Monday, February 21, 2011

Let's Pink With Faceblog

aku tengok sana-sini blog ada jer huruf fb kaler pink ni. adakah mr. mark telah bosan dengan kaler biru jadi bertukar ke kaler pink? adakah sebab dalam hati mr.mark ada taman hehe.  ohhh tapi tak mungkin sebab si Mark tu kan buta warna takkan bole tukar jadi pink pulak kan.  jadi dengan perasaan ingin tahu paksa juga jari ni klik pada banner fb pink tersebut.

"TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA"

(ini copy daripada faceblog yer)

ok rasanya statement kat atas dah dengan jelas menerangkan apa tujuan faceblog ni diwujudkan.  belek punya belek menarik juga faceblog ni.  sapa yang nak berchatting boleh ke chatting room.  disediakan juga vvip room kepada blogger yang berjaya membawa 10 orang ahli baru ke faceblog.  ha menarik bukan.

jadi korang marilah kita ber faceblog pulak.  apa salahnya kan boleh kita menambahkan lagi kenalan di kalangan blogger ni.  untuk maklumat lanjut mengenai faceblog ni korang bolehlah klik kat bawah ni yer.



Lina

Sunday, February 20, 2011

Kerja Oh Kerja

~ STICKY MODE ~

untuk entry terkini sila scroll ke bawah

alhamdulillah dulu masa aku baru habis praktikal, aku terus dapat kerja.  masa tu aku memang tak memilih langsung kerja apa.  aku cuma niat aku nak kerja.  walaupun gajinya jauh lebih rendah daripada kelayakan pun aku tak kisah.  sempatlah aku kerja kat pejabat peguam tu 2 tahun. 

dalam masa kerja tu aku ushar kerja lain juga dan dapat pulak kerja kat Norida Cable & Construction.  kerja kat situ adalah tak sampai setahun dapat pulak tawaran kerja yang sekarang ni.  memang bersyukur sangat-sangat diberikan rezeki tak susah cari kerja. 

aku faham pada graduan-graduan yang menganggur sekarang ni macam mana perasaan diorang tak dapat kerja lagi.  pada pendapat aku sementara menunggu kerja yang sesuai kerjalah dulu mana-mana.  memanglah mungkin gaji tak seberapa tapi pengalaman tu yang penting.  kadang-kadang kita boleh gunakan pengalaman tu bila kita dah kerja yang sesuai dengan kelayakan. 

oklah kepada sesiapa yang masih mencari kerja, yang nak cari kerja baru atau ada sedara-mara yang tengah menganggur tu bolehlah pergi ke temuduga terbuka ni.

Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja Peringkat Negeri Pahang 2011

Tarikh : 19 & 20.2.2011

Masa : 9.00 pagi-4.00 petang

Tempat : Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota

Aktiviti :

1. Temuduga Terbuka

2. Pameran Kerjaya

3. Pendaftaran Online JobsMalaysia

4. Khidmat Nasihat Pekerjaan

kepada orang-orang Pahang khususnya penduduk di Kuantan bolehlah buat persediaan.  pakaian tu kenalah kemas kan.  bawalah segala sijil-sijil yang ada tu dan cubalah dalam temuduga ni.  mana tau ada rezeki kan.

untuk maklumat lanjut dan nak tau destinasi temuduga terbuka di seluruh Malaysia bolehlah pergi ke...



Lina

Friday, February 18, 2011

Lucky



tengah layan lagu ni sekarang...best lar lagu ni...layanzzzzzzzzz


Lina

Menyakat Qistina

sejak dah sekolah tadika ni dah banyak perubahan pada qistina.  cara bercakap pun dah banyak perubahan.  dari mula dia pandai bercakap memang tak pelat cuma ada berapa huruf jer.  macam b jadi d.  contohnya kalau cakap habis jadi hadis hehe aku dengan en khairol selalu sakat dia pasal tu.

lagi satu ayat yang dia tuturkan tu teratur, tak adalah lintang-pukang.  lagi satu sekarang ni qistina dah suka dan kuat makan.  dulu-dulu kemain payah lagi nak suruh dia makan.  boleh mendatangkan amarah.  kalau balik dari tadika mesti lapar.  kadang-kadang saja jer tanya kat sekolah tak makan ker ataupun makan apa kat sekolah?  selalunya qistina akan jawab makan bubur.  aku ni jadi heran lak takkanlah hari-hari makan bubur yer dak.  bila tanya banyak-banyak kali barulah dia jawab betul hehe makan nasi goreng ker.

ohhh ini cerita masa aku cuti 14 & 15 hb ari tu.  petang 14 tu lepas ambil qistina dari tadika singgah kat rumah mertua aku jap.  kebetulan ayong, sepupu dia ada tidur kat situ.  wahhh apa lagi terus melompat nak tidur kat situ juga sebab ada ayong.  fyi, ayong ni bukan sebaya pun dengan dia dah besar, dah kerja semua tapi suka melayan ke dia tu yang qistina memang ngam dengan dia.  jadi memandangkan 15 hb tu cuti so kami benarkan dia tidur situ.

15hb malam lepas ayong hantar qistina balik rumah sebab esoknya nak sekolah kan, aku dengan en khairol saja je lar sakat dia.

"kakak ni tak sayang mama ngan ayah ngan adik lar tu"

"sayang ayong jer, tidur dengan ayong jer"

"taknak tidur dengan mama ngan ayah dah"

nak tau apa qistina jawab hehe...

"kakak mana ada sayang ayong, kakak sayanglar mama ngan ayah"

"kakak cuma rindukan ayong jer"

hehehe mungkin sebab kalau cakap sayang ayong rasa bersalah jadi dia cuma tukar jer jadi rindukan ayong jer.  hai aku dengan en khairol ni memang suka main dengan psikologi anak.  bila anak buat cam tu mula lar rasa sakit ati lak hehe.

Lina

Wednesday, February 16, 2011

Berita Sedih Semasa Cuti

aku rasa macam dah lama tak masuk ofis.  ye lar ari Khamis dan Jumaat lepas kan aku pergi Cameron.  pas tu Sabtu, Ahad.  Hari Isnin pulak aku amik cuti dan hari Selasa kan cuti umum Maulidur Rasul.  emmm 6 hari tu tak kerja.  arghhhhh malasnya nak pergi keje!!!

selama 6 hari tu macam-macam perkara berlaku. yang paling mengejutkan ari Sabtu lepas aku dikejutkan dengan berita sedih.  rakan lelaki yang aku kenali telah meninggal dunia.  meninggal akibat lemas semasa memancing di Sungai Lembing.  sebenarnya arwah ni bukan rakan sekolah tapi kami sekampung jadi kenallah.  rapat masa aku dan arwah belajar silat sama-sama.  arwah ni muda setahun ke 2 tahun daripada aku.  lepas aku berhenti belajar silat dah tak jumpa dah cuma ada lar terserempak sesekali.

jumpa semula masa aku mula-mula kerja kat SUK.  arwah pulak dapat kerja kat CELCOM.  masa tu pergi naik bas.  lepas tu adalah dekat 5 tahun tak jumpa sampailah dengar berita dia meninggal.  memang terkejut sangat-sangat.  al-Fatihah untuk arwah.


Lina

Tuesday, February 15, 2011

LASKAR PELANGI - What an inspired Movie!




baru sebentar tadi aku tengok filem Laskar Pelangi di Astro Ria.  memang bagus ceritanya.  aku dah lama tau pasal cerita ni tapi tak berkesempatan nak tengok.  walaupun masa aku tengok tadi dah separuh cerita tapi tetap mengesankan.  kena cari  novelnya ni.  kalau korang tak pernah tengok lagi filem ni aku cadangkan korang pergilah cari CD ke apa memang berbaloi sebab memberi inspirasi kepada kita.  kalau nak menuntut ilmu tu tak kira di mana atau dalam keadaan apa.  miskin ke kaya ke tetap boleh tuntut ilmu asalkan ada kemahuan.  walaupun ada watak dalam filem ni tak dapat mengejar cita-citanya disebabkan tuntutan hidup tapi semangatnya tidak pernah padam.  ok aku tinggalkan korang dengan sedikit trailer daripada filem ni yer.

Lina

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 2011

KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN

YANG BERAGAMA ISLAM

SAYA INGIN MENGUCAPKAN
V
V
V

gambar dari en google

DENGAN TEMA PADA TAHUN INI

"1 MALAYSIA 1 UMMAH"

Lina

7 Things You Should Never Do On Facebook



facebook ni bagi aku memang bagus sebab aku berjaya menjejaki semula kawan-kawan sekolah dulu dan juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru.  walaupun begitu ada juga beberapa perkara yang kita tak boleh share kan dengan semua orang.  mungkin antara 7 perkara di bawah ni boleh kita jadikan panduan dalam berfacebook.

1) Never settle for the default settings

The people behind Facebook are keen for you to share your details with the world. The more you share, the more people you connect to, the more people want to sign up. However, sharing everything with all and sundry isn’t a good idea. To check and opt out of the recommended settings, open your Facebook page, click on ‘Account’ in the top right of the screen and then ‘Privacy settings’.

The ‘Recommended settings’ mean that your status, photo, posts, bio, favourite quotation, family and relationship details are shared with everyone. Photos and videos you’re tagged in, religious and political views and birthdays are shared with Friends of friends. Permission to comment on your posts, places you check in to, and contact information are shared with Friends only.

Change all to Friends only, and you’re safe from the prying world.

 
2) Never agree to have yourself listed on search engines

Telling your Facebook mates what’s going on in your life is one thing, but letting any old Tom, Dick or Harriet see your Facebook page via a web search is another.We would recommend opting to never have your Facebook details shared with other search engines.

To make sure you aren’t go to your Facebook page, ‘Account’, ‘Privacy Settings’, ‘Apps and websites’, then ‘Public Search’. De-tick the ‘Enable Public Search’ button.

 
3) Never put your address and phone number on Facebook

Unless you want app developers knowing where you live and how to contact you we wouldn’t recommend putting any real details in to Facebook for the time being. That means no home address and no phone number.


4) Never let apps lie dormant

One for the advanced Facebook user: Never let an app continue to suck your information once you’ve done with it.Remember the days when you played Zombies or maybe Vampires? Well those apps are most likely still active on your account and sucking in your personal data. Scary, huh?

Nip over to your Facebook page, go to ‘Account’, ‘Privacy Setting’ and then ‘Apps, games and websites’, and remove the ones you don’t want.

 
5) Never let your mum see your tagged photos

You’ve had one too many drinks and been tagged for all your friends, colleagues and family to see you not looking too hot. Not good. To avoid this, go to your Facebook page, ‘Account’, ‘Privacy Settings’, and make sure Photos and videos you’re tagged in is set to Friends only.
Taking this to the next level, you can also block individual people on top of those groups of people. Go to ‘Customise settings’, ‘Photos and videos I’m tagged in’ and chose to edit settings. Here from the drop-down menu chose ‘customise’ again and then start listing the people you want to hide your photos from.

 
6) Never give out your date of birth

What’s one of the first security questions you are ever asked when you deal with your bank? What’s your date of birth? And yet here you are giving it away on your Facebook page for all to see. You should never let people see the year you were born.
Go to your Facebook page, ‘Profile’, then ‘Edit profile’. In the first pane (‘Basic information’) chose as to whether you want to ‘Show my full date of birth in my Profile’, ‘Show only day and month in my Profile’ or ‘Don’t show my birthday in my profile’. If you still want birthday wishes go for the second option.

 
7) Never broadcast that you’re going on holiday
Always be careful about what you say on your status updates and never give out any personal information that you don’t want getting into the wrong hands.

Burglars prey on stuff like the fact that you’ve gone on holiday and left the keys under the flowerpot near the front door and the combination to the safe is…

credit to Stuart Miles (Yahoo! News)


Lina

Saturday, February 12, 2011

Larian Cergas

~ STICKY MODE ~

entry terkini sila scroll ke bawah

aku ni selalu plan nak kuruskan badan...nak kuruskan badan tapi tak pernah pun berjaya.  aku rasa salah satu yang menyumbang kepada kegagalan aku sebab kurang bersenam.  bukan setakat kurang memang tak bersenam langsung.  kalau ada pertandingan sukan kat ofis cam badminton ker barulah nak bersenam.  pas tu sebab ofis kat tingkat 2 jadi turun naik tangga je lar jangankan tidak. 

pendapat aku lar bersenam memang perlu kita buat sebab kita ni asyik masuk jer segala macam lemak, kolestrol segala tu tapi tak kumuhkan semula dengan betul.  dengan bersenam lar kita boleh kumuhkan segala benda yang kita makan melalui peluh yang keluar.  tak adalah lemak terkumpul tang perut, peha segala tu.

pesal lak tiba-tiba aku cerita pasal bersenam ni yer.  ohhh sebenarnya masa lalu kat depan klinik ibu dan anak kat Jalan Gambut tu terpandang signboard tulis pasal larian cergas.  aku ni selalu memang tak timing lar mesti aku tak boleh nak join.  jadi kalau korang nak bersenam, nak keluarkan peluh bolehlar join.


LARIAN CERGAS

TARIKH : 12 FEBRUARI 2011 (SABTU)

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : TAMAN GELORA, KUANTAN

pergilah beramai-ramai.  boleh berlari dan bersantai bersama family.  aku nak join tapi tak boleh sebab nak pergi Temerloh huhu :( :(


Lina

Friday, February 11, 2011

Ke Temerloh dan Mungkin Ke Raub

hari Sabtu dah ada plan.  plan ke kenduri kahwin salah seorang staf SUK di Temerloh.  buat kat Dewan Sri Temerloh kalau tak silap.  best juga sebab dah lama tak jalan ke Temerloh.  kemudian dari kenduri kahwin tu en khairol ajak ke Raub, tidur semalaman kat rumah Mak Ngah. petang Ahad bolehlah balik semula ke Kuantan.  walaupun ambil cuti hari Isnin 14 Februari tu (bukan nak celebrate Valentine yer) tapi qistina still sekolah.  saje jer ambil cuti sebab 15 Februari kan cuti umum Maulidur Rasul jadi dapat 4 hari cuti.  cuti memang sangat best :) :)


Lina

Review Follower 15 - Mama Kiter

follower ke 15 yang aku nak review ni baru saja bergelar nenek pada 30 Disember 2010.  seorang baby girl yang merupakan cucu sulung dalam keluarga follower yang membahasakan dirinya mama kiter.  tahniah diucapkan kepada mama kiter.  best baca blog mama kiter ni sebab di samping cerita pasal family ada juga cerita pasal masakan.  apa yang mama kiter masak untuk family dia hari-hari.  ada cerita pasal menu sarapan, menu lunch dan juga menu dinner.  memang rajinlar mama kiter ni masak.  teringin nak jadi cam mama kiter nanti selalu masak untuk family.  mama kiter ni juga pandai jahit baju kurung dan ambil tempahan juga.  kalau mama kiter ni duduk dekat boleh juga hantar tempahan sebab tengah cari tailor juga ni hehe.  ok taknak cerita panjang-panjang korang terjahlah blog mama kiter ni yer.
v
v
v

Lina

Thursday, February 10, 2011

Naik Cameron

sekarang ni aku baru bertolak dari Kuantan ke Cameron Highlands.  naik bas pejabat.  bukan cuti-cuti Malaysia yer tapi urusan kerja, lawatan 5S.  kalau diikutkan ini kali ketiga aku ke sana.  2 kali bersama family dan kali ni dengan rakan sekerja.  oklar sekali-sekala berjalan dengan member.  ohhh semalaman sajer di sana.  esok petang baliklah semula ke Kuantan.  nanti aku story yer apa yang aku buat kat sana.


gambar dari en google

cameron terkenal dengan ladang tehnya

Lina

Review Follower 14 - Azlina Deco

follower seterusnya yang aku nak review kali ni sama namanya dengan aku.  untuk membezakan aku panggil dia kak lin.  blognya amat menarik sebab menggambarkan minat kak lin pada English deco.  yang lagi menarik suami kak lin ni pandai bertukang dan membuat perabot-perabot ala English ni.  siap ambil tempahan lagi.  jadi untuk berkenalan lebih lanjut dengan kak lin atau nak tengok perabot-perabot handmade tersebut bolehlah terjah ke blog-blog kak lin ni.

(blog yang ada gambar-gambar ala English style, cantik sangat)

(blog untuk membuat tempahan perabot ala English tapi buat masa ni blog ni berehat sementara sehingga diberitahu kelak.  apapun boleh jamu mata dulu dengan perabot-perabot yang dah siap)

(lebih kepada luahan hati kak lin sendiri,  kiranya lebih personal lar)


Lina

Wednesday, February 9, 2011

Review Follower 13 - Farasela

dekat seminggu lebih rasanya aku tak buat review aku ni.  baiklah kali ni aku nak review follower berikutnya iaitu farasela.  seperti biasa ini adalah blog personal jadi banyak menceritakan mengenai family dan dapat tengok gelagat 2 orang anaknya si zafrie dan naylie yang bulat matanya.

di samping blog personal ni farasela pun ada blog bisnes.  ada jual macam-macam produk seperti  anak tudung, baby hat, bag, barang-barang untuk birthday, brooch dan banyak lagi. jadi korang bolehlah terjah ke sana yer.


Blog Bisnes>>>http://arishaunicollection.blogspot.com



Lina

Disebabkan Kemurungan

sedih betul baca paper hari ni.  berita pasal 2 beranak yang meninggal jatuh dari flat.  mula-mula si ibu campak anaknya yang berumur 5 tahun ke bawah.  lepas tu si ibu tu pulak yang terjun.  adusss nape lar boleh jadi macam ni yer?  kalau nak mati kenapa libatkan anak pulak?  mengikut berita si ibu tu kemurungan dah lama.  menurut suaminya dia tahu isterinya tu kemurungan.  patutnya dah aware dah pasal hal ni kan.  bila tau tu patut hati-hatilah bila nak tinggal anak dengan isteri tu tapi apa nak buat malang memang tak berbau.  aku tak kisah pun kalau si ibu tu nak mati tapi aku sedih pasal anak tu lar.  tak pasal-pasal terlibat sama dan turut terkorban.  harap-harap kepada sesiapa yang ada masalah pasal kemurungan ni boleh ambil pengajaran daripada berita ni.


Lina

Tuesday, February 8, 2011

25 Fakta Tentang Diri Sendiri

bila tak ada idea barulah rasa apa-apa yang ditagkan kepada kita tu berguna sangat-sangat :).  ok sekarang ni nak langsaikan hutang tag daripada Teratak Bonda.  kena listkan 25 fakta mengenai diri sendiri.  emmm banyak tu tapi saya akan cuba listkan yer.

1. Pada 3 Julai 2011 ini saya akan genap berumur 34 tahun (haa prepare hadiah tau korang hehe)

2. Anak keenam daripada 7 orang adik-beradik

3. Dari kecil saya tinggal dengan nenek dan atuk sebelah mak yang saya panggil mak dan abah tapi dua-dua dah meninggal

4. Saya pernah duduk kat berek polis, IPD Kuantan sehingga berumur 6 tahun

5. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Permatang Badak, Kuantan

6. Pernah sertai koir masa sekolah rendah

7. Pernah menjadi Pengawas Pusat Sumber

8. Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad, Bandar Indera Mahkota

9. Menyambung pelajaran di UiTM Jengka ambil kursus Sains Kesetiausahaan

10. Pernah bekerja di Pejabat Peguam

baru 10 ada lagi 15 fakta lagi...

11. Bertunang pada tarikh 3 Julai 2004 sempena hari birthday

12. Bernikah pada 3 Jun 2005

13. Melahirkan anak pertama pada 7 Mac 2006

14. Melahirkan anak kedua pada 5 Ogos 2009

15. Mempunyai seorang bff...dari kecil sampai sekarang

16. Berkenalan dengan suami di Langkawi padahal kerja di jabatan yang sama dan tak pernah pun kenal semasa di tempat kerja

17. Dapat lesen kereta pada tahun 2000 semasa berumur 23 tahun

18. Mula-mula bawa kereta sendiri lepas dapat lesen pada tahun 2002

19. Sangat suka kucing tapi tak dapat nak bela sebab suami kureng :)

20. Pernah patah tangan masa kecil tapi alhamdulillah pulih selepas berubat cara tradisional

21. Pertama kali naik kapal terbang pada tahun 2010 ke Bandung, Indonesia...jakun kejap :)

22. Sangat suka main bowling

23. Bulan Oktober 2011 genap 9 tahun bekerja di pejabat sekarang

24. Sangat suka dengan coklat

25. Seorang yang pendiam tetapi bila jumpa geng yang sekepala terus jadi peramah tak hengat

ok siap.  rasanya itu jer yang dapat difikirkan.  puas juga nak cukupkan 25 fakta tu hehe.  rasa-rasanya tak payahlah tag sesiapa yer tapi kalau ada yang nak buat dipersilakan.

Lina

Lewat

pagi ni aku lewat sikit sampai ke ofis.  lewat 4 minit huhu.  sebabnya qistina buat perangai menangis bila kejut bangun tidur.  sampai aku terpaksa mengeluarkan suara tahap tertinggi punyer huhu.  kesannya aku dengan en khairol lewat.  sampai bertekak sekejap dengan en khairol ye lar aku nak gerak dulu dia suruh gerak sekali lak padahal jalan lain-lain.  eiii geram betul jadinya dahlar dah lambat huhu. 

bila sampai ofis hehe call semula en khairol.  mana boleh wooo gaduh lama-lama.  buat suara manja-manja sikit tanya en khairol sampai pukul berapa semua.  dia pun kata lewat sikit.  gelak-gelak pulak dia cerita bila hantar qistina pulak siap cakap kat en khairol lambat hantar dia sebab kawan-kawan semua dah ada.  aikksss sebab dia kitorang lewat boleh pulak cakap ayah dia hantar lambat.  hai anak...anak...


Lina

Monday, February 7, 2011

Hari Ini Di Pejabat

hari ni bermulalah aku kembali memandu ke pejabat.  bukan sebelum ni tak pernah tapi majoritinya en khairol lar yang jadi pemandu.  aku cuma duduk sebelah, control cun, touch-up touch up sikit, tengok gelagat orang, buka radio hehe.  mulai hari tak ada dah cam tu.  pandu kereta je lar ko tapi control cun tu tetap ada ye hehe.

kami sekarang ibarat sorang ke hulu sorang ke hilir.  emmm bila difikir secara positif bagus juga bila en khairol bertukar pejabat ni.  bolehlah aku mantapkan semula skil memandu aku yang agak kureng beberapa tahun ni.  masa sebelum kahwin dulu setakat cilok-cilok ni biasa.  setakat bawa 140km sejam pun ok jer tapi bila dah lama tak bawa, kadang-kadang jer bawa rasa confidence tu kureng.

pas tu ingatkan pagi tadi bolehlah sampai awal sebab ada perhimpunan bulanan tapi nan adooo.  tetap sampai cam biasa jadi terpaksalah skip perhimpunan tu tapi still dengar kat radio amanat Dato' Nan.  lagipun nak siapkan dokumen untuk pembentangan SKT pagi tadi.

pembentangan yang sepatutnya start pukul 9 pagi dianjak pula.  pukul 12 lebih baru start.  dahlah sejuk dan aku duduk bawah aircond adusss sakit kepala aku.  pukul 2 baru habis.  2 kali makan nasi minyak fuhhh kalori...kalori menimbun hari ni.

ohhh ada 2 orang staf baru lapor diri kat ofis hari ni.   dari tahun lepas membawa ke awal tahun ni silih berganti orang baru datang.  kadang-kadang tak sempat nak mesra pun dah bertukar orang baru pulak masuk.  dalam masa terdekat ni pun ada lagi staf yang keluar dan masuk.  aku tak kisah pun asalkan boleh bekerjasama dan bekerja dalam satu pasukan oklah.


Lina

Layan K-Pop



aku dengar lagu ni bila secara  tak sengaja terbuka Astro 705 yang kebetulan program K-Pop Hit pukul 10 malam.  program ni menyiarkan lagu-lagu K-Pop yang kiranya paling hitlah.  aku dengar jer lagu ni terus terpikat.  memang best!  liriknya, melodinya memang kena.  so, layannnnn!!!


Lina

Kempen Derma Darah

~ STICKY MODE ~

untuk entry terkini boleh scroll ke bawah

kepada penduduk di sekitar Kuantan khasnya dan juga di luar Kuantan, jika anda seorang yang berkelayakan dari segi kesihatan, prihatin dan ada kelapangan bolehlah datang ke Kempen Derma Darah.

kempen ini dianjurkan oleh De Rhu Beach Resort dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

maklumat kempen adalah seperti berikut:-

Tarikh : 7 Februari 2011 (Isnin)

Tempat : De Rhu Beach Resort, Kuantan

Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang

sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor 09-557900.  minta diwar-warkan kepada rakan-rakan.

note : cenderahati menanti 200 orang penderma pertama daripada De Rhu Beach Resort

"JOM DERMA DARAH...SETITIS DARAH MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA"

Lina

Sunday, February 6, 2011

Gegar 1,000 Blog Oleh Ben Ashaari


"SAYA SOKONG DUNIA BLOG"

"SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG!  ANDA BAGAIMANA?"

ben ashaari ada buat segmen baru. kali ni dia cari 1,000 blog pulak. memang menggegarkan!!!
Tarikh tutup adalah pada 9 / 2 / 2010 , tepat jam 6 petang.  Inginkan maklumat lanjut klik saja pada banner di atas tu.  Apa tunggu lagi jomlah gegar!!! 

Lina

Friday, February 4, 2011

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

~ STICKY MODE ~

untuk entry terkini sila scroll ke bawah


tengah skodeng-skodeng blog terbaca ada giveaway kat blog pemilik jejari runcing.  best juga yer lagipun syarat-syaratnya senang ajer. 

untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh klik saja pada banner di atas.

tarikh tutup : 4 Feb 2011

masa : 11.59pm

beberapa HADIAH misteri menanti anda!! semakin mendapat sambutan, semakin 'meriah' hadiah untuk anda semua. pemenang akan dipilih berdasarkan lucky draw samada dengan bantuan random.org atau lelaki misteri ;)
JOMLAH KITA PAKAT JOIN RAMAI-RAMAI!!!

p/s : mana tau salah satu hadiahnya makan-makan dengan khairul fahmi ;) (ok sila jangan perasan lebih-lebih haha)

Lina

Buat apa semalam?

memandangkan jam dah pukul 1.00 pagi, dah masuk hari seterusnya lar kan.  apa yang aku buat hari semalam yer?  emmm basuh baju, jemur baju, kemas rumah sikit-sikit.  petangnya en khairol bawa kami anak-beranak pergi jalan-jalan.  alar round kat area Balok, Beserah, singgah makan mee calong.  lepas tu en khairol singgah kat Taman Teruntum.  ramai betul orang.  kalau pergi Teluk Cempedak lagi ramai rasanya.

balik rumah dah petang.  singgah jap kat Tunas Manja beli barang nak buat nasi lemak. masa sampai kat simpang ke rumah nampak 3 orang aku pun tak pasti orang Vietnam ker, Myanmar ker yang pasti bukan Indonesia lar sebab dialeknya lain.  ohhh diorang dapat ikan toman...punyalar besar.  en khairol bese lar kan bila nampak ikan-ikan ni terus tanya diorang tangkap kat mana.  ohhh rupanya kat sungai dekat jer. memang rezeki diorang lar.  takyah beli lauk lar nampak gayanya hehe.


dalam pukul 10 lebih tadi, tengok jiran-jiran Cina kat rumah aku ni main mercun dan bunga api.  mercun yang cantik tu pun ada.  nanti aku upload video yang aku ambil.  ohhh peti ais rumah aku pun dah penuh dengan limau-limau pemberian jiran-jiran aku ni.  sampai kitorang pun beri kat mak ayah kitorang sebab banyak sangat.  nampak gayanya sebulan ni buang air pun bau limau kot hehe.

Lina

Wednesday, February 2, 2011

Cuti...Cuti...

bermula esok kita akan cuti panjang 4 hari yahooooooooooo!!!  memang bila bab-bab cuti ni seronok amat.  terima kasihlah sebab Chinese New Year jatuh hari Khamis, Jumaat boleh terus sambung Sabtu, Ahad. 

kat rumah tu ada 2 kotak limau pemberian jiran-jiran kat rumah.  inilah baru dikatakan 1Malaysia dan semangat kejiranan.  memang jiran-jiran Cina kat kawasan rumah aku tu boleh dikatakan semuanya ok.  tak adalah lagi yang buat perkara-perkara yang menyakitkan hati.  semuanya bertimbang-rasa.  kalau buat makan-makan, kalau jemput diorang datang.  kadang-kadang ada yang bagi buah tangan.  memang seronoklah!

plan cuti ni?  balik rumah mak sebab kakak, abang aku ada balik.  selebihnya duduk rumah agaknya.  buatlah apa-apa yang patut.  baiklah nak ucapkan >>>


kepada semua yang menyambutnya.


Lina

Nasib Rakyat Malaysia Di Mesir

baca dalam paper Berita Harian hari ini, pelajar-pelajar Malaysia di Mesir tu ada buat satu blog khas untuk membantu memusatkan sumber maklumat dan pergerakan semasa pelajar di Mesir.  kalau nak tau info terkini tentang nasib rakyat Malaysia di sana boleh pergi ke blog tersebut.
v
v
v


Lina

Sinar Hari Rabu

alhamdulillah hari ni cuaca amat baik.  baru nampak matahari.  harap-harap berkekalanlah sinarnya sampai ke petang.  mudah-mudahan juga tempat-tempat yang dilanda banjir tu cuacanya pun baik, dapatlah surut air banjir tu.  kepada my ex-boss yang keluar kat berita semalam sebab daerah pentadbirannya turut dilanda banjir semoga dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan lancar.  hehe macamlah dia baca blog aku ni.

hari ni rasa sedikit mengantuk sebab malam tadi sentiasa terjaga memantau demam qistina.  tengahari semalam dah bawa ke klinik.  tak ada apa yang perlu dirisaukan doc kata, demam biasa jer.  malam tadi aku ada pula lawan bowling jadi lewat sikit ambil dia dan amsyar dari rumah mertua.  aku bajet diorang dah tidur jadi tinggallah kan tapi bila telefon mertua aku kata dua-dua tak tidur lagi.  aku pun dah rasa mesti budak berdua tu tunggu aku dan en khairol ambil. 

malam tadi panas still ada jadi aku letak cool fever tu dan jaram dengan air badan, bawah ketiak semua.  satu yang aku tak risau pasal qistina sebab dia tak melepek.  macam orang tak demam pulak aku tengok padahal aku rasa badan dia panas.  bila aku tanya dia rasa macam mana?  dia jawab dia rasa panas jer.  aktif tetap aktif.  aku harap taklah berpanjangan demamnya sebab takut nanti menjangkit ke amsyar lak.

Lina

Tuesday, February 1, 2011

Urus Niaga Juta-Juta Kat Parking Kereta Jer...

Pengarah kena tipu RM1.66 juta


Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my
2011/02/01

DARI kiri, Mohd Nozrul Izat, Syed Saharuddin dan Syed Mohammad Faiz.  Lelaki menyamar pegawai UPEN tawar empat projek pajakan tanah di Pahang

KUANTAN: Seorang pengarah syarikat mendakwa kerugian RM1.66 juta selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang menawarkan kelulusan bagi empat projek pajakan tanah di Pahang. Mangsa berusia 67 tahun ditawarkan empat projek pajakan membabitkan tanah seluas 20.2 hektar di Gebeng dekat sini, 2,630 hektar tanah di Rompin, 260 hektar di Raub dan 429.7 hektar di Lipis. Difahamkan tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSKP) itu ditawarkan kepada mangsa bagi dijadikan kawasan pertanian dan perlombongan bagi tempoh pajakan selama 90 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Zaini Jass, berkata mangsa dihubungi suspek yang menyamar sebagai Ketua Penolong Setiausaha Pelaburan UPEN, Jumshairy Novdany Sulaiman.

Beliau berkata, semua urusan bagi wang pendahuluan pajakan tanah itu antara suspek dan mangsa dibuat menerusi telefon atau bertemu di dalam kenderaan di kawasan tempat meletak kenderaan di Wisma Seri Pahang di sini.

“Sepanjang urus niaga yang dipercayai bermula Disember tahun lalu, mangsa mendakwa sudah membayar RM450,500 kepada suspek melalui empat bank draf atas nama Tabung Amanah Perbadanan Setiausaha Negeri Pahang.

“Malah, mangsa turut membayar wang tunai berjumlah RM1.2 juta melalui tujuh kali pembayaran dengan lima kali diberi secara terus kepada suspek, manakala selebihnya kepada dua orang tengah dilantik suspek," katanya, semalam.

Zaini berkata, bagaimanapun pada 28 Januari lalu, suspek sekali lagi bertemu mangsa di lokasi sama sebelum meminta tambahan RM500,000 bagi projek dijanjikan.

"Mangsa yang agak curiga kerana banyak wang yang sudah diberikan meminta suspek memberi masa kepadanya seketika dan tanpa diketahui suspek, mangsa ke pejabat UPEN bagi mendapat maklumat tambahan.

“Temberang suspek terbongkar apabila mangsa secara kebetulan berjumpa Jumshairy Novdany, pegawai UPEN yang sebenar yang identitinya digunakan suspek bagi menipu mangsa.

“Kedua-dua mereka kemudian pergi ke tempat meletak kereta bagi bertemu suspek, namun melihat mangsa datang bersama Jumshairy, suspek melarikan diri,” katanya.

Menyedari ditipu, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Polis kini mencari tiga saksi, Mohd Nozrul Izat Mohd Arshad, 32, Syed Saharuddin Syed Abdul Hamid, 42 dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemmant, 24, bagi membantu siasatan

hehe macam manalar pengarah tu boleh kena tipu ek.  juta-juta lak tu.  ya lar kalau segala urusan jual-beli tanah boleh dibuat melalui telefon atau kat parking kereta wahhh senang lar cam tu.  takyah buat ofis kalau gitu.  dahlah perkara ni berlaku kat parking kereta ofis aku.  jadi tempat kejadian la ek parking tu.  dahlah aku kenal pegawai yang jadi mangsa penyamaran tu, en jumshoiry, good looking tapi dah kahwin yer kawan-kawan.  ehhh pesal lak ke situ haha.  sian kat dia mesti asyik kena bagi keterangan, kena soal-siasat nanti. 

Lina

Malu...Malu...

ohhh pagi ni aku jadi clumsy.  malunya lar.  pagi tadi seperti biasa pergi kantin dengan member ofis nak breakfast.  bole masa nak bayar kat kaunter tu aku dengan tak sengajanya tertumpahkan air milo aku!  adusss camne lar bole jadi clumsy macam tu huhu.  malu sungguh rasanya.  habis kaunter bayar tu dengan air milo aku.  nasib baik lar kak kantin tu tak marah.  siap suruh mintak air baru lagi tapi ye lar dalam hati mesti kata apalah budak ni.  sorry yer kak kantin...saya betul-betul tak sengaja.  nak cepat punya pasal.  sorry yer kak :) :)


Lina

Qistina Demam Lagi


gambar dari en google

hari Sabtu dan Ahad lepas qistina dah demam dah.  nasib baik hari cuti jadi bolehlah nak jaga dia.  semalam dah ok jadi qistina pergilah sekolah.  tup! tup!  kejut bangun pagi tadi nak suruh mandi badannya panas semula.  apa kes ni?  aku pun tampal cool fever kat dahi dia bagi susu dan terus bagi ubat demam.  ubat demam, selsema, batuk semua ada dah standby sebab budak-budak ni on off asyik selsema, batuk, demam.  jadi hari ni qistina tak pergilah sekolah.  duduklah dengan amsyar kat rumah mertua aku.  nak kata kena hujan semalam takdek pun.  musim kot kat Kuantan sekarang ni tak henti-henti hujan.  cuaca memang lembab jer.  kalau badan dia still panas juga sampai ke petang nampak gayanya kene bawa ke klinik lar pulak.


Lina

Nanti Kena Drive Sorang Semula :(

kalau tak campur hari ni, aku ada 2 hari lagi untuk bermanja-manja dengan en khairol.  datang kerja bersama, balik rumah bersama, kadang-kadang lunch bersama.  kalau call nak pinjam duit ke apa dalam 10 saat dah sampai dah kat ofis hehe.

eh en khairol nak pergi mana pulak?  cer cerita...cer cerita...cer cerita... ha ni lar nak story ni.  selama ni kan aku dengan en khairol kerja di jabatan yang sama cuma lain department dan lain bangunan.  jadi memang datang dan balik kerja satu kereta je lar.  tu yang sedap sangat aku tak drive sampai naik lemak sebab en khairol je drive tapi itu semua akan berubah mulai 7 Februari nanti.  mulai tarikh tu aku akan berdikari semula huhu.  en khairol akan mula bertukar ke pejabat baru mulai tarikh tersebut.  jadi kami akan terpisah.  membawa haluan masing-masing chewahhh.  terpisah pejabat je lar.  takdek mende pun hehe.

ye lar bagi menyahut saranan pegawai atasan yang mahukan setiap kakitangan awam di negeri Pahang bertukar setiap 5 tahun sekali jadi en khairol pun salah seorang daripadanya.  en khairol akan bertukar ke Majlis Sukan Pahang di Bandar Indera Mahkota.  elok juga sebab en khairol boleh hantar dan ambil qistina manakala aku cuma hantar amsyar ke rumah mertua aku. 

apa pun setiap yang berlaku tu ambil secara positif.  banyak hikmahnya bila dah jauh ni.  mesti semakin rindu haha cepat jer nak balik rumah sebab nak jumpa.  pas tu kurang lar sikit orang nak mengata. 

"eiii nyampah tengok 2 orang tu mentang-mentanglar dua-dua kerja kat sini asyik nak berkepit jer"

eh aku rasa mesti ada yang cakap cam tu tapi kalau takdek tu alhamdulillah lar :)  harap-harap takdeklah yer.  emmm pas ni aku soranglah kene menempuh jam bagai...en khairol senang lenang jer 5 minit dah sampai rumah.  waaaaaaaaa tak aci! tak aci!


Lina
Share |