Monday, January 31, 2011

Waaaaaaaaaa!!!

aku tengah sedih + bengang + sakit ati sebab kamera harapanku satu-satunya dah rosak!!!  adusss kenapalar ko rosak wahai cik canon?  aku rasa aku dah jaga ko sebaik yang boleh dah tapi kenapa ko bole rosak?  abis tu macam mana aku nak berblogging ni?  tak best lar buat entry tapi takdek gambo.  macam buat air tanpa gula, macam mandi tanpa sabun, macam makan nasi tanpa sambal belacan huhu.

aku tak taular apa rosaknya.  bila amik gambo jadi putih gambo tu.  tak kiralah ambil secara automatik atau manual sama jer hasilnya.  kena cepat hantar kedai ni kalau tidak patahlah kaki macam ni.  sekarang ni amik pakai hp nokia E71 aku tu.  tapi tak berapa best lar sebab bila amik ada bunyi yang entah apa-apa tu.  bila amik gambo orang bole dengo lak bunyi then diorang taular sape yang amik kan.  tak leh lar nak amik gambo ala-ala sembunyi gitu huhu.

ataupun cik canon ku rosak untuk memberi petanda bahawa something new is coming to me hehe?  adakah aku akan mendapat kamera baru haha.  kalau kamera baru dah tentular aku kene beli pakai duit sendiri.  takdenya en khairol nak belikan tapi mana tau kan kene pandai pujuklah ;)
Lina

Bloglist IqbalHakimi | Jom Terbang!!


iqbalhakimi ada buat segmen untuk senarai bloglist dia.  ok juga kalau join kan?

-letak header blog iqbalhakimi
~ dah buat ~

-buat entri bertajuk : Bloglist Iqbalhakimi jom terbang!!
~ dah buat ~

-buat simple entri mengenai blog iqbalhakimi ini
~ blog yang amat menarik.  headernya very simple tapi kreatif.  ayat-ayatnya mudah senang nak faham.  pendek kata memang cool lar blog ni.

-kalau berminat boleh jadi "mereka terhebat" kat blog iqbalhakimi
~ dah jadi dah ;) ~

-tinggalkan link pada bahagian komen ini.

-nyatakan kategori anda :

-bekerja (perempuan)

tarikh tutup pada 2 hb February 2011(12.01 tengah malam)..

kalau korang berminat boleh klik jer pada banner kat atas tu :) :)


Lina

Sunday, January 30, 2011

Review Follower 12 - Wyyn Planet

tibalah saatnya aku nak review follower aku yang happy go lucky ni.  isteri kepada ah kau (panggilan suaminya hehe) dan ibu kepada dua orang boys yang amatlah comelish (haha ada ker word tu) yaeesh dan yushua.

blognya diberi title sebagai wyyn planet mengambil sempena gabungan nama tuan punya blog, watie dan suami dan anak-anaknya.  planet tu ibaratnya rumahlah.  kalau korang buka blog dia memang banyaklah gambo planet yang korang dapat tengok. 

actually watie ni one of my friend masa study kat UiTM Jengka dulu.  kami sama-sama satu batch.  walaupun dah lama tak jumpa since graduation tapi alhamdulillah bertemu kembali di arena blogging.  disebabkan blogging ni juga kami dapat bertemu muka semasa Blogger's Family Day awal tahun lepas.  boleh baca entry pasal gathering kami tu di sini.

apa yang aku tengok perangai watie ni tak berubah langsung.  baik masa belajar dulu sampailah sekarang dah jadi ibu ni.  happy sokmo aku tengok.  seperti kebanyakan blog-blog lain, wynn planet ni menceritakan pasal life dia di samping suami dan anak-anak.  memang seronok baca blog watie ni.  jadi jangan buang masa pergilah terjah blog dia k!
v
v
v


Lina

Review Follower 11 - Yallah! Yallah! Karban!

tengok tajuk kat atas tu mesti korang ingat aku nak review blog pak arab mana lar pulak ye dok?  eh memang aku nak review blog pak arab tapi pak arab celup hehe (jangan mare yer pak chu car).

follower yang aku nak review ni seorang perantau di Arab Saudi sebenarnya.  menetap di sana kerana bertugas.  seronoknya lar kan duk kat negara orang.  bole belajar adat budaya orang lak tapi mesti tak seindah negara sendiri bukan? 

pak chu car ni mula berblog sekitar tahun 2008.  berblog kerana jauh di rantau orang dan di samping itu boleh bercerita life di sana.  banyak entry-entry yang menarik di blog pak chu car ni seperti entry masa kunjungan Datuk Dr Sheikh Muzzaffar semasa menunaikan haji.  jadi apa tunggu lagi pergilah terjah blog ini!
v
v
v

Lina

Yusuf Karim dan Khairul Fahmi

aku rasa di sebalik kemenangan pasukan Kelantan dalam perlawanan Piala Sumbangsih tadi, yang paling menjadi sebutan tentulah tindakan pengadil menghentikan perlawanan sekejap.  memang berani dan tegaslah keputusannya.  ye lar penyokong semua tak berdisiplin.  orang kata jangan bawa mercun bawa juga.  last last sebagai pengajaran ha hentikan perlawanan.  kalau nak tengok pasukan sendiri main jangan main mercun.  respek lar sama Yusuf Karim.

tahniahlar kepada pasukan Kelantan atas kemenangan tu.  lagi manis Khairul Fahmi dianugerahkan pemain terbaik hasil undian Media.  memang bagus pun permainan dia.  oppss sejak bila pulak aku ni jadi penyokong Kelantan ni haha.  emmm...emmm...apa pun still sokong Pahang lar ohhh Pahang pun menang dengan Perlis 3-1.  ingat nak g tengok tapi cuaca sekejap hujan sekejap tak.  dahlah badan rasa tak sedap ni cam nak demam.

errr...errr... nak letak gambo Khairul Fahmi lar.  korang jangan maraa ekkk :) :)


gambar dari en google

Lina

Friday, January 28, 2011

Review Follower 10 - Mama Irfan

follower yang seterusnya aku nak review ni memang aku tak perasan sungguh.  dia follow blog aku tapi aku tak follow pun blog dia.  camne tu?  mesti dia kata aku sombong ek tak follow dia semula huhu.  saya tak sombong ek mama irfan saya sungguh-sungguh tak perasan.  ini cerita benar tau.  silalah percaya kata-kata saya ni :).

blog mama irfan ni mengambil nama sempena nama anak sulungnya, irfan.  sekarang ni mama irfan tengah pregnant, dah 38 minggu tunggu masa jer nak deliver.  kita doakan semoga mama irfan selamat melahirkan adik untuk irfan dan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.

blognya menceritakan personal life dialah, pasal family especially pasal irfan, pasal kerja dan sebagainya.  header blognya comel sangat sebab memaparkan gambar-gambar irfan dari kecil.  baiklah kalau korang nak berkenalan dengan mama irfan boleh terjah blog dia yer.
v
v
v

psst...psst...mama irfan saya dah follow back yer ;)

Lina

Kemas Rumah...Raya Nak Dekat Dah

semalam sampai rumah lepas ambil qistina dengan amsyar terus buat burger sebab qistina ngadu lapo sangat dan nak makan burger putih.  camne rupanya burger putih tu yer?  ohhh ni qistina punya versi hehe alarrr daging burger, apit dengan roti tapi letak mayonis jer, benda lain sayur-sayur sekian tu tak payah.  tu lar pasal qistina panggil burger putih.  tengah aku buat tu ada dialog yang lebih kurang macam ni.

"mama, nanti kita kena kemas rumah lar mama" qistina

"ha kena kemas rumah, nape lak?" dalam hati macam kena perli jer, anak aku ni mesti cakap rumah bersepah.

"ye lar mama, kena lar kemas rumah nanti ada orang nak datang" qistina

"sapa pulak nak datang?" aku ni dah cuak dah sape lak nak datang rumah ni sebab masa tu memang rumah bersepah tahap lori terbalik dah ni.

"laaa nanti raya nanti orang datang lar" qistina

aku dalam hati ni "raya, raya apa lak, raya kan lambat lagi".

"raya apa ni kakak?"

"raya cina lar mama"

"ha! raya cina?  sapa nak datang? kawan kakak ke?"

"taklah mama, raya cina kan mesti lar ada orang nak datang, kena lar kemas rumah".

adusss mesti qistina bajet raya cina tu macam raya puasa.  ada orang datang beraya haha.  sapa lar yang bagitau dia cam tu.  aku rasa mesti cikgu dia cerita pasal chinese new year tu apa kot.  tu yang ingat ohhh rumah dia pun kena buat cam tu juga.  salah faham lar tu hehe. hai qistina...qistina...

Lina

Thursday, January 27, 2011

Petang Ni Kena Drive

petang ni en khairol balik lambat.  jadi aku terpaksalah mengambil-alih tugas drive, pegi ambil amsyar dan qistina.  tu lar dah terlampau lemak duk kat sebelah jer en khairol drive bila kena drive mula lar hehe.  padahal masa bujang takda hal pun drive :).  bukan aku taknak drive tapi tak suka nak menempuh jam.  ohhh Kuantan sekarang ni dah cam KL petang jer time balik ofis adusss jam tak bole cakaplar.  kadang-kadang pukul 6 pun still jam.  dulu-dulu setakat kul 5.15, 5.30 tu memang dah tau time jam tapi sekarang ni melarat ke pukul 6 pulak.  orang dah ramai ada kereta kan.  satu-satu rumah tu mungkin ada 2, 3 buah kereta.  setiap sorang bawa sebuah kereta pegi kerja camne tak jam.   emmm dulu kan ada kempen car pool tapi tak berjaya, sekerat jalan jer.  ohhh ok lar korang nak balik lar ni nak ambil qistina nanti bila en khairol call still kat ofis membebel lak dia.  dia bukan boleh lewat-lewatkan ambil qistina tu.  buah hati lar katakan.  rasa cam diduakan jer hehe. 

Lina

Fuhhh Panas...Panas...

hai musim hujan pun still panas juga?  panas tang mana tu?  ohhh ni panas tang jawab-menjawab, tangkis-menangkis, siap tunjuk bukti bagai dah ni.  cam fight kat mahkamah dah jadinya ada bukti-bukti semua tu.

kan semalam kat Harian Metro si Nora Danish ni ada buat statement pasal hal putus Jejai dan Fasha Sanda.  hari ni si Fasha tak puas hati dengan statement tu dah tunjuk bukti bagai.  sms, mms semuanya ada huhu.  yang dia tak puas hati tu Nora Danish cakap diorang dah putus 2 bulan dah sebelum Nora ke Jepun tapi si Fasha terus tunjuk bukti yang diorang putus sebenarnya baru lagi 18 Januari ari tu.  masa kat Jepun tu si Fasha dan Jejai ni still bersms, berhubung, bersayang-sayang lagi.

hai siaplah lepas ni ada lagi lar kuar statement balas lak.  yang untungnya saper? syt suratkhabar lar sebab paper laris cam goreng pisang panas nak baca statement balas-membalas ni hehe.

pendapat aku lar cukup-cukuplar kuarkan statement kat suratkhabar.  nanti takut sampai terkeluar cite dalam kain lagi malu.  yang si Nora tu patutnya tak payahlah cakap apa-apa.  cukuplah Jejai tu dah cakap.  yang dia pergi tambah lagi tu buat apa.  kang dari orang still simpati dengan awak last-last jadi meluat lak.  si Fasha tu lainlah dia orang suka ke tak suka ker dia redah jer yang penting dia rasa dia betul.  ohhh kalau korang nak tau lebih lanjut pasal bukti-bukti yang Fasha bagi tu boleh pergi ke blog ni.

Lina

Ben Ashaari Blog

en ben dah bubarkan bloglist lama dan nak buat bloglist baru.  harus cepat ni kalau still nak berada dalam bloglist en ben.




1.Letakkan header BEN ASHAARI BLOG ~ done 

2.Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini .. ~ done

3.Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..

paling banyak 5, paling sikit 1, jumlah entry setakat ni ada 575

4.Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..

mencabar diri untuk sentiasa  update sebab blog ben ashaari sentiasa dikunjungi jadi harus tempatkan blog sentiasa di senarai teratas bloglist.

5.Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
 
menjadikan blog saya sebagai satu medium untuk membantu orang lain
 
dah siap dan boleh hantar!!!

Lina

Lirik - Shoulder To Cry On

Penyanyi : Tommy Page


cute kan

Life is full of lots of up and down
But the distance feels futher
When it's headed for the ground
And that's nothing more painful
Then to let you feelings take you down

it's so hard to know the way you feel inside
When there's many thoughts and feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you by your side

And when you need a shoulder to cry on
When you need a friend to rely on
And when the whole world is gone
You won't be alone cause i'll be there
I'll be your shoulder to cry on i'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone cause i'll be there

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like there's no use going on
You can't give it up i'll help you work it out
And carry on

Side by side with you till the end
i'll always be the one to firmly hold your hand
No matter  what is said or done
Our love will always continue on

kalau yang sezaman dengan aku tak ingat lagu ni dan penyanyi ni memanglah.  masa tu Tommy Page ni artis yang paling hotlah.  dah lah cute.  budak-budak sekolah memang admire giler termasuk member sekelas aku hehe.  lagu ni popular sangat.  lirik dia memberi erti mendalam dalam erti persahabatan.  sahabat yang boleh bergantung waktu susah dan senang.


Lina

Review Follower 9 - Attyfir

review follower kembali semula!!!  sorry lar korang sebab terhenti lama lak review ni.  ambil masa sikit nak review follower seterusnya ni sebab banyak sebenarnya nak tulis tapi kalau panjang sangat baik terus pergi ke blog dia kan.

ok follower yang aku nak review ni adalah Attyfir tapi aku panggil kak ty jer.  seorang ibu kepada 3 cahayamata.  aku kagum sesangat dengan dia.  kagum sebab ape tu?  kagum sebab kak ty ni cool sungguh orangnya.  sebab apa aku cakap cool?  sebab orang lain sibuklar dengan BE, nak tambah follower, nak tingkatkan trafik, camne nak bagi orang masuk blog kita selalu tapi dia cool jer pasal semua tu.  kalau dia rasa nak join segmen, dia join jer. kalau rasa nak join contest barulah dia join tapi biarpun macam tu aku tengok follower dia sentiasa meningkat.  follower dia memang setia betullah dengan blog dia.  ini aku tengok berdasarkan yang sentiasa tinggalkan komen. 

walaupun macam tu kak ty  ni tak sombong, tak riak pun.  dia teruskan jer berblog macam biasa.  aku rasalah kak ty ni memang ikhlas berblog.  niatnya memang untuk berblogging jer tak mengharapkan keuntungan semata-mata.  kalau ada dia terima kalau tak ada pun tak apa tapi aku rasa dah banyak dah kak ty dapat income dari Nuff cuma kak ty tak hebohkan jer.  lagi satu daripada selama yang aku mengenali kak ty ni melalui blognya, aku rasa kak ty seorang yang lemah-lembut dan penyayang tapi dalam lemah-lembut tu ada juga tegasnya.

kalau korang pergi ke blog kak ty memang rasa tenang jer, sebab apa?  sebab blognya simple jer.  tak crowded pun dengan widget widget yang tak perlu.  jadi korang boleh baca entrynya dengan aman hehe.  ohhh yer blog kak ty ni menceritakan pasal personal life macam pasal family, kerja dan juga makan-makan. 

ohhh yer lagi satu yang paling best sekali adalah birthday anak kak ty yang bongsu tu firdaus sama dengan aku iaitu 3 Julai!  hohoho jadi kalau korang nak bagi hadiah ke fir tu kene lar bagi hadiah kat aku juga (wahhh promote nampak).  oklah rasa dah banyak kot cerita jadi aku persilakan korang ke blog kak ty untuk berkenalan dengan lebih lanjut lagi.
v
v
v

Lina

Getah Oh Getah


RELA JAGA KEBUN GETAH: Ketua Platun RELA, FELDA Lubuk Merbau, Othman Shaari (kanan) bersama anggotanya memerhatikan Yusof Mat, 63, dan isteri, Zabidah Md Daud, 59, menoreh getah ketika mengawal persekitaran kebun getah di FELDA Lubuk Merbau, Kuala Nerang, yang menjadi tumpuan pencuri berikutan harga getah yang melambung tinggi. - Foto Shahrizal Md Noor

fuhhh saper sangka getah sekarang ni dah menjadi barang berharga cam emas lak.  tengok tu gambo tu siap RELA mengawal kebun getah bagi mengelakkan kecurian.  dulu kalau kata penoreh getah nak masuk minang terus jebik.

"uhhh ape kelassss penoreh getah...dahlah bau busuk...i nak kahwin dengan eksekutif jer"

sekarang ni pendapatan sebulan penoreh getah kadang-kadang lebih daripada eksekutif.  dialog pun dah bertukar.

"ohhh si polan si polan tu kerja toreh getah?  ehhhh sape kata i taknak...i nak kahwin dengan dia...busuk pun busuk lar janji duit masyukkkkkkkk"


ohhh jangan lar ada sesape yang terasa lak dengan dialog kat atas tu.  aku cuma nak menggambarkan situasi betapa berharganya getah sekarang hehe.  tak ada kene mengena sama ada dengan yang hidup atau yang mati tau.

emmm sape ada kebun getah juallah kat aku ataupun aku amik upah toreh getah kat kebun korang ok jugak dok huhu.  boleh juga aku sambar ipad sebijik :)

note : gambar dari Berita Harian


Lina

Allya binti Abu Bakar Sudah Tiada

innalillah hiwainna lillahhi rojiun...aku baru tau berita ni bila aku buka fb.  aku masih terkejut...terpana sekejap aku.  Allya binti Abu Bakar adalah salah seorang kawan satu batch masa study kat UiTM Jengka dulu.  kenapalah aku tak perasan sebab keluar news dalam Berita Harian.  arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya kat Karak Highway pada pagi 24 Januari 2011 bersama dengan suami dan anak-anaknya.  alhamdulillah suami dan anak-anaknya hanya cedera ringan.  ya Allah!  aku masih tak dapat percaya berita ni tapi itulah kenyataannya.  walaupun aku tak berapa rapat dengan arwah tapi sebagai salah seorang yang mengenalinya aku amat terkejut.

berita lanjut korang boleh baca kat sini
v
v
v


arwah allya bersama anak-anaknya

marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah ke atas rohnya.  moga rohnya dicucuri rahmat dan  ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin.


note : gambar diambil dari fb arwah

Lina

Wednesday, January 26, 2011

Lirik - Seribu Impian

Tajuk : Seribu Impian
Penyanyi : Casey


Di senjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi

Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin kulupakan
Segala saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sayang kita walau badai tiba

Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan
Tenggelam jauh dalam khayalan
Dibuai alam mimpi

Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Diketika bergurau senda
Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata
Setinggi langit biru mimpi kita
Abadi selamanya

mengenang semula lagu-lagu yang aku suka dan  mewarnai perjalanan hidup aku.  korang ingat tak lagu ni?  ingat lagi tak penyanyinya Casey? sorrylah setelah digoogle gambor tu jer yang aku asyik jumpa.  bila aku ingat lagu ni aku terkenang zamam persekolahan aku.  kenangan bersama kawan-kawan, dengan cikgu, impian, cita-cita.  liriknya memang memberi peransang dan semangat untuk berjaya. 



Lina

Ya Habibi Ali Baba

bulan 2 nanti ofis aku ada buat makan malam.  bole bawa family.  dapat tau tadi dari AJK kelab ada tema lar pulak, arabian night huhu.  fuhhh kene survey lar pulak mana nak cari baju tema arabian.  kalau pakai alar penari gelek ok dok hehe.  oppsss tak bole...tak bole...nanti terus dilarang masuk ke dewan hehe.  korang ada idea tak kat mana nak survey or tau ada yang jual online?


cantik kan gaya cleopatra ni

ohhh ini seksi banget

ni pun cantik juga

ala comeinyer...bole suruh qistina pakai ni

ini bole pakai ke amsyar

nak ke en khairol pakai gaya ni hehe

note : gambar kredit kepada en google

Lina

Termiss Lagi!

hehe malu lak tengah gode-gode blog Dr. Hafiz nak cari jawapan untuk soalan 3 Gegar Blog, tup-tup dah ada pemenang!  adusss cepat sungguh dapat pemenang.  kita ni baru terkedek-kedek, dah dapat jawapan, bila nak buat entry tengok dah ada pemenang huhu. keciwa disitu.  emmm takperlah takde rezeki lagi nak join :(

Lina

Bag Hanger

jalan-jalan kat blog kak jemah tadi baca entry kak jemah promote bag hanger.  korang tau tak bag hanger tu aper?  ha meh sini aku tunjuk gambonyer.


inilah rupanya bag hanger tu.  kegunaannya tentulah untuk menggantung handbag kita.   kala kita pergi bengkel ke kan atau pergi makan-makan tak tau nak letak handbag kat mana jadi inilah penyelesaiannya.

cantik-cantik bag hanger yang dijual.  ada design yang macam ni...
V
V

dan juga design ni
V
V

comel-comel kan?  rasa nak sambar satu hehe.  ada banyak lagi design lain tapi aku tunjuk yang comel-comel je lar yer.  selebihnya korang boleh tengok kat blog tu.

oh yer ni bukan kak jemah yer yang jual tapi adiknya yang jual.  bukan hanya ada bag hanger ni jer tau.  ada juga keyfinders, bookmark, nursing cover dan nursing wear.  kalau korang berminat dengan produk-produk ni bolehlah terjah blog ini.
v
v
v
v

psst...psst...lupa nak bagitau kalau pembelian melebihi RM100, postage adalah PERCUMA ;)

note : gambar kredit kepada butikceera

Lina

Sikap Individu Atau Persekitaran?

pada pendapat aku, jadi staf kerajaan ni aku memang bersyukur sangat-sangat.  bukan sebab tak banyak kerja tau.  ehhh sapa kata kerja kerajaan ni tak banyak?  banyak tau ingat banyak rilek ker hehe.  kerja kerajaan ni benefit dia ye lar stabil sikit, ada pencen, nak buat loan pun senang (tapi jangan amalkan selalu), kenaikan gaji setiap tahun.

yang aku tak paham kenapalar sesetengah individu ni bila dapat kerja kerajaan ambil mudah.  lepas tu memilih kerja, bagi kerja ni susahlar, bagi kerja tu pula banyak sangat.  abis nak buat kerja apa?  kalau semua yang dibagi asyik merungut jer.  kemudian tu memanglar diakui kerja kerajaan ni kita still boleh settlekan hal peribadi kita masa waktu kerja macam pergi bank ker, ambil/hantar anak sekolah ker dan macam-macam lagi bergantung atas budi bicara bos lar tapi berpada-padalah nak gunakan peluang tu.  ini bila dah bagi kelonggaran ohhhh sampai 3, 4 jam guna, apa kes?

macam aku ni dah merasa kerja swasta dulu memang rasa perbezaannya.  memang strict sungguh.  kalau nak breakfast, sebelum masuk ofis dah makan dah.  masuk ofis kena sharp on time.  masa lunch pun gitu juga.  kalau sejam, sejam tu lar tak boleh lebih melainkan ada hal-hal yang tak boleh elak.  so bila kerja kerajaan ni rasa lega sesangat sebab ada kelonggaran sikit tapi kenalah pandai-pandai guna peluang tu.

lepas tu yang suka jaga tepi kain orang satu hal.  dah tak ada kerja lain ke nak buat sampai hal-hal orang pun nak jaga.  aku memang bengang lar dengan orang yang tak boleh tengok orang lain senang.  tak boleh ker fikir positif sikit.  hidup kalau asyik fikir negatif jer tak maju ke depan.  nanti bila orang lain semua dah ke depan awak sorang terkial-kial kat belakang mulalah, salahkan orang lain juga bukan nak salahkan diri sendiri. 

lagi satu kita ni hidup bermasyarakat bukan hidup sorang-sorang jadi pandai-pandailah jaga mulut, tingkahlaku semua tu.  janganlah suka nak sakitkan hati orang lain.  apa faedah yang dapat dengan buat semua tu?  rasa lega ker?  aku rasa tak... lagi sakit hati adalah sebab bila orang tu buat tak peduli, tak kisah lagi sakit hati kan?  jadi tolonglah, belajarlah hormat sikit kat orang lain.  tak susah pun kan?

Lina

Tuesday, January 25, 2011

Cute Little Pinky Fan GA By Iceboxrivet 2011


~ STICKY MODE ~

untuk entry terkini sila scroll ke bawah yer


blogwalking kat blog ayu terbaca pula dia ada buat GA.  nak join...nak join...sebab senang baitu. ok done.  senang kan.  kalau korang nak details pasal GA ni sila klik kat banner atas tu yer.  tarikh tutup pada 25 Januari 2011.

Lina

Gegar Blog - Ben Ashaari

setakat ni dah 2 soalan dilancarkan oleh en ben tapi aku still tak berkesempatan nak join.  bukan aku malas atau apa tapi ada kekangan.  rutin kerja tak memungkinkan aku untuk nak berblogwalking mencari jawapan.  aku tak taulah kalau orang lain boleh buat tapi aku rasa aku tak boleh.  kadang-kadang adalah juga masa sedikit tapi tak cukup untuk aku menjelajah satu-satu blog dengan teliti.

tak apalah mungkin bukan rezeki aku nak join.  insya-Allah kalau ada soalan-soalan seterusnya nanti mungkin aku ada peluang nak join.  jadi en ben harap-harap banyaklah lagi soalannya yer? :)



Lina

Cerita Masa Hi-Tea

ada aku bagitau pada entry sebelum-sebelum ni yang aku pergi Hi-Tea anjuran Puspanita.  majlis bermula jam 3.00 petang.  ramai juga yang hadir, penuh tempat tu.  antara program adalah demo kecantikan, karaoke dan cabutan bertuah.  di sini aku kongsikan gambar-gambar masa Hi-Tea tersebut.

Restoran New Horizon tempat majlis diadakan.


Suasana semasa majlis.

bersama Kak La, member ofis aku

antara menu yang disajikan.  yang macam kek gulung tu kan sangat-sangat sedap.  dibuat dengan isi ayam.

ada nasi goreng dan mee hun goreng

ini masa demo kecantikan.  aku tak amik port pun sebab sibuk makan, laparrrr!!!

acara yang ditunggu-tunggu, cabutan bertuah lah tapi nombor aku ni langsung tak bertuah huhu.  hadiah ada 50 tapi satu pun tak lekat.  memang kalau bab-bab cabutan bertuah ni aku memang tak bertuah.

Lina

Monday, January 24, 2011

Meh Join Bloglist IX

jalan-jalan dari blog ke blog terbaca pasal blogger IX buat segmen Bloglist IX.  best juga kalau join.  boleh tersenarai dalam bloglist blog yang templatenya sangat cool.  betul templatenya cantik sangat. kalau nak tengok korang pergi kat blog dia.


ok blogger IX mahukan maklumat berikut :-

Blogger Name : Lina
Jantina : Perempuan

ada hadiah juga untuk blogger yang bertuah.  antaranya Blog Review, Free Flash Banner, Sticky Blog Review dan apa-apa yang difikirkan sesuai oleh blogger IX.

emmm nak tag sape yer?  aku tag diorang ni sebab ni antara follower terkini aku.

reen azreen
reen
syieda
sarah amirah
jadi apa tunggu lagi jomlah join.  kalau korang berminat klik saja pada flash banner kat atas tu.

Lina

Aku Baru Nak Join Heartbeat.My

tengok kat blog orang lain ramai yang dah join Heartbeat.My.  Masa tu tak rasa nak join lagi sebab masih ragu-ragu sama ada akan effect Nuff atau tak.  bila tengok makin ramai dah join dan semuanya kata takkan effect status gliteratti Nuff hari ni baru tergerak nak join.


Heartbeat ni macam Nuff juga kita boleh dapat imbuhan daripadanya.  jadi jomlah kita join sebab tak rugi langsung.  kalau berminat bolehlah klik kat gambar di atas tu yer.

untuk tutorial yang lebih detail boleh klik kat sini
v
v
v
http://damiaqish.blogspot.com/2011/01/heartbeat-hasilnya-memberansangkan-jom.html



Lina

Sunday, January 23, 2011

Rasa Rindu

bukan rindu kat en khairol yer tapi rindu nak melancong.  bukan nak melancong ke luar negara tu tapi dalam negeri jer.  rindu nak melancong macam masa pergi ke Penang dan Taiping dalam hujung tahun 2008.  masa tu tengah mabuk-mabuk ngandungkan amsyar.

aku dah suarakan kat en khairol...dia ok jer cuma tak fikir lagi kali ni nak pergi negeri mana lak.  lagi satu kena kumpul duit dulu lar.  takkan nak jalan-jalan pakai air jer kot hehe.  harap-harap dapatlah jalan-jalan tahun ni.  kalau korang nak tau macam mana trip aku ke Penang dan Taiping tu bolehlah baca entry-entry di bawah ni.



Lina

Kisah Orang Bujang

korang pernah tak berjiran dengan orang-orang bujang?  ye lar budak-budak bujang yang menyewa especially bujang perempuan.  ni nak cerita ni bukan nak jaga tepi kain orang yer tapi emmm takpelar aku cite dulu yer.

biasalah kalau duduk bujang ni kalau dalam rumah agaknya pakai seluar pendek, singlet.  yang aku pelik tu kenapalar bila keluar rumah tu pakai cam tu juga.  memanglah keluar sekejap jer tapi tak tau kan tiba-tiba ada jiran ker keluar, ada orang lalu ker.  aku dengan en khairol dah berapa kali terserempak dengan salah seorang budak bujang tu lar.  pakai seluar pendek dengan singlet.  tau pula bila nampak kereta kitorang terus berlari masuk rumah.  en khairol pun dah geleng kepala dah.  dia pulak rasa malu.

janganlah ingat ohhh masa tu jiran tak ada bolehlah keluar kejap ambil barang dalam kereta ker ntah buat apa lar.  tak boleh ker sarung sekejap seluar panjang dengan t-shirt ker kan pas tu dah masuk rumah cabut lar.  bukan apa malu lah dengan en khairol dan anak-anak.  qistina pun pandai dah tanya "wahhh kenapa kakak tu seksi, mama?"  aduss nak jawab apa kan.

harap-harap kalau ada orang-orang bujang yang baca blog aku ni janganlah terasa lak.  bukan semua macam tu segelintir jer.  aku tau budak tu pun bukan sengaja tapi takkan tak boleh pikir kan.  bukan apa manalah tau kalau orang lalu dengan kereta ternampak ker, mulalah lalu ulang-alik depan rumah,  jiran-jiran yang mulut kepoh nampak ker dah jadi gossip lak.  tak salah nak pakai macam tu tapi pandai-pandailah kan.

Lina

Boleh Follow Max 300 Blog?

kepada blogger semua boleh tolong tak?  kalau ada sapa-sapa tau betul ker kita cuma boleh follow blog lain maximum hanya 300 blog saja?  sebab sekarang ni bila aku nak follow keluar message box bagitau yang aku dah follow max 300, dah limit dah.  bila aku cuba memang tak masuk pun dalam list blog yang aku follow dan tak keluar pun kat dashboard.  abis tu camner ni?  banyak lagi blog yang tak aku follow lagi ni.  pleaseeeeeeeeee...ada sapa-sapa boleh bagi jawapan tak?  boleh tolong tak nak selesaikan masalah ni?



Lina

Harap-harap Dah Jumpa

malam tadi aku pergi Giant.  ramai sungguh orang especially kaum Cina lar.  ye lar diorang kan nak celebrate Chinese New Year lagi seminggu lagi kan.  tengah syok jalan-jalan tiba-tiba dengar announcement pasal kehilangan kanak-kanak.  budak perempuan umur 3 tahun.  2 kali pulak tu announce.  aku bila dengar tu terus rasa berdebar sebab teringat peristiwa lama.  yalah bagi aku yang pernah mengalaminya memang fobia lah pasal hilang-hilang anak ni.  bagi pembaca baru blog aku kalau nak tau kisah lama tu bole pergi ke entry ni yer.  aku harap-harap dah jumpalah budak tu.


Lina

Junior Masterchef Australia Season 1

gambar dari en gugel

korang pernah tengok tak rancangan Junior Masterchef Australia.  sekarang ni aku tengah layan rancangan ni.  bestlah tengok budak-budak ni memasak.  cam pro lak. aku pun tak seterer diorang kot masak.  masakan diorang tu pulak sedap berdasarkan yang juri-juri tu komen lar.
kalau sape-sape nak tengok boleh klik saluran 711, setiap hari Ahad jam 8.00 malam.

Lina

Saturday, January 22, 2011

amohhhh!!!

sekarang ni seronok sangat tengok gelagat amsyar.  sekarang ni dia kan dah setahun 5 bulan.  apa perkembangan terkini ek?  setakat sebut mama tu memang dah lulus dengan cemerlang lar tapi sebut ayah tu tak berapa lancar lagi.  kalau panggil ayah dengarnya cam mama juga tu yang en khairol bengang semacam jer kat mama hehe. 

yang aku nak cerita ni comel sangat hehe.  cerita pun comel ker haha.  ok sekarang ni amsyar dah pandai dah kalau kita suruh dia buat apa-apa...kalau dia tak nak buat...dia akan cakap 'amohhhh'.  maknanya tak moh lar, taknak buat hehe.  apa yang bestnya tang tu yer?  ohhh kalau korang dengar dia cakap 'amohhhh' tu mesti korang kata alahai comelnyerrrr.   anak sape lar ni ek? hahaha motip puji anak sendiri.  ye betul memang cute sangat.  aku yang tengah geram ni jadi cair lak hehe.  nak nak kalau suruh dia masuk tidur...boleh dia masuk bilik kejap pas tu terus lari keluar terkedek-kedek sambil cakap 'amohhhh'.  haha camner mama dengan ayah tak geram.  rasa nak cubit-cubit jer pipi tu hehe.

pas tu pantang pintu depan terbuka terus dia keluar berkaki ayam ni.  bila dia tengok jer kita nampak nak ambil dia berlari keliling kereta konon main nyorok-nyorok lar tu.  haha memang comellah.  seronok kan tengok perkembangan anak-anak ni.  bila teringat tu boleh senyum sorang-sorang lak hehe.

ini dia si budak 'amohhhh'

Lina


Friday, January 21, 2011

Rehat Sekejap

sorry ek korang segmen review follower aku terpaksa direhatkan sekejap.  ala bukan lama pun untuk 2 hari ni jer hehe.  untuk review yang terbaru korang tunggu yer minggu hadapan.


Lina

Port Terhangat Di Kuantan Sekarang Ni?

korang tau kat Kuantan sekarang ni ada port terhangat.  ala..ala...uptown gitu tapi uptown ni kat tepi sungai.  best je jalan-jalan cuci mata, bershopping sambil menghirup udara yang segar.

lepas kitorang makan kat Restoran Sup Ayam tu malas nak balik rumah lagi.  malam masih muda la katakan.  jadi ajak en khairol jalan-jalan kat Taman Esplanade aka Benteng sebab tau malam tu ada gerai-gerai ni lar.  oh yer nak maklumkan gerai-gerai ni berjualan pada malam Sabtu dan malam Ahad sahaja jer yer.  kalau pergi malam-malam yang lain memang tak ada.

ni gerai-gerai terawal sebelum jalan lebih jauh lagi hehe

ni gerai baju budak-budak

sempat lagi qistina berposing

ni kedai bundle, en khairol memang suka

qistina sempat try tudung sebelum dibeli, RM8 sajork

berposing lagi

dengan amsyar lak

en khairol tengah mencuba air sarang burung, katanya sedap tapi aku tak try pun hehe

3 botol RM10 saja, en khairol pun beli

singgah kat kedai brooch

asyik sungguh memilih, RM1 sebiji yer yang kecik-kecik tu lar, RM10 dapat 10 biji ok lar tu

ada banyak jugalah gerai.  adalah dekat setengah kilometer berjalan.  di samping tu ada PA System dengan DJ menghiburkan orang ramai.  sapa-sapa yang nak berkaraoke pun boleh.  pergi jer kat DJ tu kalau nak nyanyi.  so sapa-sapa yang tak tau nak pergi mana malam minggu bolehlah ke sini yer.

Lina

Giveaway - Saya Nak Kain Tu!!!

~ STICKY MODE ~

untuk entry terkini sila scroll di bawah entry ini yer.


jalan-jalan kat blog Tie Tine terbaca pasal giveaway ni.  cam berminat jer...tak rugi kalau mencuba kan.  hadiahnya pun menarik.  'saya nak kain tu' sebab boleh saya buat baju kurung baru dan juga boleh menambahkan lagi koleksi baju-baju kurung saya hehe.

4 Syarat Mudah:-



1. Merupakan seorang blogger & mempunyai alamat di Malaysia

2. Menjadi follower blog SYEDACOLLECTION

3. Tepekkan banner Giveaway kat sidebar & buat 1 entry ringkas bertajuk "Giveaway ~ Saya Nak Kain Tu!!!" kat blog anda. ( Mesti dilink kan terus ke entry ini)

4. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entry ni.
Giveaway bermula 17 Dis - 21 Jan 2011 jam 11.59pm.

(Hadiah2 akan diupload kemudian yang pastinya adalah

3 helai kain pasang untuk 3 pemenang)

Pemenang akan diumumkan pada 24 Jan 2011

kepada korang yang berminat bolehlah masuk giveaway ni.  mana tau kalau ada rezeki kain tu menjadi milik korang.  jadi jangan malu-malu mencuba yer. 


Lina

Hi-Tea

wahhh kelasss i cam datin-datin lak nak pegi hi-tea segala tu haha.  aku sebenarnya join program puspanita jer.  so petang ni ada hi-tea kat restoran New Horizon.  apa salahnya join ek boleh feeling datin-datin jap, bergosip-gosip bagai hehe.

alar aku saja jer nak memenuhkan meja. lagipun bukan semua pun datin-datin.  aku nak memeriahkan suasana jer kata orang (yelar sangat hehe).  yang bestnya ada cabutan bertuah...mana lar tau ada tuah aku petang ni dapat salah satu hadiah.  kalau citer best masa hi-tea tu nanti aku citer ek.


Lina

Potong Stim Betul!

tengah syok-syok melayan ulangan American Idol Season 10th malam tadi, tup-tup blackout!  mula-mula ingatkan rumah aku jer...tengok kat luar satu taman bergelap.  kalau masa earth hour tu tahan lar lagi tapi ni pick hour huhu.

en khairol pun terus lar call careline TNB tanya apa masalahnya.  operator tu siap dah tahu lak saper call sebab sebelum ni en khairol pun pernah call buat aduan kerosakan kat rumah ayah dia.  lepas buat aduan semua en khairol ajak keluar sementara api ada semula. 

dalam masa setengah jam kitorang keluar en khairol call jiran kitorang nak tanya dah ok ke belum, jiran tu kata api dah ada.  ohhh lega taklah lama sangat bergelap.  bagus juga yer careline TNB ni cepat buat tindakan.  masa kerosakan kat rumah mertua aku tu pun cepat juga.  satu mutu perkhidmatan yang amat baik.



Lina

Thursday, January 20, 2011

Restoran Sup Ayam Kampung

aku tak pernah terpikir nak makan kat restoran ni.  selalunya bila lalu depan restoran ni kitorang gelakkan sebab perkataan sup dan ayam tu cam dekat, jadi bila sekali imbas kita baca supayam.  malam minggu yang lepas sebab dah tak tau nak makan kat mana en khairol suggest kat restoran ni.  dia dengar kawan-kawan dia kata sedap juga masakan kat situ especially sup lah.

ha kan aku dah cakap word sup dan ayam tu dekat kan jadi bila baca cam supayam hehe.  ok restoran ni letaknya kat Jalan Besar.  alar berdepan dengan intan oven, hotel classic sumer tu.  memang senang jer nak cari.

budak tomei yang nakal

qistina nak juga bergambo dengan menu.  makanan yang terdapat di sini adalah masakan thai.  cam biasalah menu-menu seperti yang terdapat kat restoran-restoran masakan thai yang lain.

mama bergambo dengan amsyar

ayah lak dengan qistina

sup ayam kampung yang marbeles...menghirup hingga ke titisan yang terakhir especially qistina lar.

bagi aku memang sedap jugalah makanan kat sini.  harga pun berpatutan.  kiranya bolehlah lain kali datang lagi cuba menu lain lak.

p/s : maaf kualiti gambar memang kurang memuaskan

Lina

Berjimba Di Sampai

apa kebenda lak 'sampai' tu ek? tempat apa tu? tak pernah pulak dengar tempat nama 'sampai' ni.  hehe ok korang janganlar nak mengkonpiuskan diri korang.  meh sini aku terangkan.  sebenonyer tempat tu bukan namanya 'sampai', namanya lain tapi qistina yang bagi nama tu.  rasanya masa umur dia 2 tahun kot bila nampak tempat tu kitorang bagitau lar nama tempat tu sekian sekian tapi dia sebut 'sampai'.  sampai lar ni dia still sebut 'sampai'.  bila kitorang ajar dia tak boleh juga sebut betul-betul.  emmm takpalar sampai pun sampai lar janji kitorang faham.  korang nak tau apa dia 'sampai' tu? ok sila layan gambar-gambar di bawah.









haaa dah dapat teka dah 'sampai' tu apa? ya betul 'sampai' tu adalah funfair!  ni kitorang pergi masa dibuka kat Jalan Air Putih, sebelah Eng Hong.   sekarang ni dah habis rasanya.  ada cerita kelakar sebenarnya pasal funfair ni.  kitorang pada mulanya tak tau pun funfair tu ada kat mana.  jadi kami dengan yakin dan gigihnya cari funfair ni berdasarkan pancaran lampu batman diorang.  dari rumah aku pun dah nampak lampu tu menghala ke langit.  setelah berpusing 3, 4 kali kawasan yang kami rasa tempat funfair tu barulah jumpa.  padahal dekat je tapi tu lar pusingnya jauh.  jadi tercapailah hasrat qistina nak pergi 'sampai'.

p/s : maaf kualiti gambar kurang memuaskan, kamera canonku tengah sakit

Lina

Share |