Thursday, January 6, 2011

Saya Blogger Pahang

blogwalking di blogpilihanmalaysia terbaca entry mengenai segmen kategori sahabat blogger mengikut negeri tu dilanjutkan lagi hingga 10 Januari 2011.  jadi aku pun pecut 100wpm la ni menaip hehe.

Nama anda - nama manja atau glamer

~ Lina

Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..

~ sudah berkahwin.  mempunyai sepasang cahayamata

Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.

~ email : inazz03@yahoo.com
~ twitter : http://twitter.com/ienamy

Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal

~ Kuantan

Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.

~ Perkampungan Tiram Perdana, Kampung Tiram, Kuantan

Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..

~ ada macam-macam yang menarik.  ok nak senang faham saya buat keterangan bergambar yer. 

of course the famous one is Teluk Cempedak.  pantainya bersih, airnya jernih dah sesuai untuk riadah sekeluarga bermandi-manda.  yang lagi best ada jambatan menyusuri lereng bukit untuk sampai ke balik bukit.


Taman Gelora tak jauh dari Teluk Cempedak.  di sini selalunya tempat riadah seperti ada trek berjogging, ada taman permainan, ada gelanggang futsal, padang bola, gelanggang tenis.  selalunya pasangan yang berkahwin menjadikan taman ni sebagai lokasi photoshoot.

memandangkan bandar Kuantan adalah bandar di pinggiran sungai jadi wujudlah Taman Esplanade yang glemer dengan panggilan Benteng.  di sini selalunya lokasi memancing dan juga jeti untuk rivercruise.

sesiapa yang berminat dengan sejarah bolehlah pergi ke Muzium Tokoh.  Di sini kita boleh melihat gambar dan mengetahui tokoh-tokoh yang berasal dari Pahang.


yang paling best di Kuantan ikan bakarlah.  kalau pergi ke Tanjung Lumpur di kiri-kanan jalan berderet restoran ikan bakar.  pilihlah yang mana satu.

ok dah siap dan boleh hantar!!!

gambar kredit to en gugel
Lina


2 comments:

atty's said...

ikan bakar tu ..fuh..nampak shedap

Lina said...

atty

mmg sedap kak ty nak2 kat kuantan ni hehe siap promote tu