Wednesday, January 26, 2011

Sikap Individu Atau Persekitaran?

pada pendapat aku, jadi staf kerajaan ni aku memang bersyukur sangat-sangat.  bukan sebab tak banyak kerja tau.  ehhh sapa kata kerja kerajaan ni tak banyak?  banyak tau ingat banyak rilek ker hehe.  kerja kerajaan ni benefit dia ye lar stabil sikit, ada pencen, nak buat loan pun senang (tapi jangan amalkan selalu), kenaikan gaji setiap tahun.

yang aku tak paham kenapalar sesetengah individu ni bila dapat kerja kerajaan ambil mudah.  lepas tu memilih kerja, bagi kerja ni susahlar, bagi kerja tu pula banyak sangat.  abis nak buat kerja apa?  kalau semua yang dibagi asyik merungut jer.  kemudian tu memanglar diakui kerja kerajaan ni kita still boleh settlekan hal peribadi kita masa waktu kerja macam pergi bank ker, ambil/hantar anak sekolah ker dan macam-macam lagi bergantung atas budi bicara bos lar tapi berpada-padalah nak gunakan peluang tu.  ini bila dah bagi kelonggaran ohhhh sampai 3, 4 jam guna, apa kes?

macam aku ni dah merasa kerja swasta dulu memang rasa perbezaannya.  memang strict sungguh.  kalau nak breakfast, sebelum masuk ofis dah makan dah.  masuk ofis kena sharp on time.  masa lunch pun gitu juga.  kalau sejam, sejam tu lar tak boleh lebih melainkan ada hal-hal yang tak boleh elak.  so bila kerja kerajaan ni rasa lega sesangat sebab ada kelonggaran sikit tapi kenalah pandai-pandai guna peluang tu.

lepas tu yang suka jaga tepi kain orang satu hal.  dah tak ada kerja lain ke nak buat sampai hal-hal orang pun nak jaga.  aku memang bengang lar dengan orang yang tak boleh tengok orang lain senang.  tak boleh ker fikir positif sikit.  hidup kalau asyik fikir negatif jer tak maju ke depan.  nanti bila orang lain semua dah ke depan awak sorang terkial-kial kat belakang mulalah, salahkan orang lain juga bukan nak salahkan diri sendiri. 

lagi satu kita ni hidup bermasyarakat bukan hidup sorang-sorang jadi pandai-pandailah jaga mulut, tingkahlaku semua tu.  janganlah suka nak sakitkan hati orang lain.  apa faedah yang dapat dengan buat semua tu?  rasa lega ker?  aku rasa tak... lagi sakit hati adalah sebab bila orang tu buat tak peduli, tak kisah lagi sakit hati kan?  jadi tolonglah, belajarlah hormat sikit kat orang lain.  tak susah pun kan?

Lina

2 comments:

Amy Syaquena said...

Kerja kerajaan terjamin masa depan...

atty's said...

itulah ..patutnya yg mana dah dpt kerja kerajaan tu kerja lah bersungguh2..