Friday, January 28, 2011

Kemas Rumah...Raya Nak Dekat Dah

semalam sampai rumah lepas ambil qistina dengan amsyar terus buat burger sebab qistina ngadu lapo sangat dan nak makan burger putih.  camne rupanya burger putih tu yer?  ohhh ni qistina punya versi hehe alarrr daging burger, apit dengan roti tapi letak mayonis jer, benda lain sayur-sayur sekian tu tak payah.  tu lar pasal qistina panggil burger putih.  tengah aku buat tu ada dialog yang lebih kurang macam ni.

"mama, nanti kita kena kemas rumah lar mama" qistina

"ha kena kemas rumah, nape lak?" dalam hati macam kena perli jer, anak aku ni mesti cakap rumah bersepah.

"ye lar mama, kena lar kemas rumah nanti ada orang nak datang" qistina

"sapa pulak nak datang?" aku ni dah cuak dah sape lak nak datang rumah ni sebab masa tu memang rumah bersepah tahap lori terbalik dah ni.

"laaa nanti raya nanti orang datang lar" qistina

aku dalam hati ni "raya, raya apa lak, raya kan lambat lagi".

"raya apa ni kakak?"

"raya cina lar mama"

"ha! raya cina?  sapa nak datang? kawan kakak ke?"

"taklah mama, raya cina kan mesti lar ada orang nak datang, kena lar kemas rumah".

adusss mesti qistina bajet raya cina tu macam raya puasa.  ada orang datang beraya haha.  sapa lar yang bagitau dia cam tu.  aku rasa mesti cikgu dia cerita pasal chinese new year tu apa kot.  tu yang ingat ohhh rumah dia pun kena buat cam tu juga.  salah faham lar tu hehe. hai qistina...qistina...

Lina

8 comments:

Sidratul Muntaha said...

ahahah
kong hey fat choy yer tuk qistina
muahahah!!
gong xi fa chai tuk mak dia sbb tetiba pening kepala!!
aku wonderkan la lina
time qistina ckp gitu..
mata ko tetiba beso tak?!
mukakakaka!

.::Lynn::. said...

hahahahhhaa...
kata 1 Malaysia....
sib dia tak cakap : bila nak beli baju raya mama?

Lina said...

sidratul muntaha

hahaha pandai ko teka ayu...mmg betul...bila anak aku ckp org nak dtg tu terus terjegil biji mata aku hahaha...pandai betul anak aku saspenkan mama dia

Lina said...

lynn

a'ah ek sib baik dia x terpk baju raya tu klu dakkk masaklah nak kene g beli hehe

Adzriel AB said...

biasa le budak2 ni byk istilah baru. mcm anak akak ni ada yg panggil bubur cha-cha tu bubur abc. kreatif diaorg ni.

Aleyn said...

Salam Kenal..

Haha...ni baru betul 1 Malaysia...raya puasa raya kita..raya cina pun raya kita...

Lina said...

adzriel ab

tu lar budak2 ni imaginasi len skit :)

Lina said...

aleyn

1Malaysia, semua raya kita sambut haha