Monday, January 31, 2011

Waaaaaaaaaa!!!

aku tengah sedih + bengang + sakit ati sebab kamera harapanku satu-satunya dah rosak!!!  adusss kenapalar ko rosak wahai cik canon?  aku rasa aku dah jaga ko sebaik yang boleh dah tapi kenapa ko bole rosak?  abis tu macam mana aku nak berblogging ni?  tak best lar buat entry tapi takdek gambo.  macam buat air tanpa gula, macam mandi tanpa sabun, macam makan nasi tanpa sambal belacan huhu.

aku tak taular apa rosaknya.  bila amik gambo jadi putih gambo tu.  tak kiralah ambil secara automatik atau manual sama jer hasilnya.  kena cepat hantar kedai ni kalau tidak patahlah kaki macam ni.  sekarang ni amik pakai hp nokia E71 aku tu.  tapi tak berapa best lar sebab bila amik ada bunyi yang entah apa-apa tu.  bila amik gambo orang bole dengo lak bunyi then diorang taular sape yang amik kan.  tak leh lar nak amik gambo ala-ala sembunyi gitu huhu.

ataupun cik canon ku rosak untuk memberi petanda bahawa something new is coming to me hehe?  adakah aku akan mendapat kamera baru haha.  kalau kamera baru dah tentular aku kene beli pakai duit sendiri.  takdenya en khairol nak belikan tapi mana tau kan kene pandai pujuklah ;)
Lina

2 comments:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

kan..

kalau wat n3 tanpa gambar..
sunyi sepi terasa

ehhehhe

Lina said...

yanie

memang sepi...sunyi jer rasa huhu