review follower kembali semula!!! sorry lar korang sebab terhenti lama lak review ni. ambil masa sikit nak review follower seterusnya ni sebab banyak sebenarnya nak tulis tapi kalau panjang sangat baik terus pergi ke blog dia kan.
ok follower yang aku nak review ni adalah Attyfir tapi aku panggil kak ty jer. seorang ibu kepada 3 cahayamata. aku kagum sesangat dengan dia. kagum sebab ape tu? kagum sebab kak ty ni cool sungguh orangnya. sebab apa aku cakap cool? sebab orang lain sibuklar dengan BE, nak tambah follower, nak tingkatkan trafik, camne nak bagi orang masuk blog kita selalu tapi dia cool jer pasal semua tu. kalau dia rasa nak join segmen, dia join jer. kalau rasa nak join contest barulah dia join tapi biarpun macam tu aku tengok follower dia sentiasa meningkat. follower dia memang setia betullah dengan blog dia. ini aku tengok berdasarkan yang sentiasa tinggalkan komen.
walaupun macam tu kak ty ni tak sombong, tak riak pun. dia teruskan jer berblog macam biasa. aku rasalah kak ty ni memang ikhlas berblog. niatnya memang untuk berblogging jer tak mengharapkan keuntungan semata-mata. kalau ada dia terima kalau tak ada pun tak apa tapi aku rasa dah banyak dah kak ty dapat income dari Nuff cuma kak ty tak hebohkan jer. lagi satu daripada selama yang aku mengenali kak ty ni melalui blognya, aku rasa kak ty seorang yang lemah-lembut dan penyayang tapi dalam lemah-lembut tu ada juga tegasnya.
kalau korang pergi ke blog kak ty memang rasa tenang jer, sebab apa? sebab blognya simple jer. tak crowded pun dengan widget widget yang tak perlu. jadi korang boleh baca entrynya dengan aman hehe. ohhh yer blog kak ty ni menceritakan pasal personal life macam pasal family, kerja dan juga makan-makan.
ohhh yer lagi satu yang paling best sekali adalah birthday anak kak ty yang bongsu tu firdaus sama dengan aku iaitu 3 Julai! hohoho jadi kalau korang nak bagi hadiah ke fir tu kene lar bagi hadiah kat aku juga (wahhh promote nampak). oklah rasa dah banyak kot cerita jadi aku persilakan korang ke blog kak ty untuk berkenalan dengan lebih lanjut lagi.
v
v
v
Lina
2 comments:
Thanks lina..malu kty tau..
nanti kty pun ada satu entry utk jawab apa yg lina kata pasal kty tuh .jap g kuar tau
saya pon slalu jln2 umah kak ty tuh... heheh..
Post a Comment