Tuesday, February 8, 2011

25 Fakta Tentang Diri Sendiri

bila tak ada idea barulah rasa apa-apa yang ditagkan kepada kita tu berguna sangat-sangat :).  ok sekarang ni nak langsaikan hutang tag daripada Teratak Bonda.  kena listkan 25 fakta mengenai diri sendiri.  emmm banyak tu tapi saya akan cuba listkan yer.

1. Pada 3 Julai 2011 ini saya akan genap berumur 34 tahun (haa prepare hadiah tau korang hehe)

2. Anak keenam daripada 7 orang adik-beradik

3. Dari kecil saya tinggal dengan nenek dan atuk sebelah mak yang saya panggil mak dan abah tapi dua-dua dah meninggal

4. Saya pernah duduk kat berek polis, IPD Kuantan sehingga berumur 6 tahun

5. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Permatang Badak, Kuantan

6. Pernah sertai koir masa sekolah rendah

7. Pernah menjadi Pengawas Pusat Sumber

8. Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad, Bandar Indera Mahkota

9. Menyambung pelajaran di UiTM Jengka ambil kursus Sains Kesetiausahaan

10. Pernah bekerja di Pejabat Peguam

baru 10 ada lagi 15 fakta lagi...

11. Bertunang pada tarikh 3 Julai 2004 sempena hari birthday

12. Bernikah pada 3 Jun 2005

13. Melahirkan anak pertama pada 7 Mac 2006

14. Melahirkan anak kedua pada 5 Ogos 2009

15. Mempunyai seorang bff...dari kecil sampai sekarang

16. Berkenalan dengan suami di Langkawi padahal kerja di jabatan yang sama dan tak pernah pun kenal semasa di tempat kerja

17. Dapat lesen kereta pada tahun 2000 semasa berumur 23 tahun

18. Mula-mula bawa kereta sendiri lepas dapat lesen pada tahun 2002

19. Sangat suka kucing tapi tak dapat nak bela sebab suami kureng :)

20. Pernah patah tangan masa kecil tapi alhamdulillah pulih selepas berubat cara tradisional

21. Pertama kali naik kapal terbang pada tahun 2010 ke Bandung, Indonesia...jakun kejap :)

22. Sangat suka main bowling

23. Bulan Oktober 2011 genap 9 tahun bekerja di pejabat sekarang

24. Sangat suka dengan coklat

25. Seorang yang pendiam tetapi bila jumpa geng yang sekepala terus jadi peramah tak hengat

ok siap.  rasanya itu jer yang dapat difikirkan.  puas juga nak cukupkan 25 fakta tu hehe.  rasa-rasanya tak payahlah tag sesiapa yer tapi kalau ada yang nak buat dipersilakan.

Lina

6 comments:

Miecyber said...

Pengakuan yang teluss. Hehehhe

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Lina said...

Miecyber

fakta kan bukan auta hehe

Lina said...
This comment has been removed by the author.
attyfir said...

suka coklat..itu kita sama..

Lina said...

atty

emmm dpt makan coklat mmg nikmat :)

nikkishara said...

yeeessss....nak tambah lagi satu fakta boleh tak.....saya mempunyai mata yang chantekkkkk.....

Share |