korang tau kat Kuantan sekarang ni ada port terhangat. ala..ala...uptown gitu tapi uptown ni kat tepi sungai. best je jalan-jalan cuci mata, bershopping sambil menghirup udara yang segar.
lepas kitorang makan kat Restoran Sup Ayam tu malas nak balik rumah lagi. malam masih muda la katakan. jadi ajak en khairol jalan-jalan kat Taman Esplanade aka Benteng sebab tau malam tu ada gerai-gerai ni lar. oh yer nak maklumkan gerai-gerai ni berjualan pada malam Sabtu dan malam Ahad sahaja jer yer. kalau pergi malam-malam yang lain memang tak ada.
ni gerai-gerai terawal sebelum jalan lebih jauh lagi hehe
ni gerai baju budak-budak
sempat lagi qistina berposing
ni kedai bundle, en khairol memang suka
qistina sempat try tudung sebelum dibeli, RM8 sajork
berposing lagi
dengan amsyar lak
en khairol tengah mencuba air sarang burung, katanya sedap tapi aku tak try pun hehe
3 botol RM10 saja, en khairol pun beli
singgah kat kedai brooch
asyik sungguh memilih, RM1 sebiji yer yang kecik-kecik tu lar, RM10 dapat 10 biji ok lar tu
ada banyak jugalah gerai. adalah dekat setengah kilometer berjalan. di samping tu ada PA System dengan DJ menghiburkan orang ramai. sapa-sapa yang nak berkaraoke pun boleh. pergi jer kat DJ tu kalau nak nyanyi. so sapa-sapa yang tak tau nak pergi mana malam minggu bolehlah ke sini yer.
3 comments:
mesti happeningkan tmpt tuh..leh cuci mata sambil jalan2
Bolehlaa cube pegi nanti........
Area mane nie?
Post a Comment