aku rasa macam dah lama tak masuk ofis. ye lar ari Khamis dan Jumaat lepas kan aku pergi Cameron. pas tu Sabtu, Ahad. Hari Isnin pulak aku amik cuti dan hari Selasa kan cuti umum Maulidur Rasul. emmm 6 hari tu tak kerja. arghhhhh malasnya nak pergi keje!!!
selama 6 hari tu macam-macam perkara berlaku. yang paling mengejutkan ari Sabtu lepas aku dikejutkan dengan berita sedih. rakan lelaki yang aku kenali telah meninggal dunia. meninggal akibat lemas semasa memancing di Sungai Lembing. sebenarnya arwah ni bukan rakan sekolah tapi kami sekampung jadi kenallah. rapat masa aku dan arwah belajar silat sama-sama. arwah ni muda setahun ke 2 tahun daripada aku. lepas aku berhenti belajar silat dah tak jumpa dah cuma ada lar terserempak sesekali.
jumpa semula masa aku mula-mula kerja kat SUK. arwah pulak dapat kerja kat CELCOM. masa tu pergi naik bas. lepas tu adalah dekat 5 tahun tak jumpa sampailah dengar berita dia meninggal. memang terkejut sangat-sangat. al-Fatihah untuk arwah.
Lina
2 comments:
Al fatihah utk arwah..semoga roh beliau ditmptkan dikalangan org2 yg beriman
al fatihah. moga ditempatkan dlm kalangan org beriman. amin
Post a Comment