entry pertama untuk tahun 2011. aku menaip sambil tengok ulangan The 2010 American Music Awards berselang-seli dengan konsert years of Sheila Majid. omg! NKOTB tengah perform. masa budak2 dulu minat giler dengan group ni hehe. eh melalut pulak lari dari topik yang aku nak cerita.
sepanjang hari 31 Disember di Kuantan ni hujan...hujan...hujan.... buat aku rasa malas sangat nak pergi mana-mana tapi kena keluar juga. paginya pergi ke airport hantar kak lah, my SIL balik ke Sarawak setelah dekat sebulan bercuti. balik dari airport singgah jap rumah mak aku jengukk diorang. petangnya pulak keluar ke bandar...wahhh sesak kat bandar Kuantan...banyak betul kereta. ke bandar tu sebab nak beli beg sekolah qistina. lupa nak cerita beg dora yang aku order via internet dah habis stok so terpaksa beli beg lain lar jawabnya. nasib baik qistina tak bising hehe.
apa kenangan pahit manis aku di tahun 2010? kita cerita yang pahit dululah ek. emmm...kenangan pahit aku rasa cuma masa aku kena sakit mata pada awal tahun 2010. dekat sebulan juga aku MC. pulak tu sekali dengan amsyar. memang itulah kena sakit mata paling teruk rasanya.
kenangan manis pulak emmm semuanya manis di tahun 2010. semuanya berjalan lancar cuma kat hujung-hujung tahun tu lagi manis hehe. pertama gred aku dari N17 nak ke N27. bila gred dah naik adalah beberapa perkara yang naik juga hehe. di samping tu kerja pun makin bertambah seiring dengan kenaikan gred tapi tak kisah sebab itu dah tanggungjawab kita kan. setiap kerja yang diamanahkan harus dilaksanakan dengan ikhlas. kedua sempena dengan hari keputeraan Sultan Pahang aku antara yang bertuah mendapat anugerah pingat daripadanya. sebenarnya semua orang tak tahu lagi kecuali 2, 3 orang jer termasuk en khairol. aku pun tak sangka akan dapat sebab ramai lagi yang layak tapi dah rezeki agaknya. alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat. sekarang ni tunggu masa nak pergi ambil pingat tu tak taulah bila. tahun 2011 ni agaknya.
berbalik pada tahun 2011 apa ek azam kali ni? bagi aku tak adalah beria sangat buat azam cuma setiap tahun memang aku berniat sentiasa nak pertingkatkan lagi kerja aku ke tahap yang lebih baik. dalam fikiran aku dah macam-macam dah plan nak buat tahun 2011 ni. harap-harap apa yang aku plan tu akan terlaksana. yang paling penting sekali aku harap tahun 2011 ni akan membawa seribu kebahagiaan kepada family aku, melimpahkan rezeki, memberi kecemerlangan kepada kerjaya dan hidup aku dan kesihatan yang baik buat aku, en khairol dan juga qistina dan amsyar.
juga di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sentiasa buka blog aku ni dan dah menjadi follower aku. jutaan terima kasih kepada en ben ashaari kerana segmennya telah membuatkan jumlah follower aku bertambah melebihi 100 orang. kalau tak join segmen en ben tu rasanya tak sampai lagi ke tahap ini. juga kepada rakan-rakan blogger yang mengikuti blog ni dari mula terima kasih banyak-banyak kerana masih setia dengan blog aku ni. harapan aku supaya kita semua akan kekal bersahabat selagi kita bernafas di muka bumi ini. di samping itu juga aku memohon maaf andai ada entry atau tulisan aku yang menyinggung perasaan korang. kadang-kadang tanpa sedar kita ada buat kesilapan.
segala yang pahit kita tinggalkan dan jadikan iktibar. segala yang manis kita simpan sebagai kenangan dan semangat untuk kita teruskan hidup kita di tahun baru TAHUN 2011.
Lina
No comments:
Post a Comment