Thursday, January 6, 2011

Hari Pertama Qistina Masuk Tadika

aku tak cerita pun ek pasal hari pertama qistina pergi tadika.  masih tak terlambat lagi kan nak cerita.  ok hari Isnin tu aku dan en khairol dah ambil cuti semata-mata sebab nak hantar qistina lar.  kami pilih Tadika Sri Melur yang terletak di Indera Mahkota selepas survey...tambahtolakdarabbahagi so itulah pilihan kami. 

pagi Isnin tu oklah mudah juga nak kejut qistina ye lar selama ni ikut suka dia je nak bangun pukul berapa kan tapi bila dah start masuk tadika ni memang wajiblar bangun pagi.  siap-siap pakai baju semua, breakfast, bekalkan dia nugget (atas permintaan) dalam pukul 8.15 pagi kami pun hantar dia.  kelasnya start pukul 8.30 pagi. 

sampai kat tadika tengok dah ramai dah budak-budak lain.  hantar sampai ke pintu mula-mula qistina malu-malu jer.  ok lar tu kan daripada menangis hehe.  aku tak tunggu pun sebab rasanya tak ada apa.  nak dijadikan cerita aku terlupa baju fardu ain dia tapi sebab dah sampai kat rumah jadi en khairol kata tengahari nantilar pergi hantar.  hehe saja je ye alasan nak pergi jenguk anak.

oleh sebab kitorang cuti jadinya petang tu ambil awal lar sikit.  sampai kat tadika dia dah siap sandang beg semua.  lepas tu borak kejap dengan cikgunya.  cikgu tu kata ok jer dia cuma susah nak makan.  aku memang tau dah sebab qistina ni memang susah sikit nak makan.  nasib baik bekalkan dia nugget tu. 

hari kedua, ketiga dan hari ni dah mula dah bangun pagi menangis hehe.  bukan menangis taknak pergi sekolah tapi qistina kata dia mengantuk lagi.  dah macam mana tu?  rasanya tidur dah awal dah tapi nasib baik tak berpanjangan nangisnya.  lepas mandi, pakai baju semua ok dah. 

kat tadika pun tanya cikgu dia dah makan dah tapi kene tengok jugalah.  lega sikit aku dengar sebab ye lar sampai petang kan takkan tak makan langsung.  uniform pun dah dapat nantilah aku upload gambar qistina pakai uniform tadikanya.  kaler kesukaan dialah pink.  cuma bila hari bekerja lambat sikitlah ambilnya.  mula-mula tu bising juga kenapa ambil lambat tapi lepas tu dah ok dah.

setakat ni bila aku tanya dia masa ambil petang tu suka ke tak pergi tadika dia kata suka.  so rasanya tak apa masalahlah kot.  harap-harap berkekalanlah sampai hujung hujung tahun nanti, insya-Allah.


Lina



2 comments:

ina said...

hehehe..teringan zamn kite masuk tadika dulu....tak bagi ayah balik..kene tunggu smp abih kelas....:)

Lina said...

ina

oh ye ke hehe...seingat kak ina masa tadika dulu parents tak tunggu kot lagipun dekat jer sebab masa tu duk kat kuarters polis...tadika pun kat dalam tu jer hehe

Share |