Saturday, October 30, 2010

Dapatkan IPHONE 3G Idaman Anda

STICKY MODE
(sehingga 30 Oktober 2010)
 
untuk entry terkini sila scroll di bawah entry ini
 
kad kahwin
Kad Kahwin


Anda berminat dengan IPHONE 3G?  Ingin menjadikan IPHONE 3G menjadi milik anda?  Dapatkan keterangan lanjut di Top Referrer Contest.  Jangan berlengah-lengah lagi!!!

* hasil berblogwalking di blog yang sentiasa relevan

Lina

Wednesday, October 27, 2010

Taman Bandar

inilah antara agenda masa cuti 3 hari yang lepas, jalan-jalan sambil bagi makan ikan kat Taman Bandar.  sebenarnya telah disebut-sebut oleh qistina 2, 3 minggu sebelum tu tapi tak ada masa nak pergi.  jadi hari Sabtu lepas cepat-cepat ajak en khairol pergi supaya tak diungkit lagi oleh anak dara tu hehe.

qistina dah tak sabar-sabar nak bagi makan ikan

amsyar suka sangat lar nak-nak lagi dah dapat kaki ni

2 wajah kesayangan hamba

aksi qistina membaling roti

pandai pulak amsyar peluk kaki en khairol...takut juga dia terus terjah ke air

mula-mula kat tempat pertama yang bagi makan tu ikan tak berapa meriah sebab ada ikan-ikan kecik jer

lepas tu en khairol pun ajak pergi ke jeti...wahhh kat sini barular best bagi makan sebab ikan-ikannya besar-besar dan banyak

ada seekor ikan keli tu memang besar...aku rasa panjangnya lebih kurang amsyar

ralit anak-anak aku tengok ikan-ikan tu

dah habis roti sebungkus bagi makan ikan-ikan tu qistina apa lagi tengok ada taman permainan nak mainlah dia

tapi bagi main sekejap jer sebab ramai sangat budak...lagipun takut berlaga sesama sendiri sebab ada yang main tak ikut peraturan...naik ikut bawah gelungsur...kalau gelungsur yang bertutup macam gambar tu mana nak nampak budak yang tengah gelungsur kan...baik beringat sebelum kena.


Lina

Tuesday, October 26, 2010

Farewell To My Boss


18 Oktober 2010 yang lepas secara rasminya my bos bertukar dan diganti dengan bos yang baru.  memang rezeki beliau bertukar untuk mengetuai satu daerah yang terkenal dengan udang galahnya. kebetulan pula pada tarikh tu aku tak ada sebab berkursus.  kesian lak pada bos aku mengemas barang-barang dia.  dah memang rezeki juga beliau telah dianugerahkan pingat yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda pada 24 Oktober 2010.

sejak 8 tahun aku kerja di ofis ni, aku dah bekerja dengan 5 orang bos termasuk bos yang baru ni.  dah bermacam-macam kerenah bos dah aku handle.  alhamdulillah setakat ni dah memang rezeki aku setiap bos yang aku bekerja tu memang baik.

jadi pada 20 Oktober 2010 satu jamuan perpisahan telah diadakan dan juga bagi mengalu-alukan kedatangan bos baru.  rasa sebak juga di dada ye lar dekat 3 tahun juga aku bekerja dengan beliau.  alhamdulillah selama bekerjasama tidak pernah beliau meninggikan suara. 

kepada beliau aku ucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan juga selamat menunaikan fardhu haji di  Mekah.  kepada bos baru pula yang juga mendapat anugerah yang sama selamat datang dan moga kita dapat bekerjasama dengan baik dalam menjalankan tugas-tugas seharian.


Lina

Agenda Cuti 3 Hari

3 hari duduk kat rumah wahhh memang nikmat.  anak-anak pun sama naik lemak sebab boleh bangun lambat tak ada orang kacau. 

#Sabtu

bangun awal sebab nak pergi breakfast kat Tanjung Lumpur.  alaa kedai kat tepi laut tu masuk kat simpang Restoran Santai.  best breakfast kat situ sebab banyak pilihan.  cuma hari tu tak ada lempeng jer.  ramai juga jumpa orang ofis kat situ.  lepas breakfast terus pergi Tunas Manja Transit  Point shopping barang rumah.  dah beberapa bulan tak shopping barang rumah ni ye lar pakainya 2 orang jer...budak 2 orang tu banyak manalah pakainya.  selesai shopping balik rumah...sidai baju...kemas rumah...en khairol lak tidur sebab malam sebelumnya balik lewat dari Pekan.  dalam pukul 3 petang keluar semula cari makan.  kemudian en khairol pergi gunting rambut.  balik rumah semula sebab en khairol nak mandi dan tukar baju.  bawa budak 2 orang tu pergi ke Taman Bandar bagi makan ikan.  dah puas semua balik rumah.  lepas maghrib keluar semula pergi Kuantan Parade.  keluar dari Kuantan Parade pergi makan yong tau fu kat kedai favourite kami dan lepas tu terus balik rumah.

#Ahad

hari ni en khairol tak ada sebab pergi ke Pekan berbakti kepada Sultan dan negeri hehe.  jadi tinggallah mama dan 2 orang budak yang keletah tu.  macam-macam benda lak jadi hari tu yang menaikkan darah aku.

~ amsyar jadi pengutip sampah lak.  bila kakak atau dia minum air kotak...dah habis buang dalam tong sampah kat dapur.  aikk dia boleh pergi ke dapur ambil balik air kotak tu dari dalam tong sampah nak minum.  adusss tak taulah anak aku yang sorang ni.  pantang nampak makanan dengan air.

~ amsyar pergi dapur punggah semua pinggan, cawan, tuppeware, jag plastik...bawa ke depan buat mainan.  qistina pun ikut sama main masak-masak.  gitulah kerja aku asik ulang-alik kemas bekas-bekas tu semua.

~ qistina pulak minta izin nak main basikal kat luar (kawasan porch) tapi rupa-rupanya main tanah.  dia korek tanak dalam pasu bunga pas tu letak dalam bekas hidroponik, atas lantai.

~ yang paling gempak sekali...qistina kalau jadi penternak ikan memang berjaya sebab ikan-ikan tu tak akan mati kelaparan sebaliknya mati kekenyangan.  en khairol ada bela ikan sepat, puyu, talapia dalam tangki tempat dia bela ikan keli dulu.  masa aku keluar sidai baju boleh tergerak nak jenguk tangki tu.  ya Allah penuh makanan ikan dalam tu.  air pun tak nampak.  yang aku ingat dalam balang tu memang penuh lagi makanan ikan tapi dah kosong.  jadinya hampir kesemua ikan-ikan tu mati.  cuma tinggal 2, 3 ekor ajer yang survive.

#Isnin

hari ni ajak en khairol makan nasi padang.  kat Kuantan ada 2, 3 restoran nasi padang tapi ala-ala yer bukan sebijik cam kat Indonesia tu.  so, kami makan kat Restoran Wak Sofian berhadapan dengan Hotel Classic kat Jalan Besar.  not bad juga lauk-pauknya bolehlah setakat nak lepas rindu kat nasi padang.  kemudian en khairol ajak survey kolam memancing (nanti aku cerita kat entry lain). 


notahujungkaki : Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang Ke-80 buat Sultan Pahang pada 24 Oktober 2010

Lina

Friday, October 22, 2010

Jerebu oh Jerebu

patut lar 3, 4 hari kebelakangan ni kalau keluar waktu malam nampak macam berasap jer.  tanya juga en khairol ada mana-mana tempat terbakar ke ataupun jerebu?  mata lak pedih-pedih jer.  kesian kan kita kalau negara jiran ada pembakaran terbuka kitaaaa juga yang kena tempiasnya.  bukan tempias sikit-sikit banyak tu.  kita kalau nak buat benda-benda mesti ingat kat negara jiran...jangan sampai jiran marah, tersinggung, kecil hati.  baik sungguh kita ni kan...kan...kan...?


Lina

Birthday Amsyar


just nak kongsi gambar-gambar masa sambutan birthday Amsyar bulan 8 hari tu.  tak celebrate beria-ia pun cukup sekadar sebiji kek jangankan tidak kan. 

kami celebrate kat rumah mak ayah en khairol.  kebetulan kak esah pun ada balik jadi ramailah juga ada kat rumah.  kami beli cheese cake yang simple jer.  lagipun sedap kan cheese cake hehe.  lagipun tak membazir beli cheese cake ni sebab ramai peminat.  dan dan tu juga habis.  tak payah dah nak simpan-simpan.

beria-ia sangatlah si Amsyar nak memotong kek tu.

lepas tu apa lagi acara makan kek la pulak.


Lina

Bubur Kacang Ramadan

pada bulan Ramadan yang lepas kelab ofis aku telah menganjurkan Program Masak Bubur Kacang.  semua staf telah bekerjasama memasak bubur kacang tersebut.  di samping diberikan kepada semua staf, bubur tersebut turut disumbangkan ke Rumah Anak-Anak Yatim.

satu periuk besar bubur kacang

antara chef-chef yang diamanahkan

aku sibuk-sibuk tolong letak air cordial dalam plastik

aku letak gambar ni sebab ada gambar aku kat belakang tu hehe

bubur kacang yang telah siap untuk diagih-agihkan kepada semua staf

di samping bubur kacang... dapat seorang satu air cordial F&N

Lina

Macam-macam

minta maaf semua sebab dah seminggu menyepi.  menyepi bukan sebab tak ada idea ke apa.  hari tu pergi kursus 2 hari.  dalam masa kursus tu pulak bos bertukar dan bos baru masuk.  jadi balik dari kursus sibuk attend bos baru dan selesaikan kerja-kerja tertangguh masa kursus tu.  nanti aku post entry baru yer slow slow.

Lina

Friday, October 15, 2010

Rahsia

rahsia di persekitaran kita yang memang patut kita tahu tapi orang luar lebih tahu.  bila orang luar tanya kita tapi kita cakap tak tahu dan orang luar tu tak percaya sebab sepatutnya kita dulu yang lebih tahu.  apa yang patut anda rasa? sakit hati? ignore jer? malu? buat-buat tahu? buat-buat tak tahu? marah?

korang paham ke apa yang aku tulis ni?

tak paham? 

cuma nak luahan perasaan...


Lina

Jumpa Pelakon Pondok Buruk

drama Pondok Buruk telah menjadi salah satu signature beliau yang paling diingati.  bagilah apa saja watak, beliau akan memberikan yang terbaik hingga kita yang menonton ni pun terasa lakonannya.  aku ni nak kata peminat tegar, tak lah juga tapi kalau tengok dia berlakon memang tak rugilah.

atas inisiatif PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang telah berjaya membawa antara pendokong watak-watak ibu yang paling berkesan iaitu Puan Fauziah Nawi ke Kuantan untuk Seminar Keyakinan Diri.  aku pun tak lepaskan peluanglah hadir ke seminar tu.  nak jumpa artislah kata kau!!!


sepanjang seminar selama 1 hari tu banyak juga tip-tip berguna yang dikongsi oleh beliau terutama dalam bidang pengacaraan majlis.  di samping itu beliau juga tak lokek untuk berkongsi segala pengalaman beliau sebagai pelakon.


selesai seminar aku pun tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan ibu Fauziah Nawi. 


Lina

Thursday, October 14, 2010

Berhenti Kerja!!! Anda Sanggup?

apa pendapat korang dengan isteri-isteri yang bekerja berhenti kerja untuk menjadi surirumah sepenuh masa?  aku suarakan kat sini bukan sebab aku ada niat nak berhenti tapi tu lar saja jer nak tanya pendapat orang. 

bukan apa semalam masa aku pergi lunch dengan en khairol terserempak la pulak dengan my ex-officer with his family.  alang-alang makan kat tempat yang sama jadi kami duduklah di meja yang sama.  dia ni salah seorang officer yang amat sporting kiranya memang seronoklah masa dia jadi officer aku dulu.  wife dia pun baik, merendah diri dan lemah-lembut.

apa yang aku kagum wife dia ni sanggup berhenti kerja walaupun berjawatan tinggi semata-mata untuk kepentingan keluarga.  sekarang ni dia buat handmade gelang mengikut tempahan.  sambil-sambil tu sekarang ni tengah sibuk cari rumah untuk buka taska.  aku pun ada bagi cadangan juga taman-taman perumahan yang baru buka sekarang ni.  kat Kuantan sekarang ni kan tengah pesat membangun.  nak-nak lagi taman perumahan.  macam cendawan tumbuh lepas hujan lak.

wife ex-officer aku ni terasa juga bila dah berhenti ni sebab kalau kerja setiap bulan gaji masuk tapi bila dah berhenti tak adalah cuma harap income daripada tempahan gelang tu lar.  banyak sebabnya yang membuatkan wanita-wanita seperti kita ni berhenti kerja.  antaranya sebab anak.  ye lar sekarang ni payah nak cari orang untuk mengasuh anak.  kalau nasib kita baik dapatlah pengasuh yang bagus tapi kalau nasib tak baik jadilah seperti kes penderaanlah, baby mati tercekik susulah dan macam-macam lagi.

pulak tu kalau kat bandar-bandar besar bayaran yang diambil untuk seorang anak ada mencecah RM300.  kalau dah 3, 4 orang anak macam mana? tak ke dah RM1000 untuk tu saja.  belum lagi masuk belanja lain. 
kalau nak ambil orang gaji pun sama juga.  ikut nasiblah kalau dapat yang ok baguslah tapi kalau sebaliknya tak ke haru.  dahlah bayar beribu untuk ambil diorang kan.

lagi satu alternatifnya minta mak ayah jaga.  seboleh-bolehnya memanglah taknak bagi mak ayah jaga kan sebab ye lar diorang dah tua takkan nak bebankan lagi diorang kan.  kalau diorang yang offer diri nak jaga tu lain ceritalah tapi kalau boleh taknak menyusahkan. 

sebenarnya aku dulu pun pernah terfikir juga nak berhenti sebab nak jaga anak kan tapi mengenangkan kita ni hutang banyak lagi.  kalau dah berhenti nanti mana nak cekau duit.  dahlah gaji pun ciput, hutang lak banyak.  kalau kita ni berblogging dah sampai tahap redmummy tu bole la juga kan nak berhenti.

emmm...apa pun berhenti kerja ni banyak pro dan kontranya.  bagi akulah kalau tak ada kesulitan sangat pasal anak dan sebagainya tak payahlah berhenti.  kerjalah selagi boleh sebab kita tak tau kan apa akan jadi masa akan datang.  bukan kita nak minta tapi lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal nanti.  melainkan kalau kita dah pendapatan lain yang boleh kita bergantung, dah stabil dan kukuh bolehlah dipertimbangkan untuk berhenti kerja tu.

Lina

Bowling...Bowling...and Bowling

emmm...ofis aku memang dah addicted dengan bowling.  untuk tahun ni jer dah 3 kali buat pertandingan bowling ni.  mungkin sebab bowling ni senang nak urus dan ramai juga yang minat. 

ok pertandingan bowling kali ni agak berprestij sikit (wahhhh berprestij kata kau haha) sebab ada piala pusingan yang nak direbutkan.  kali ni yang dipertandingkan adalah juara kumpulan dan keseluruhan.  jadi piala pusingan tu akan diserahkan kepada bahagian yang mendapat mata tertinggi secara keseluruhan.


antara hadiah-hadiah yang menjadi rebutan termasuk piala pusingan

bergambar dah menjadi acara wajib

bersama sebahagian ofismate

aku dapat nombor berapa ye? hehe biarlah rahsia tapi kalau aku letak gambar mestilah lumayan kan.


semua staf bergambar kenangan bersama dengan TSUK O

jadi untuk pertandingan kali ni piala pusingan telah berjaya dibawa pulang oleh Seksyen Pembangunan Organisasi...seksyen akulah tu tapi lain kali tak berani nak cakaplah sama ada berjaya atau tak mempertahankan kejuaraan.  apa-apa pun memang enjoy la main kali ni.



Lina



Wednesday, October 13, 2010

Tasik Chini The Legend

ada satu hari minggu tu aku dan en khairol boring sangat duk kat rumah.  nak berjalan tak tau nak pergi mana.  then aku saja-saja suggest kat en khairol ajak pergi Tasik Chini.  en khairol pun ok jer.

macam mana lar rupanya Tasik Chini sekarang ni kan?  1st time aku pergi dulu masa study kat ITM Jengka dengan group Kelab Kembara dan Rekreasi.  tak salah aku tahun 1997.  dah lama giler tu.  nanti kalau ada orang luar tanya pasal Tasik Chini mulalar tergagap-gagap nak menjawab.  nama jer orang Pahang, duk kat Kuantan tapi pergi Tasik Chini pun tak pernah.  malu koi nanti hehe.

nak pergi Tasik Chini ni ada beberapa jalan sebenarnya.  kami ikut jalan dari Pekan...keluar kat highway Kuantan-Segamat terus masuk simpang ke Tasik Chini.  ikut tepi sungai Pahang lar kiranya.

sampai kat Tasik Chini terus jalan-jalan dan ambil gambar.  masa pergi tu resort kat situ, Lake Chini Resort tengah renovation


jeti ni pun tengah renovate untuk menggantikan jeti bot yang lama


kami bertiga yang serba merah


muka budak yang baru bangun tidur

sempat en khairol ambil gambar bot ni.  masa ni tasik tak berapa cantik sebab tak banyak bunga teratai yang tengah berkembang

ni kat kafe tengah tunggu minuman

Qistina makan banana split tapi tak ada pisang bole gitewww!!!


ini kat beranda mengadap ke tasik.  memang cantik viewnya.

kalau sapa-sapa yang nak honeymoon ke atau nak tempat untuk menenangkan fikiran yang tengah serabut ker stress ker aku suggest pergilah Tasik Chini ni.  memang tempatnya cantik, tenang dan simple.  kalau yang suka hiburan tu rasanya tak payahlah sebab tempat ni sunyi kang mati kutu lak duk kat situ.

Lina

Empangan Chereh

masih lagi dengan entry tertunggak yang tak habis-habis lagi.  ni nak cerita pula pasal pertandingan memancing di Empangan Chereh yang terletak di Sungai Lembing.  empangan ni boleh dikatakan baru lagi dan dibina untuk membekalkan air untuk penduduk Kuantan.   aku antara yang bertuah sebab
berpeluang masuk ke empangan ni.


 macam mana pulak aku boleh terlibat sama yer?  sebenarnya en khairol telah dilantik sebagai urus setia bersama beberapa orang lagilah rakannya.  jadi dia pun ajaklah aku sama. emmm...memang tak boleh berenggang langsung dengan bininya ni hehe (sila jangan muntah yer korang).  lagipun pihak urus setia ni akan masuk sehari lebih awal.  jadi bolehlah kalau nak tangkap ikan dulu.

 kami bertolak masuk hari Jumaat petang.  oh ye nak masuk ke empangan ni kene naik 4 wheel drive sebab sekerat jalan je jalan tar, selebihnya jalan berbatu.  so, kereta ditinggalkan kat pejabat dan terus naik 4 wheel drive ke sana.  sampai kat empangan dah lewat petang, nasib baik en khairol dah pesan kat budak yang jaga empangan tu untuk carikan dulu ikan untuk lauk malam nanti.  di empangan tu kami bermalam di rumah yang sebenarnya untuk staf Badan Kawal Selia Air kalau masuk situ untuk buat kerja.  besar rumah tu ada 4 bilik, ada dapur semua.


inilah hasil tangkapan budak tu dan telah dimasak oleh kami seperti di bawah ini
v
v
v
v
v
v
v
lauk kami malam tu. 

lepas makan semua masing-masing pun bawalah keluar joran sorang satu nak memancing la katakan.  aku pun ikut sama lar tapi sampai ke sudah tak dapat sekor pun ikan. last-last balik rumah tidur sebab esoknya nak bangun kan.

tengok tu ikan bukan main banyak tapi malam tu bila mancing tak dapat pun padahal kat situlah kami letak joran.

pagi esoknya mulai 7.30 pagi peserta-peserta memancing mulai sampai.  pihak urus setia dah standby 4 wheel drive kat luar untuk bawa diorang masuk.

lepas pendaftaran, sarapan semua kira-kira pukul 9.00 pagi bermulalah pertandingan.

sementara diorang memancing ada upacara melepaskan anak-anak ikan.  aku pun menyibuk sama. konon-konon YB lah tu yer.

nilah antara urus setia perempuan.

para peserta memancing

antara ikan-ikan yang dapat ditangkap oleh peserta setelah ditimbang.

pertandingan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengahari.  sebelum menunggu keputusan para peserta makan tengahari dulu.

ucapan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan sebelum majlis menyerahkan hadiah kepada pemenang.

pihak urus setia bergambar kenangan bersama YB. SUK


aku dan en khairol pun bergambar kenangan juga.  ye lar bukan senang nak masuk empangan ni.  dah kata kawasan larangan kan.  lepas ni rasanya takde peluang dah kot.

Lina