Thursday, June 3, 2010

Anniversary Ke-5


Salam semua...

Hari ini 3 Jun 2010 adalah Hari Ulang Tahun Perkahwinan aku dan Khairol. Alhamdulillah dah genap 5 tahun kami menjalani hidup bersama dan dikurniakan sepasang cahayamata yang bijak dan comel.

"Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosa-dosa kami.  Kau lindungilah dan berkatilah kehidupan kami sekeluarga.  Kau limpahkanlah rezeki dan kesejahteraan kepada kami.  Kau kurniakanlah kebahagiaan kepada kami di dunia dan di akhirat.  Sesungguhnya hanya Kaulah yang maha berkuasa.  Amin."

Lina

Reunion SMKTPPTM 2010

Salam semua...

Pada 1 Mei 2010 yang lepas adalah hari yang amat bersejarah buat bekas-bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad (SMKTPPTM), Bandar Indera Mahkota.

Pada tarikh tersebut telah diadakan Majlis Reunion dan penubuhan Alumni.  Majlis ini telah dirancang setahun sebelum.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan di sana sini.  Apa-apapun ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Antara guru-guru yang hadir


Disambut oleh pasukan kompang


Suasana di dalam dewan


Bekas pengetua pertama, Tuan Abdul Rashid sedang menyampaikan ucapannya.


3 orang peneman setia


Antara batch pertama 5 Aktif, SPM 1994 bersama guru kelas Cikgu Tawpik.  Beliau masih lagi mengajar di situ. 


Batch pertama SMKTPPTM bergambar bersama guru-guru.


Sempat bergambar dengan geng-geng lama, Peah, Linda, Mik dan Nurul.


Bersama Noraini dan Wan Halimah.


Berita majlis reunion yang disiarkan di dalam Sinar Harian Edisi Timur yang memuatkan gambar pelajar-pelajar 5 Aktif bersama Cikgu Tawpik.


Lina

Wednesday, June 2, 2010

Farewell


Salam semua...

Selamat berjaya diucapkan kepada Puan Zalina binti Ahmad kerana mendapat peluang yang lebih baik dan bertukar ke tempat baru.

Segala kenangan bersama sepanjang tempoh perkenalan kita akan tersemat di sanubari. 

ALL THE BEST!!!


Lina

Family Day KESUKEP - Final Part

Salam semua...

Hehe sorry kawan-kawan... antara Part 1 dan Final punyalar lama gapnya.  Ok aku sambung yer pasal Family Day di Bukit Gambang Resort City. 










Hari kedua kami ambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar resort sebelum pergi ke Theme Park.  Kalau dah siap sepenuhnya mesti cantik resort ni.


Dalam pukul 11 pagi kami check-out dan terus ke Theme Park.  Untuk pergi ke Theme Park boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki keretapi yang disediakan oleh pihak resort.  Tak adalah jauh sangat dari tempat penginapan kira-kira 5 minit jer.


Benda ni aku rasa yang paling happening kat Theme Park tu.  Mulut gergasi tu tengah diisi dengan air.  Bila dah penuh ia akan menumpahkan air ke bawah.


Inilah yang berlaku bila air daripada mulut gergasi tu jatuh ke bawah.  Memang best hehehe.  Aku pun sibuk sama dengan Qistina duduk tunggu kat bawah.





Qistina bila dah jumpa air dah tak ingat nak balik dah.



Pelampung-pelambung untuk disewa.



Ini dalam perjalanan keluar dari Theme Park.  Masa ni dah petang tapi Qistina tak puas hati nak main lagi.



Kanak-kanak yang melebihi tinggi seperti di atas dikenakan bayaran seperti orang dewasa.  Nasib baik masa ni free hehehe.

Ok, di dalam Theme Park untuk membuat bayaran seperti pelampung atau makanan tidak memerlukan wang tunai.  Cuma di dalam Theme Park ada pondok yang disediakan untuk top up duit di gelang tiket kita.  Tak kisahlah berapa nak top up RM50, RM100 dan sebagainya.  Jadi setiap kali kita membeli makanan mereka cuma tag di gelang kita. Tidak perlu risau sekiranya masih ada baki akan dipulangkan semula.

Terima kasihlah kepada KESUKEP kerana menganjurkan Family Day yang best ni.  Harap-harap tahun depan lebih best lagi.

Lina