Sunday, January 16, 2011

Astaghfirullah...

astaghfirullah...astaghfirullah...wahhh sekarang ni mulut qistina asik ucap tu jer.  dalam hati aku tertanya juga mana lak dia dengar.

hari Jumaat ari tu masa pergi bayar yuran tadika dia tanyalah cikgu dia.  ohhh rupa-rupanya lepas ajar sembahyang, diorang berzikir ramai-ramai.  patutlah qistina asik sebut jer. 

alhamdulillah banyak dah yang positif aku tengok selepas 2 minggu qistina sekolah.  barang-barang dia dah pandai simpan dan kemas sendiri.  tak adalah macam dulu sampai sakit tekak nak suruh dia kemas. 
makan pun dah kurang memilih dah sikit.  walaupun tak sepenuhnya berubah tapi oklah dari dulu.  nak tunggu lepas ni apa lagi yang dia belajar.


Lina
Share |