Friday, January 14, 2011

Jom Kutuk Penderaan Kanak-Kanak

kebelakangan ni aku rasa agak terganggu.  terganggu jiwa dan minda.  bukan sebab masalah keluarga, bukan sebab masalah kat ofis.  terganggu dengan berita penderaan kanak-kanak yang silih berganti sekarang ni.

aku sungguh-sungguh ni bukan terganggu sikit-sikit.  sampai satu tahap aku tak baca paper...kalau baca pun bahagian sukan, hiburan tapi muka depan atau ruang kat belah depan-depan tu memang aku tak buka langsung.  berita pun aku tak tengok, kalau terdengar orang ofis bercerita pasal tu pun aku tak campur.  kalau aku tengok blog orang lain cerita pasal ni pun aku takkan klik baca.

nak tau apa berlaku kalau aku baca atau dengar pasal penderaan ni?  aku akan terus panas, aku rasa darah naik ke kepala dan akibatnya aku rasa macam khayal, cam terawang-awang.  aku tak bolehlah kalau tau cerita tu aku akan teringat-ingat.  sampai berimaginasi pulak macam mana keadaan kanak-kanak tu bila kena dera.  macam mana dia tanggung kesakitan tu.  mesti menangis merengek-rengek... nak cakap tak tau.  ya Allah aku tak boleh bayangkan macam mana.  bila dah ingat tu susahnya nak keluarkan dari minda.  kadang-kadang aku down jadinya.  aku memang sensitif lar pasal ni.

yang menambah rasa down  tu sebab aku tak boleh buat apa-apa.  aduhhhh tolonglah...tolonglah...kepada kepada mereka-mereka ni.  tolonglah hentikan kekejaman ni.  kanak-kanak tu tak tau apa-apa...masih suci...masih tak berdosa.  diorang kan comel...kenapa sanggup cederakan mereka?  mana perginya sifat kemanusiaan tu?  dah hilangkah pedoman?  kenapa jadi begitu kejam?  mereka perlukan kita sebagai pelindung, mendapatkan kasih sayang bukan nakkan kesakitan, penderitaan.  seronok sangat ker pukul diorang?  sebab diorang tak boleh membalas kan?  sebab tu sampai lupa diri memukul, mendera. 

aku betul-betul tersentuh lar dengan perkara ni.  blog...blog jua tapi tanggungjawab sosial tu kena ada juga.  kepada blogger-blogger semua kalau ada kat kawasan kejiranan kita berlaku perkara ni cepat-cepatlah buat laporan.  mungkin apa yang kita buat tu nampak kecil tapi sebenarnya boleh menyelamatkan satu nyawa.  jom kita sama-sama kutuk penderaan kanak-kanak ni.

Lina

No comments: