Thursday, December 30, 2010

Malaysia Menang Bola dan 31 Dis Cuti Umum

tahniah kepada team bola Malaysia kerana berjaya memenangi Piala Suzuki AFF.  aku yang duduk menonton kat rumah dengan en khairol pun excited tak senang duduk dibuatnya bila team Indonesia asyik menyerang jer.  bila safee jaring gol pertama tu fuhhh memang lega rasanya.  best betul rasanya sebab dah lama team Malaysia tak menang kejuaraan yang besar-besar ni.

  yang lagi best sebab PM isytihar 31 Disember cuti umum.  wahhh melompat dengar news tu.  bolehlar cuti panjang sebab 3 Januari pun aku mohon cuti sebab nak hantar qistina masuk tadika.  hahaha masuk tadika pun mak bapak ambil cuti ko!  ehhh harus tu cuti sebab nak tengok juga 1st time qistina masuk sekolah walaupun tadika.  anaknya tak kisah pun tapi mak bapaknya pulak yang excited hehe.

oklah korang Selamat Bercuti Umum Esok yer!!!

Lina

Tuesday, December 28, 2010

Tak Bermaya

sejak dari semalam lagi rasa macam tak bermaya jer.  mula dah batuk-batuk cuma tak demam dan selsema jer.  en khairol lagi lar dah melepek kat rumah sebab demam+batuk+selsema wahhh pakej gitu dan tambahan lagi sakit pinggang.  pergi klinik malam tadi dapat MC 2 hari.  harap-harap janganlar aku pula sambung dan berjangkit ke anak-anak.  adussss lagi buat pusing kepala.

minta maaflah korang kalau blog aku ni cam tak meriah jer.  entry baru pun berzaman nak ada.  bukan apa bila balik rumah rasa nak rehat jer.  nampak katil tu memanggil-manggil jer.  kat ofis lak sempat blogwalking jer itupun time luch hour.  kejap je lar.  insya-Allah kalau dah sihat sikit bolehlah nak memikir entry baru.


p/s : lagi 3 hari lagi nak masuk tahun 2011

Lina

Monday, December 27, 2010

:))

aku tau aku dah terlambat tapi tetap juga nak bagitau ;))


persembahan 'lelaki ini' buat aku lupa semua keputusan ASK 2010 :)))


aku suka sangat dress siti sharizah pada malam tu tapi langsung tak masuk pun senarai 10 best dress oleh TV3 sob...sob...sob... :(

kalau nak tengok banyak lagi gambar, keputusan dan semuanya pada ASK 2010 boleh pergi ke http://apps.tv3.com.my/ask2010/live/


gambar kredit kepada TV3

Lina

Friday, December 24, 2010

Anugerah Skrin 2010


jom sama-sama kita duduk depan tv menonton Anugerah Skrin 2010 pukul 9.00 malam nanti di saluran TV3.  kalau ada kerja yang tak beres lagi sila bereskan sebelum 9.00 malam yer hehe.

aku sebetulnya tak kisah sangat tang sapa yang menang semua tu tapi aku suka tengok persembahan artis jer ;).  kita tunggu malam ni yer persembahan mana yang paling hebat.

Lina

Atas Permintaan

wahhh tajuk kelas gitu macamlah ramai sangat yang mintak padahal sorang jer tapi kalau dah ada mesti ramai juga nak tengok kan...kan...kan...(sambil kelip-kelip mata hehe).  ok...ok...sebenarnya ni atas permintaan attyfir yang minta letak gambar close-up my sister yang bertunang.  jadi inilah dia ya kak ty :)) .

gambar pinjam dari fb adik

Lina

#3 - Majlis Pertunangan Adik

sesi sarung cincin and peluk cium bagai :))






Lina

Thursday, December 23, 2010

Hahaha Menang Jawab Teka-Teki

buka-buka blog kat chatbox ada mesej dari syam kata aku menang jawab teka-teki.  sejujur-jujurnya aku tak tau pun yang entry tu ada pemenang segala.  aku ingat alar entry saja-saja jer nak memeriahkan suasana hehe.  apa-apa pun happy juga sebab yang aku jawab tu betul hehe. 

sebab nak bagi adil syam pilih 2 pemenang, lelaki dan perempuan.  yang  lelaki puterapescado, yang perempuan aku lar :-) .

jadi kepada syam terima kasih banyak sebab pilih kak lina antara salah seorang pemenang.  walaupun hadiahnya link blog ini di blog anda tapi walaupun tak nampak berharga tapi tetap bernilai di hati kak lina.

Lina

Wednesday, December 22, 2010

Makan Sate Kajang dan Tak Sengaja Shopping Lagi

malam tadi bila en khairol tanya nak makan apa aku cakaplar apa kata makan sate kan.  nak makan sate tu lak bukan yang beli kat pasar malam tu tau tapi Satay Zul hehe.  ala apa salahnya kan lagipun dah lama tak makan kat Satay Zul.

baru sampai kat bandar tak sampai lagi kat restoran Satay Zul tu en khairol cakap pulak ada member dia bagitau ada sate kajang kat Kuantan.  aku ni antara percaya dan tak percaya juga sebenarnya tapi tak apalah carilah dulu.  jadi memusing la kitorang kat Malay Town semua tu, kat Seri Dagangan lar tapi nan ado.  yang ada cawangan Satay Zul adalah hehe.  last last give up balik semula ke plan asal makan kat Satay Zul tapi yang kat Jalan Teluk Sisek tu.

nak dijadikan cerita masa lalu kat Jalan Beserah menuju ke trafik light nak ke TC semua tu sekali ternampak signboard sate kajang.   hahaha terus en khairol berpusing cari jalan masuk.


nama restorannya Restoran Sate Ketupat yer.  lokasinya betul-betul berhadapan dengan Shell dan Hotel Season Boutique kat Jalan Beserah tapi janganlah cari sampai jauh masuk Jalan Beserah tu.  kalau kita dari bandar Kuantan, sampai kat trafik light nak ke TC, ke Tanjung Lumpur semua tu, bangunan restoran ni sebelah kiri hadapan yer.


lepas dah kenyang semua makan sate kajang kebetulan ada kedai sukan al-Ikhsan sederet dengan restoran tu.  apa lagi en khairol ajaklah masuk.


ada sale yer korang.

tengok tu en khairol dah sambar satu barang, kasut bola.  dia kata murah jadi beli je lar.

sebelum balik sempat bergambar kat tepi jalan tu.  nampak kan kat belakang tu stesen minyak Shell.

bergambar berempat la pulak.


Lina

Tuesday, December 21, 2010

#2 - Majlis Pertunangan Adik

pada 18 Disember 2010 yang lepas majlis pertunangan adik bongsu aku telah berlangsung dengan selamatnya.  silalah layan gambar-gambar di bawah dan di entry seterusnya nanti yer.

Sesi bincang-bincang...







Lina

#1 - Majlis Pertunangan Adik

design hantaran - DIY (kakak aku)

pelamin mini - DIY (kakak aku)

handbouquet - DIY (cousin)


Lina

Tak Sengaja Shopping


mula-mula plan asalnya malam tadi nak beli kasut qistina untuk dia pakai masuk tadika nanti.  beli yang biasa-biasa jer yang senang dia nak cabut dan pakai.  ok memang belilah seperti gambar di atas.  beli kat BATA kan tengah sale lagipun kasut BATA ni tahan lama juga.  lepas beli kasut en khairol ajak pergi ECM pulak.

lepas makan jalan-jalan kat dalam ECM tu.  singgah kat kedai jam sebab en khairol nak baiki jam G-Shock dia tu.  toke kedai jam tu kata kena tinggal lar jam tu sebab mungkin rosak kat enjin dia.  pas tu toke tu suggest beli G-Shock baru tengah promosi RM179 sahaja.  en khairol apa lagi ketar kepala lar sebab memang murah kan.  dengan tak banyak cakap terus dia sambar.  jadi hari ni en khairol pergi kerja dengan jam baru.  suka sangatlar dia.


lepas keluar dari kedai jam tu singgah lak kat The Body Shop.  White Musk dia dah habis tengok ada set promosi beli juga.  kebetulan tinggal 1 jer lagi.  memang nak suruh beli lar tu.  aku pun tambah juga lagi ala setakat lip balm dengan sabun jer hehe.


jadi itulah hasil ke tak sengajaan shopping malam tadi tapi tak rasa bersalah pun sebab bukan beli barang aku tapi barang en khairol hehehe.  lagipun en khairol jarang shopping bagilar can kat dia hehe.


Lina

Monday, December 20, 2010

Renovation

sorry semua kalau korang buka blog aku ni korang alami kesulitan ker...sedikit tunggang-langgang ker dan macam-macam lagi.  bukan apa sebab aku tengah dalam proses mengubahsuai blog aku ni.  saja jer nak ubah selera hehe.  tak adalah hebat sangat renovation nye lagipun pakai template blogger jer malas nak search yang lain.  apa pun cantik juga design template dari blogger ni.  masih lagi mengekalkan kaler orange sebagai trademark blog aku.  tapi yang tak bestnya iklan nuff aku hilang la pulak.  nampak gayanya kena buat yang baru lar.  mungkin aku akan kekal dengan template ni ataupun mungkin berubah lagi nanti kita tengok yer.  so apa pendapat korang dengan design baru blog aku ni? ok ke tak ok?


Lina

Thursday, December 16, 2010

Review Hantu Kak Limah Balik Rumah

aku sebenarnya bukan pandai sangat nak review review filem ni.  even tak pandai pun aku nak juga review sebab filem en mamat khalid kali ni memang lawak giler.  diulang sekali lawak gilerrr ko!  ok aku review ikut cara aku yer...dari kacamata orang biasa biasa jer hasil tontonan aku dengan en khairol malam tadi.  apa lagi cer cerita...cer cerita...cer cerita...hehe

Watak paling aku suka - che'nin sebab watak dia meneutralkan antara lain-lain watak tu
Watak paling aku tak suka - musalman
Watak paling aku menyampah tapi best juga - usop bekas penari kebudayaan hehe
Hantu paling happening - hantu kopek (siap kopek tu cuit-cuit husin eiiii)
Part seram kelakar - part abi hurairah nampak kak limah kat kubur dan ajak naik motor
Part paling aku suka - part kak limah posing baik punyer masa menyakat pak abu sampai demam-demam pak abu hahaha
Part paling kelakar giler  - semua part berlari sebab takut ingatkan kak limah tu hantu...cam cite Kungfu Hustle lak
Part paling tak logik tapi kelakar giler - usop boleh bangun berlari sambil bawa wheel cha (macam yang husin sebut)
Part paling tak tahan - abi hurairah lari keluar dari tandas dan pakai tudung saji tapi memang selenga lar johan dalam filem ni

keseluruhannya memang kelakar giler lar cite ni.  memang ketawa tak hengat dunia orang kata.  berair-air mata ni dibuatnya.  nasib baik tak bersembur sebab makan popcorn hehe.  dalam ketawa-ketawa tu ada juga sindirannya kepada kita ni.  bukan saja dari segi bangsa, agama...politik pun ada tapi taknak lah cerita lebih-lebih pasal tu.  yang penting bukan kelakar saja-saja.  bukan juga ketawa saja-saja tetapi dalam ketawa ada maknanya.

kalau cerita tu tak boring dari awal sampai akhir, tak membuatkan aku sakit hati cam rasa nak masuk dalam cerita tu dan ketuk-ketuk kepala pelakon dia, cerita yang tak membuatkan aku pula kena fikir napalah dia tak buat macam ni, napalah dia buat macam tu, tak ada adegan yang very tak logik tahap kritikal, lakonan yang natural, filem yang membuatkan aku rasa terhibur, itulah makna filem terbaik bagi aku.  so two thumbs up!!!

p/s : pelawok...pelawok...pelawok...ge...ge...ge... ;-))

Lina

Kempen Hebat Churp Churp

kalau korang adalah salah seorang peminat fanatik band pop dari Korea memang berbaloi korang klik kat bawah ni.
v
v
v

nak tukar handphone baru? inilah masanya.:))
v
v
v


Lina

Wednesday, December 15, 2010

Date Dengan En Khairol


aku dengan en khairol ada appointment dengan "kak limah" malam ni.  apa-apapun nanti aku review lepas jumpa "kak limah" yer. ok chowwwwwwwwwwww!!!

Lina

Jom Kita Berkenalan

emmm bagus juga yer bila ben ashaari selalu buat segmen baru.  bila tiba time blank, buntu tau apa nak cerita kat blog bole jadikan segmen beliau sebagai entry baru.  kepada en ben, terima kasih untuk itu yer.

jadi segmen baru en ben adalah Jom Kita Berkenalan.  dengan senang dan rela hatinya aku pun nak sertai segmen ni.  seperti biasa adalah kerja sikit kena buat tapi taklah susah mana pun.


1.Letak header blog BEN ASHAARI - done


2.Bila mula buat blog ?

    5 Julai 2007 ( dah lama tapi kebelakangan ni jer aktif sikit)

3.Jumlah follower sekarang ini ..

   116 orang

4.Berapa trafik harian ?

    dalam 20 orang

5.Sehari brapa entri ?

  paling banyak 4, paling sikit 1

6.Berikan satu blog yang best korang suka baca ..

 jimi-wiser - kisah seorang pendidik.

ok siap.  kalau korang berminat nak join segmen ni klik je kat banner atas tu yer.

 
Lina


Cuti Emergency

semalam aku cuti...cuti emergency.  kenapa kena cuti emergency lak yer?  ok ceritanya begini (wahhh cam panjang jer hehe).  hari Sabtu hari tu dapat berita daripada abang aku yang wife dia merangkap SIL aku la yer admitted kat Hospital Temerloh sebab suspect denggi.  bila check betul-betul kat Hospital Temerloh memang confirm denggi.  masa tu tak dapatlah la nak gi melawat semua sebab dah tau pun dah malam.  kemudian hari Ahad lak en khairol ada kerja.

kemudian malam Isnin mak aku call bagitau yang my SIL aku tu tak berapa sihat lagi.  badan pun lemah dan macam-macam lar.  kalau yang pernah denggi mesti tau kot macam mana rasanya.  so mak aku pun tanya sama ada aku atau en khairol boleh cuti semalam nak pergi melawatlar.  memandangkan en khairol memang setiap hari Selasa dan Rabu tak boleh cuti so aku lar kena pergi.  bukan apa abah aku tak larat nak bawa kereta jadi aku kena ambil alih tugaslah.

pagi-pagi Selasa tu aku hantarlah sms ke bos aku mohon cuti.  nasib baik bos baik hati.  aku bertolak dari Kuantan dalam pukul 9.30 pagi.  kami bertiga jer pergi, aku, mak dan abah.  sampai dalam pukul 11.15 pagi hehe.  slow ek aku bawa hehe...eh hujan sepanjang jalan...nak-nak lagi ikut jalan lama.  kira oklar tu asalkan selamat sampai.  aku singgah terus kat Hospital Temerloh sebab waktu melawat pukul 12 tengahari.  sampai kat situ dapat tau pulak yang anak SIL aku yang sulong, aween pun admitted juga.  dah dua beranak lak duk hospital.  sian kat abang aku la ke hulu ke hilir.  nasib baik mak mertua dia datang bole jagakan dua beradik lagi kat rumah.

lepas dah jenguk my SIL dan aween, kitorang pergi singgah rumah abang aku lak.  bukan apa tak sedap pulak kalau tak singgah.  lagipun mak mertua dia ada dan dah masak makan tengahari lak tu.  rehat-rehat jap kat rumah abang aku, dalam pukul 3.30 petang bertolak balik ke Kuantan.  sampai kat rumah lebih kurang pukul 5.30 petang.

harap-harap my SIL aku dan anak dia aween cepat sembuh.  orang kata kalau kene denggi ni nak pulih sepenuhnya memakan masa.  tak kisahlah lambat recover tapi yang penting dah bebas dari virus denggi tu cukuplah.


Lina


Tuesday, December 14, 2010

Terima Kasih Daun Keladi



walaupun tak dapat nak menjejakkan kaki ke MAHA tapi dapat juga cenderahati MAHA.  terima kasih banyak-banyak kepada member ofis yang mengingatiku.  lain kali kalau korang pergi mana-mana bagilah lagi yer :))


Lina

Monday, December 13, 2010

Kalau Dah Main Sampai Taknak Balik

aktiviti pada hari Ahad memang amat mengujakan.  bila bawa anak jalan-jalan memang automatik akan teruja.  nak-nak lagi bila jumpa tempat indoor game lagilah teruja ya amat haha.  bawa anak-anak pergi ECM...sebab parking bawah dah penuh kena naik parking kat level 3.  bila parking kat situ dah tentu masuk kat food court dan akan jumpa indoor game.  kalau tak singgah kang berasa hati lak jadi terpaksa jugalah singgah.  2 beradik tu main sampai taknak balik...taknak dah pergi mana-mana.  taknak cerita panjang-panjang korang layanlah gambo-gambo kat bawah ni yer.









Lina

Test Suara Sikit!

selalunya aku dan en khairol berkaraoke kat Kuantan Parade tapi kali ni saja je nak try kat Xanax, Kompleks Teruntum.  itupun secara kebetulan sebab hajat hati nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah tapi terlewat 20 minit.  so, en khairol pun ajaklah karaoke sebagai ganti huhuhu.  tempatnya sama level jer dengan panggung wayang Big Cinema tu.

aku dengan semangatnya menyanyi.  en khairol tu senyum-senym kelat... sebab sedap ker atau sebab sumbang kuikuikui.

tempat tv.  ni kami pilih bilik small jer.

peace...!!!

atas meja tu ada menu makanan kalau nak order.  kitorang tak order apa pun sebab nak manfaatkan masa sejam tu coz agak lumayan harganya :{

alhamdulillah ada juga peringatan untuk solat tapi sedar ke kalau asyik nyanyi ;)...yang ini bergantung pada diri masing-masing yer

ingat anak dara aku ni nyanyi sakan ke...tak de maknanya pun...eksen je yang lebih

terlentok-lentok qistina dengo ayah dia nyanyi...sebenonyer tengah menahan nak terkucil tapi mak paknya suruh tahan sebab nak ngabihkan lagu...kang rugi masa and $$$ hehe...teruk sungguh mak paknya tu

jadi kesimpulannya itulah 1st and last aku dengan en khairol karaoke kat situ.  kalau ada orang nak belanja tu lain cerita la yer hehe.  ye lar bilik small kalau dari 9 pagi sampai 9 malam RM20, kalau lepas jam 9 malam tu RM30.  itupun kami ambil sejam tapi ada pulak lebih RM2.  tak tau lak caj apa...tax ke apa.  biarlah aku setia kat Kuantan Parade lagi puas hati :)).



Lina

Sunday, December 12, 2010

Cerita Hari Sabtu

aktiviti hari Sabtu tak adalah banyak sangat.  pagi aku pergi main badminton.  en khairol lak kene keje so anak-anak terpaksalah hantar rumah mertua.  main badminton bukan sebab nak masuk bertanding yer ataupun nak lawan Wang Yihan tapi nak execise keluarkan peluh.  lagipun seronok jumpa ofismate selain kat tempat kerja.

Wang Yihan : pemain badminton Cina yang aku minat

oleh sebab en khairol keje jadi aku balik rumah sendiri lar.  tumpang member ofis sekerat jalan and jalan kaki sampai ke rumah.  nasib baik dewan badminton dekat jer dengan rumah aku. 


petangnya aku kena sakit kepala la pulak.   mungkin sebab lambat makan. sib baik anak-anak tak ada kat rumah so bolehlar rehat sikit.  rehat apanya... patutnya tidurlah kan tapi aku bantai layan hindustan la pulak.  syok pulak tengok cerita hindustan.  dekat pukul 6 baru en khairol balik.  ingat sama-samaa nak ambil anak tapi sebab aku tak larat so dia pergilah sorang. 

kebetulan lak dua2 cerita hindustan yang aku tengok tu lakonan Dino Morea yang hot!

so itulah cerita hari Sabtu yang tak berapa meriah haha.  harap-harap hari Ahad lebih mengujakan.  emmm...agaknya apa ek nak buat hari Ahad?

 
Lina

Saturday, December 11, 2010

Menu Malam Maal Hijrah



malam Maal Hijrah hari tu en khairol ajak anak buah dia Muza dan Aiman tidur rumah sebab nak mintak tolong kemas bahagian depan rumah dan cuci akuarium.  nak letak ikan baru lar katakan kenalah cuci dulu kan.  so sebab ramai sikit orang kat rumah masaklah spaghetti dan goreng kentang dengan onion ring.  itu sajalah menu kami malam tu.

Lina