Thursday, September 30, 2010

Trip Ke Bandung dan Jakarta

ok bermula entry tertunggak aku.  kalau ada cerita baru aku stoplah dulu entry tertunggak ni pas tu sambung semula.  nak cerita sederet terus berpinau gak jadinya hehe. 

"tu lar apsal ko biarkan blog ni kejung lama sangat puan lina oooiiii kan dah menyusahkan nak memikir cite yg dah berbulan-bulan lepas"...takpe lar aku rela terima segala penderitaan ni chewahhh!!!

ok...ok...berbalik kepada entry tertunggak ni...nak cerita pasal aku berholiday ke Jakarta dan Bandung hujung bulan mei ari tu.  punyalah dah berbulan baru nak cerita hehe.  yang bestnya pasal trip ni sebab aku seorang je pergi dengan suami haha en khairol lar sape lagi.  yang lain sendiri-sendiri lar...berbulu jer diorang tengok aku berkepit jer dengan laki den...tidur sebilik, makan berdua, shopping bersama...ke mana-mana je lar berkepit berdua je lar...mana yang lain tak jaki tengok muahahaha...

"ohhhh berlagak la ko ye lina dapat bawak laki...ingat kitorang heran...takpe...takpe...nanti kitorang curi tiket flight balik merempat la ko dgn laki ko kat Bandung ni"...(sila jangan percaya ye dialog ni...cuma rekaan semata-mata hehe)

alaaa member member yang satu rombongan tu tak kisah pun sebab kami semua dah kenal lama lagipun bukan saja-saja kami berdua dapat pergi tapi sebab kebetulan jer.

ok...ok...berbalik kepada cerita ke Bandung ni (ishhh bape kali berbalik entah), rombongan yang pergi adalah lebih kurang 40 orang.  naik flight dari kuantan-KLIA dan terus ke Jakarta.  bagi aku yang first time naik kapal terbang ni (uiksss dah 33 tahun hidup ni baru dapat naik kapal terbang huhuhu) memang teruja lar excited, nervous semua ada tapi nasih baik ada en khairol yang lebih berpengalaman tu ada.  kalau tidak mahu kejap-kejap ke tandas...kejap-kejap pergi shopping...kejap-kejap tengok handbag couch, guess yang amatlah hebat tu (apa kene mengena lak dengan teruja nak naik flight tu yer hehe) tapi kedai duty free tu memang menduga keimanan huhu.

aku taknak cerita panjang-panjang sebab benda dah berbulan berlaku jadi aku akan cerita berdasarkan gambar ye.  bersedialah korang dengan gambar-gambar yang amatlah banyak ni.


 di KLIA sedang menunggu flight ke Jakarta

 terserempak dengan Anne Ngasri yang kebetulan nak pergi umrah...comel ya amat

wajah-wajah ceria di transit area

sedap juga sate dan nasi goreng atas flight ni...hilang semua gemuruh...ohhh makan tetap makan hehe

en khairol ambil murtabak sedap juga

gambar dalam flight mesti ambil kenangan tu beb hehe

ini tempat pertama persinggahan kami lepas mendarat di Jakarta...oleh kerana kami sampai dalam pukul 7 petang jadi terus dibawa ke restoran untuk mengisi perut.  di sini kami makan makanan sunda.

nama restorannya Lembur Kuning

selepas makan terus kami bertolak ke Bandung.  ya Allah sepanjang highway memang jam.  kami yang dalam bas ni memang kepenatan giler.  ye lar penat naik flight tak hilang lagi tambah pula penat dalam bas dan jam.  kami sampai ke hotel penginapan kami di Bandung pukul 2 pagi bayangkanlah perjalanan yang sepatutnya dalam 2 jam menjadi 7 jam.

inilah hotel kami di Bandung, Hotel Horison.  bilik memang best, kalau kat Malaysia memang susahlah nak dapat bilik katil king size tapi kat sini wahhh besonye katil hehe.

 di pintu masuk hotel

 tempat serbuan kami pagi tu, beli line Indonesia murah jer fuhhh rindu giler dah kat anak-anak ni (tu lar nak berjalan sangat tinggal anak-anak hehe)

tempat makan kami hari tu...masakan padang memang best teringat-ingat ni...nak carilah nasi padang ni...sapa tau kat Kuantan ni kat mana yer restoran nasi padang.


tempat shopping yang paling famous di kalangan Malaysian...Pasar Baru.  ya Allah sesak gila dalam ni macam masa shopping raya kalau kat Malaysia...tapi berbaloi lar sebab telekung and especially kain pasang memang murah-murah dan cantik-cantik lak tu.  Lain kali kalau ada rezeki dapat pergi lagi aku nak borong kain pasang je.

Ini pula menu makan malam, seafood.

Selalunya bila aku tengok gambar-gambar orang yang pernah pergi ke Bandung mesti ada gambar kat Rumah Mode ni tapi aku kecewa sikit sebab tak dapat nak shopping kat sini.  Masa sampai kat area ni Rumah Mode dah tutup.

Ini masa di Toko 3, kedai jeans original yang famous juga.  Bergambar bersama YDP Dewan Negeri Pahang (belah kanan sekali) yang menjadi ketua rombongan kami.

Masih di dalam kedai Toko 3.  Kat sini aku cuma beli sehelai jeans yang sekarang ni bila aku fikir balik mahal juga harganya.

saja jer bergambar berlatarkan Giant kat sana hehe.

di depan restoran nasi padang juga.

petang hari kedua di Bandung kami bertolak semula ke Jakarta.  kali ni perjalanan lancar sebab dah tak jam cuma mengambil masa 2 jam sahaja.  di Jakarta kami menginap di Ibis Mangga Dua.

terjumpa Hatta Dolmat yang menginap di hotel yang sama di Jakarta.

di laluan masuk ke hotel.

di Jakarta kami cuma sempat bershopping di ITC Mangga Dua saja sebab berhadapan dengan hotel pada hari keempat.  itupun kena kejar masa juga sebab tengahari nak check out dan bergerak ke airport.

semua ahli rombongan bergambar kenangan di airport Sukarnoe Hatta.

jadi model kedai duty free sekejap hehe

masih di airport Sukarnoe Hatta

sebelum masuk ke transit area

aku naik flight dari Jakarta kira-kira jam 7.30 malam.  sampai di KLIA kira-kira pukul 9.10 malam.  terus berkejar ke terminal dalam negeri  untuk naik flight ke kuantan pukul 10.10 malam.  nasib baik dalam building yang sama jer.

ini semasa dalam flight dari KLIA ke Kuantan.   baru dapat duduk tepi tingkap.  mula-mula serun juga sebab nampak benda kat luar kan lepas tu ok jer lagipun sekejap je KLIA-Kuantan.

dah selamat sampai di Kuantan pukul 11 malam.  seronok betul tengok muka anak-anak.  cehhh masa kat Bandung tak teringat pun anak asyik shopping jer hahaha.  apa-apa pun memang seronok trip ni dan sesiapa yang gila shopping tu memang best lar kalau dapat pergi ke Bandung ni cuma aku kadang-kadang pening juga nak mengira duit.  ye lar kat sana main ribu ribu ratus ratus jer bengong juga aku kenkadang. walau apapun berpada-pada jugalah bershopping tu sebab barang sana murah takut terlebih muatan kene bayar lebih pula siapa nak jawab.  kalau pergi dengan MAS tahan lagi...kalau pergi dengan Air Asia tak ke naya hehe.

Lina

Main Bunga Api

masih lagi entry pasal raya.  tahun ni qistina memang puas hati sebab dapat main bunga api dengan banyaknya.  kalau mercun pop tu satu malam dia boleh habis 3 kotak main.  ok sila layan gambar-gambar di bawah ni yer.








Lina

Wednesday, September 29, 2010

Hometown mak aku

pada hujung minggu baru-baru ni aku dan en khairol bawa mak ayah aku balik ke melaka.  untuk makluman korang, mak aku ni orang melaka. aku dengan adik-beradik aku je orang kuantan.  sedara-mara mak aku memang ramai lagi kat melaka.  dah lama sebenarnya aku tak balik sana.  ingat lagi masa aku kecik-kecik selalu juga balik sana tapi bila dah besar, dah kerja dan sekarang ni dah kahwin langsung tak jejak sana dah.  jadi alang-alang ada jemputan kahwin dan masih lagi dalam bulan syawal mak aku kata nak pergi dan apa salahnya ikut sama kan.  boleh menjejak semula sedara mara.

amsyar dan qistina dah standby awal-awal dalam kereta.  kami bertolak dari kuantan seawal jam 8.00 pagi.  singgah jap breakfast kat restoran zaman dan terus zoooommmmm ke melaka.  kami ikut highway kuantan-segamat, terus ke gemas, gemencheh, tampin, alor gajah, masjid tanah dan...

s
a
m
p
a
i

k
e

inilah dia hometown mak aku.  best kat sini sebab tepi pantai.  kalau sapa-sapa dari arah port dickson nak ke melaka atau dari melaka nak ke port dickson mesti lalu sinilah.  mesti jumpa kampung ni.

mak aku kata kat kuala sungai baru ni memang ramailah sedara mara mak.  kiranya kalau jumpa sapa-sapa kat kampung tu mungkin ada pertalian dengan mak aku. kalau tak bau-bau bacang, bau-bau kentut pun ada kot haha.

mula-mula kami singgah kat rumah sepupu mak kat tepi pantai tapi diorang takde kat rumah sebab dah sibuk kat rumah yang buat kenduri kahwin tu lah.  Jadi, kami ambil keputusan pergi rumah mak sedara mak kat darat,wan uda.  kiranya kami akan tidur kat situlah.  dah mandi dan rehat semua kami pun pergi ke rumah kenduri tu sebab katanya akad nikah lepas asar.  ok yang nak kahwin ni anak kepada sepupu mak aku.  mak aku ni ramai sepupu, belah atuk aku ada belah wan aku pun ada.  dah dua-dua orang melaka jadi semua berkampung kat situ je lar. .

lepas akad nikah apa lagi makan time la.  aku suka sebab ada acar berempah.  jarang nak dapat makan acar ni.

nilah bentuk rumah orang melaka.  walaupun sekarang ramai yang dah buat rumah batu tapi ada yang masih mengekalkan rumah ibu.

pagi hari kedua sebab tak ada apa-apa program pergi jalan-jalan tepi pantai.  seperti biasa en khairol kalau nampak orang memancing sure singgah untuk interview.  uncle ni memang cool, dia letak je pancing terus ikan sambar tapi bukan ikan besar la, ikan bolos je.  eh sedap tau ikan ni, goreng sedap, masak asam rebus sedap, asam pedas sedap, masak lemak pun sedap.  ishhh dah lama tak makan ikan ni.  aku rasa masa aku berhenti tengok uncle ni memancing adalah 6 kali dia dapat ikan. 

ini masa kami qistina dan amsyar mandi pantai.  adusss dah kampungnya tepi pantai jadi takkan anak-anak tak boleh mandi pantai kan.  kebetulan ada pakcik yang baru balik dari laut.  en khairol apa lagi terus snap dan interview lar.

 antara hasil tangkapan yang dibawa balik


kali ni amsyar dah berani sikit dengan ombak





sekali ayah dia pun mandi sama

lepas mandi pantai, kami pun balik semula ke rumah wan uda sebab nak pergi kenduri pulak.  semalam akad nikahnya hari kenduri besar lak pulak.  katanya kendurinya start awal dalam pukul 11 pagi.


sebenarnya amsyar masa ni tengah meragam...mungkin sebab tak cukup tidur dan kepanasan.  memang panas time ni aku dah berjeruk dengan peluh

dengan mama pulak

 mak aku tengah berborak dengan sedara mara kat penanggah...bukan senang nak jumpa ramai-ramai cam ni.  mak aku jarang balik kan.  lepas ni kena selalu-selalulah jenguk sedara mara.  lagipun en khairol pun dah selakkan diri ajak balik lagi sebab dia dah dapat tempat memancing.

 dalam pukul 1.15 petang pengantin sampai.  anak sepupu mak aku tu yang pengantin perempuan.

 lauk kenduri. yang best ada sambal tumis, lawan dengan gulai lemak pisang, ada pula ikan kering dan gulai daging..memang terangkat!!!

pasukan kompang

dari rumah kenduri kahwin balik semua rumah wan uda, kemas-kemas barang dalam pukul 3.30 petang bertolak balik ke kuantan.  best betul balik melaka kali ni.  ada can balik lagi hehe.

Lina