masa sampai kat simpang ke rumah nampak 3 orang aku pun tak pasti orang Vietnam ker, Myanmar ker yang pasti bukan Indonesia lar sebab dialeknya lain.  ohhh diorang dapat ikan toman...punyalar besar.  en khairol bese lar kan bila nampak ikan-ikan ni terus tanya diorang tangkap kat mana.  ohhh rupanya kat sungai dekat jer. memang rezeki diorang lar.  takyah beli lauk lar nampak gayanya hehe.


dalam pukul 10 lebih tadi, tengok jiran-jiran Cina kat rumah aku ni main mercun dan bunga api.  mercun yang cantik tu pun ada.  nanti aku upload video yang aku ambil.  ohhh peti ais rumah aku pun dah penuh dengan limau-limau pemberian jiran-jiran aku ni.  sampai kitorang pun beri kat mak ayah kitorang sebab banyak sangat.  nampak gayanya sebulan ni buang air pun bau limau kot hehe.

Lina

1 comment:

.::Lynn::. said...

dam dam dum bunyi mercum.... kat sini pun munyi jugak...