aku tak pernah terpikir nak makan kat restoran ni. selalunya bila lalu depan restoran ni kitorang gelakkan sebab perkataan sup dan ayam tu cam dekat, jadi bila sekali imbas kita baca supayam. malam minggu yang lepas sebab dah tak tau nak makan kat mana en khairol suggest kat restoran ni. dia dengar kawan-kawan dia kata sedap juga masakan kat situ especially sup lah.
ha kan aku dah cakap word sup dan ayam tu dekat kan jadi bila baca cam supayam hehe. ok restoran ni letaknya kat Jalan Besar. alar berdepan dengan intan oven, hotel classic sumer tu. memang senang jer nak cari.
budak tomei yang nakal
qistina nak juga bergambo dengan menu. makanan yang terdapat di sini adalah masakan thai. cam biasalah menu-menu seperti yang terdapat kat restoran-restoran masakan thai yang lain.
mama bergambo dengan amsyar
ayah lak dengan qistina
sup ayam kampung yang marbeles...menghirup hingga ke titisan yang terakhir especially qistina lar.
bagi aku memang sedap jugalah makanan kat sini. harga pun berpatutan. kiranya bolehlah lain kali datang lagi cuba menu lain lak.
p/s : maaf kualiti gambar memang kurang memuaskan
Lina
No comments:
Post a Comment