Thursday, January 20, 2011

Berjimba Di Sampai

apa kebenda lak 'sampai' tu ek? tempat apa tu? tak pernah pulak dengar tempat nama 'sampai' ni.  hehe ok korang janganlar nak mengkonpiuskan diri korang.  meh sini aku terangkan.  sebenonyer tempat tu bukan namanya 'sampai', namanya lain tapi qistina yang bagi nama tu.  rasanya masa umur dia 2 tahun kot bila nampak tempat tu kitorang bagitau lar nama tempat tu sekian sekian tapi dia sebut 'sampai'.  sampai lar ni dia still sebut 'sampai'.  bila kitorang ajar dia tak boleh juga sebut betul-betul.  emmm takpalar sampai pun sampai lar janji kitorang faham.  korang nak tau apa dia 'sampai' tu? ok sila layan gambar-gambar di bawah.









haaa dah dapat teka dah 'sampai' tu apa? ya betul 'sampai' tu adalah funfair!  ni kitorang pergi masa dibuka kat Jalan Air Putih, sebelah Eng Hong.   sekarang ni dah habis rasanya.  ada cerita kelakar sebenarnya pasal funfair ni.  kitorang pada mulanya tak tau pun funfair tu ada kat mana.  jadi kami dengan yakin dan gigihnya cari funfair ni berdasarkan pancaran lampu batman diorang.  dari rumah aku pun dah nampak lampu tu menghala ke langit.  setelah berpusing 3, 4 kali kawasan yang kami rasa tempat funfair tu barulah jumpa.  padahal dekat je tapi tu lar pusingnya jauh.  jadi tercapailah hasrat qistina nak pergi 'sampai'.

p/s : maaf kualiti gambar kurang memuaskan, kamera canonku tengah sakit

Lina

No comments:

Share |