Friday, January 14, 2011

Review Follower - Blogger 4

aku pasti dan aku memang yakin sesangat yang follower seterusnya yang aku nak review ni semua blogger kenal.  otai ni takkan tak kenal ye dak?  femes tuuuu blog dia! dengan nickname glemernya vp aka jemah telah berjaya menarik perhatian blogger-blogger sekalian untuk memfollow blognya.  actually aku sebenarnya lupa ataupun terlepas pandang yang jemah ni jadi follower aku.  tu yang bagusnya buat review ni.  baru aku tau si polan-si polan ni follow blog aku yang tak berapa nak femes ni hehe.

okeh...okeh...apa yang menarik di blog jemah ni yer?  banyak berkisar mengenai family dia, especially kisah 2 orang anak daranya yang comei tu, nisa dan anoi.  untuk makluman jemah sebenarnya ada 3 orang cahayamata tapi Allah S.W.T lebih menyayangi yang sulung.  kalau korang baca kisah dari saat kelahiran hingga saat anaknya pergi mengadap Ilahi tu memang touching sangat.  sesungguhnya jemah ni seorang wanita yang amat tabah.

baiklah kita tinggalkan part yang sedih, balik semula pada blog jemah ni.  gaya bahasa jemah yang menarik tu membuatkan seronok baca.  kelakar pun ada nak nak lagi part kemanjaan jemah dan suaminya en laloque.  yang best blog jemah ni tiap-tiap hari memang berupdate.  tak pernah lagi aku rasa satu hari tu tak ada entry.  sekarang ni pulak jemah dah berjinak-jinak dengan dunia business.  jadi kalau sapa yang suka shopping online tu bolehlah tengok koleksi tudung-tudung yang jemah jual.

wahhh panjang lebar lak aku review (psst...psst...jemah kena caj lebih ni banyak kak lina promote ni hehe).

ok cukup sampai di sini.  kalau aku cerita lagi kang tak cukup page ni hehe.  kalau sapa yang belum lagi follow blog jemah ni buatlah sekarang.  mesti tau! (alamak 'ter' paksa lak huhu).  untuk lebih mengenali jemah ni korang bolehlah klik kat address ni yer.

http://www.viruspadu.com (Hari-Hari Mau)

Lina

No comments: