Saturday, January 22, 2011

amohhhh!!!

sekarang ni seronok sangat tengok gelagat amsyar.  sekarang ni dia kan dah setahun 5 bulan.  apa perkembangan terkini ek?  setakat sebut mama tu memang dah lulus dengan cemerlang lar tapi sebut ayah tu tak berapa lancar lagi.  kalau panggil ayah dengarnya cam mama juga tu yang en khairol bengang semacam jer kat mama hehe. 

yang aku nak cerita ni comel sangat hehe.  cerita pun comel ker haha.  ok sekarang ni amsyar dah pandai dah kalau kita suruh dia buat apa-apa...kalau dia tak nak buat...dia akan cakap 'amohhhh'.  maknanya tak moh lar, taknak buat hehe.  apa yang bestnya tang tu yer?  ohhh kalau korang dengar dia cakap 'amohhhh' tu mesti korang kata alahai comelnyerrrr.   anak sape lar ni ek? hahaha motip puji anak sendiri.  ye betul memang cute sangat.  aku yang tengah geram ni jadi cair lak hehe.  nak nak kalau suruh dia masuk tidur...boleh dia masuk bilik kejap pas tu terus lari keluar terkedek-kedek sambil cakap 'amohhhh'.  haha camner mama dengan ayah tak geram.  rasa nak cubit-cubit jer pipi tu hehe.

pas tu pantang pintu depan terbuka terus dia keluar berkaki ayam ni.  bila dia tengok jer kita nampak nak ambil dia berlari keliling kereta konon main nyorok-nyorok lar tu.  haha memang comellah.  seronok kan tengok perkembangan anak-anak ni.  bila teringat tu boleh senyum sorang-sorang lak hehe.

ini dia si budak 'amohhhh'

Lina


3 comments:

Nina Juliana said...

memang geram nak cubit pipi dia.. nak pulak bila time malu-malu manja dia tu kan.. kan.. kan..

anith aiman syafiq said...
This comment has been removed by the author.
anith aiman syafiq said...

cute boy...sebaya ngan baby syafiq, geram betui nengok gelagat bebudak nie...comeyyyy....

Share |