Wednesday, March 31, 2010

Terapi Mata (Jangan Sampai Meleleh Air Liur)

Salam semua...

Sesi terapi mata...


























Aku pula yang terliur hehehe.


Lina

Choc Class

Salam semua...

2 minggu lepas aku berkesempatan join Kelas Coklat yang dianjurkan oleh ex-schoolmate aku, Azarulliza.  Selepas Form 5 memang dah lost contact dan baru-baru ni je berhubung semula melalui Facebook.  Kemudian dapat tahu yang dia ada buat kelas cupcake dan coklat.  So, apa lagi aku pun tak lepaskan peluanglah.  

Azarul ni sebenarnya duduk kat Port Dickson.  Kalau ada permintaan barulah dia buat kelas di Kuantan.  Pelajar pun dia tak ambil ramai sangat.  Paling ramai pun 3 orang je sebab kelasnya pun dibuat di rumah ayahnya.  Maklumlah buat kat rumah kan space pun tak berapa luas.  Sebenarnya sehari sebelum kelas coklat tu ada kelas cupcake tapi aku tak berkesempatan nak join sebab ada hal jadi dapat pergi kelas coklat je lar.   

Jom kita tengok step by step nak buat coklat ni.

Ok mula-mula coklat yang digunakan hendaklah dipecahkan kecil-kecil sikit supaya cepat cair bila kita cairkan nanti.  Ada dua jenis coklat yang digunakan iaitu jenis compound dan converter.  Coklat-coklat yang Azarul guna ni semua coklat imported.  Dalam gambar atas ni jenis compound ye.


Yang ini pula jenis converter.  Nampak sedap kan.  Sebelum cairkan coklat sempat ngap 2, 3 keping hehehe.



Coklat ni pula memang sedia ada warna pink ye...tapi kalau nak guna white choc dan letak pewarna pink pun boleh.


Tengah mencairkan coklat guna teknik double boil iaitu pakai air panas.


Oh ye member sebelah aku tu pun ex-schoolmate juga dan yang baju oren tu adik dia.


Coklat yang telah cair.  Sedapkan rasa nak jilat-jilat je.


Mula proses meletakkan coklat ke dalam acuan.  Selalunya kalau nak nampak cantik kat permukaan coklat tu, letak coklat compound dulu sebab dia kan cepat keras, lepas tu baru penuhkan dengan coklat converter.


Masing-masing tengah asyik letak coklat dalam acuan.


Ini acuan pertama aku, acuan lollipop...tinggal letak batang lollipop je.


Ini pula dipanggil pattern transfer.  Fungsinya macam double salotape.  Mula-mula gunting bentuk 4 segi kecil.


Lepas tu letak atas coklat.  Biarkan coklat tu keras baru cabut lapisan atasnya dan ia akan tinggalkan corak atas coklat tu.  Jangan risau boleh dimakan ye corak tu.


Proses mengeluarkan coklat daripada acuan.  Paling penting tunggu coklat tu betul-betul keras barulah boleh dikeluarkan daripada acuan dengan senang.

Para pelajar bersama hasil masing-masing.


Sebelum balik wajib bergambar dulu.  Yang di tengah-tengah tu adalah Azarul.

Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang coklat dan cupcake...nak belajar ke...ada pertanyaan ke atau nak order ataupun nak tengok gambar-gambar cupcake dan coklat hasil buatan Azarul bolehlah pergi ke blog Azarul ni yer http://combisweetiepies.blogspot.com/


Lina

Sekitar Sambutan Birthday Qistina (Macamlah grand sangat hehehe)

Salam semua...

Ni nak update bende yang berzaman-zaman dah berlalu.  Ina...ina...ko ingat ada orang ke nak baca benda yang dah basi-basi ni?  Hehehe eh korang bacalah ye bukan sengaja nak update lambat tapi emmm itular masalah dengan line internet yang amat-amat slow kat rumah aku.  Nak update kat ofis pun payah juga.  Itu lar yang kadang-kadang terpaksa peram dulu 2, 3 entry.

Ok, ni just nak cerita pasal birthday Qistina yang dah berminggu-minggu lepas.  Kan mula-mula ada surprise  masa Family Day di Rompin.  Balik dari Rompin tu kami sekeluarga celebrate sekali lagi kat rumah.  Tak adalah besar sangat untuk syarat jer potong kek.  Itu pun buat kat rumah mertua aku.

Cheese cake yang yummy!!!

Sempoi jer...

Tengok birthday girl  pakai baju tidur je.


Amsyar dalam demam-demam celebrate juga.


 Meh sini kakak suapkan ayah

Walau tak sebesar mana majlisnya tapi sambut tetap sambut walaupun hanya sebiji kek.  Ada juga kami bagi goodies untuk anak-anak jiran kat rumah.  Nasib baiklah Qistina ni tak pandai lagi minta bukan-bukan.  Ye lar buatnya minta nak sambut kat KFC ke, A&W ke, McD ke tak ke naya mama dan ayah.  Nak-nak tengah kegawatan ekonomi waktu tu hehehe. 

Lina

Tuesday, March 30, 2010

Semua Orang Dah Register My Look...Aku Je Belum

Salam semua...

Buka dashboard blog...tengok blog-blog yang dah update semua cerita pasal My Look ni.  Rasa cam ketinggalan lak.  Buka pula blog Ayu pun ada entry pasal My Look ni dan Ayu pun dah register.  So, aku ambil keputusan register jugalah.  Lagipun senang amat registernya...free dan tak payah nak jawab soalan yang remeh-temeh.  Tak salah rasanya nak mencuba kan.  Dapat tambah duit lagi.

Jadi kawan-kawan jomlah join juga.  Cuma klik kat sini je yer....MY LOOK


Lina

Tuesday, March 23, 2010

Gatsby Deodorant Street Fair

Salam semua...

Aku tengah sedih ni dan kuciwa disebabkan kelalaian aku sendiri.  Apa benda yang menyebabkan aku sedih ni ye?  Aku sedih sebab aku dah terlepas peluang untuk menyertai GATSBY DEODORANT STREET FAIR pada 17 April 2010!!!

Aku memang terkilan lar sebab dalam beberapa hari ni aku memang tak buka emel...tup...tup...aku buka hari ini aku baca emel daripada Nuffnang ni...due datenya adalah semalam!!!  Adusss...rasa cam nak pitam jap.  Padahal senang amat kalau nak sertai...pula tu dapat RM50 kalau berjaya terpilih.  Ye lar sebelum dapat emel ni pun Nuffnang dah hantar emel dah sebagai intro tapi aku macam endah tak endah je.  Waaaaaaaa!!!  Rasa cam nak nangis 7 hari 7 malam.

Takpe...takpe think positive.  Mungkin kali ni bukan rezeki aku.  Mungkin rezeki aku yang lagi hebat kot...wahhh statement nak sedapkan hati ni.  Apa-apapun mulai hari ini che wahhh...ye aku sungguh-sungguh ni...mulai hari ini aku berjanji dengan diri aku sendiri akan lebih alert dengan segala apa yang Nuffnang emelkan kepada aku.  Aku tak akan baca sambil lewa jer.  Memang aku betul-betul kecewa lar.  Kalau tak boleh aku jumpa rakan-rakan blogger yang lain yang pergi Blogger's Family Day hari tu.

Tak apalah mungkin ada hikmahnya aku tak dapat pergi kali ni.  Buat rakan-rakan blogger yang telah dipilih tahniah dan have fun ye!  Nuffnang...jangan serik invite aku lagi yer!!!

Lina

Saturday, March 13, 2010

Pertandingan Bowling BPSM 2010


Salam semua...

Bulan Februari lepas ofis aku ada buat Pertandingan Bowling.  Oleh kerana masa tu mata aku dah semakin ok walaupun masih dalam mc, aku gigih juga main.  Ye lar dah lama tak main bowling sejak mengandungkan Amsyar tu yang nak lepas gian tu.



Setiap group ada 3 orang pemain yang dipilih secara undian.  Aku satu group dengan En Hasbullah, EO aku dan En Hanafeah. 


Alhamdulillah selepas bertungkus-lumus bermain sebanyak 3 game akhirnya kejuaraan milik group aku.  Terima kasih kepada 2 ahli group aku tu yang bermain dengan hebat.  Dapatlah bawa balik hamper untuk Qistina.

Lina

Pertandingan Badminton BPSM 2010

Salam semua...

Selepas Pertandingan Bowling, ada pula Pertandingan Badminton.  Aktif sungguh ofis aku awal-awal tahun ni buat sukan tapi best juga kan dah lama aku tak bersukan.  Pertandingan diadakan di Dewan Kompleks Penyayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kuantan.  Semuanya bermain secara berpasangan yang dibuat secara undian juga.

Para jelitawan BPSM bergambar dahulu sebelum bermain.  Bergambar memang harussss!!!


Bersama partner aku, Kak Hera.  Gigih tu cari baju dan seluar, baru semangat sikit nak main.


Yerrrr itu dia aksi aku hehehe cam berposing lak gayanya.


Alhamdulillah juga aku berjaya membawa pulang hadiah walaupun mendapat tempat ketiga.  Kira ok lar tu kan.  Motif masa terima hadiah berbaju kurung pula?  Sebenarnya pertandingan tersebut diadakan pada hari Sabtu.  Disebabkan ada masalah teknikal hadiah diberikan pada hari Isnin, hari bekerja.  Itulah sebabnya semua orang kelihatan kacak/jelita ye hehehe kalau tidak mesti berkilat-kilat je muka memasing dalam gambar berpeluh-peluh kalau hadiah dapat hari Sabtu tu hehehe.

Lina

Friday, March 12, 2010

Jumpa Kawan Lama

Salam semua...

Dalam bulan Januari yang lepas, aku berpeluang berjumpa dengan member lama aku masa kat ITM Jengka dulu.  Dia satu-satunya yang amat rapat dengan aku coz dari pre sampai grade kami sebilik tak pernah berpisah pun.  Memang lama sungguh tak jumpa dia, last jumpa masa aku kahwin tahun 2005.  Kebetulan dia dan famili ada family day di Cherating so ambil kesempatanlah berjumpa.  Aku suruh dia singgah Kuantan kalau sempat so masa balik dari Cherating terus dia singgah kat Kuantan sebelum bertolak ke Klang.  Terus aku ajak makan kat Wan Sara Tom Yam.

My best friend Yuslinah Adam aka Yus

Dia dah ada 3 orang anak, 2 lelaki seorang perempuan.  Yang nombor 3 tu sebaya lar dengan Amsyar cuma tua beberapa bulan jer.

Tengok mama bergambar dengan member, Qistina pun sibuk juga nak bergambar.  Motif aku pakai spek hitam?  Masa ni aku kene sakit mata yang aku mc 3 minggu tu tapi sebab nak jumpa member punya pasal gigih juga keluar rumah.


Lebih kurang je kan sebaya, sebenarnya anak Yus tu tua setahun daripada Qistina.  Ni masing-masing tengah kene angin kus-kus tu yang muka pun berkerut je.

Lepas makan-makan, borak-borak, melepaskan rindu teruslah Yus bertolak balik ke Klang.  Tak tahulah bila pula jumpa lepas ni tapi dengar-dengarnya ada member nak buat reunion tapi tak pasti bila tarikhnya. 

Lina

Monday, March 8, 2010

Baby With Eyes Glasses Cutest Contest

=STICKY MODE=


Salam semua...

Entry ini adalah sticky mode ye.  Untuk entry terbaru sila scroll di bawah entry ini.  Jalan-jalan kat blog nsazwa terbaca contest ni.  Rasa macam berminat je jadi aku decide nak joinlah.  Oklah contest ni dianjurkan oleh Mummy Maria.  Seperti biasa bila buat contest mestilah ada syarat-syaratnya kan seperti di bawah:-

"baby with eyes glasses cutest contact"

secara officialnya contest ni bermula dari

08 Febuari 2010 - 08 Mac 2010

sempena valentine day ni

syarat2nyer?

dgn rela hati menjadi rakan follower kepada blog berikut MUMMY MARIA (paksarela.. hik3)

sila addkan banner contest kat ats tuh kat side bar blog anda n linkkan trus kpd contest nih

sila linkkan MUMMY MARIA di blog anda

sila wat special n3 psl contest nih dgn meng'upload'kan sekeping (1) gambar ur sweet lil baby (tak kisah la bby sendiri atau bby saudara mara,apa yg penting ONLY 1 PIC)

umo ur lil baby mestilah dari 1 hari - 4 tahun

sila nyatakan nama,umo,tarikh lahir bby dan juga email & nama mummynya.

jgn luper, sila tinggalkan komen anda disini utk proses menjejak


DAN INI ADALAH HADIAH MENANTI PEMENANG


ONLY FOR ONE WINNER




Jadi inilah penyertaan saya ye Mummy Maria





Nama : Amsyar Iqbal bin Khairol Hamdan
Umur : 7 bulan
Tarikh Lahir : 5 Ogos 2009
Alamat emel : inazz03@yahoo.com
Nama Ibu : Azlina binti Mohamed Yasin

Sesiapa yang berminat nak menyertai contest ni bolehlah klik link di bawah ni yer.




Lina

Sunday, March 7, 2010

Happy Birthday Qistina


Salam semua...

Today is my little princess's birthday!!! Sekejap je dah 4 tahun umur kakak.  Rasa macam baru lagi lahirkan kakak.  Selama 3 tahun 5 bulan you are the only baby in our life.  Semenjak dah ada Amsyar Iqbal mungkin kakak rasa mama dan ayah selalu ketepikan kakak, abaikan kakak tapi percayalah tak pernah sekelumit pun di hati mama terdetik menyisihkan kakak.  Selama ini kakaklah penyeri hidup mama dan ayah jadi mana mungkin mama dan ayah nak sisihkan kakak begitu sahaja.

Walau apapun kakak tetap anak kesayangan mama.  Masih teringat lagi kisah pahit terjadi satu ketika dulu yang sehingga kini masih membuatkan mama trauma dan mama harap, sangat-sangat berharap mama tak akan lalui lagi detik tersebut.  Lebih-lebih lagi sekarang ni macam-macam berita mengenai penderaan, kehilangan, buang anak dan sebagainya yang membuatkan mama tidak sanggup kehilangan kakak.  Alamak, emo la pula apa yang aku tulis ni tapi luahan hati aku ni berdasarkan senario yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kakak...Selamat Hari Ulang Tahun mama ucapkan.  Mama berdoa kakak menjadi seorang anak yang solehah, taat kepada ibu bapa dan ajaran Islam kita ni.  Mama juga berharap kakak menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang baik di dunia dan di akhirat.  Sesungguhnya kakaklah insan terbaik di mata mama.

Salam sayang mama ucapkan.  I love u soooooooooo much!!!


Lina

Saturday, March 6, 2010

Hasil Kraftangan

Salam semua...

Aku nak sambung semula entry-entry aku yang tertunggak.  Kali ni nak cerita mengenai satu tempat kat Kuantan ni yang membuat dan menjual hasil kraftangan.



Inilah nama tempatnya Sri Niwana Duri Indah Kampung Cempaka.  Untuk makluman, tempat terletak di Kampung Cempaka, jalan menuju ke Pantai Sepat.  Kalau dari Kuantan, tempat ni terletak di sebelah kanan betul-betul di tepi jalan.

Ini owner dia sedang mengopek kelapa muda.  Kelapa muda ni memang ada disediakan untuk para pengunjung.  Dulu ada juga lemang dan ikan salai tapi jarang-jarang dah sekarang ni.  Untuk makluman juga semua barang kraftangan di kedai ni dibuat sendiri oleh Pakcik ni, dari mencari bahan sehinggalah siap.  Memang kreatif Pakcik ni.








Rehat-rehat di pangkin, macam kat kampung lak.


Lesung kayu


Pelbagai jenis bubu


Sambil tengok-tengok layan air kelapa muda sedap juga


Cantik kan tempat letak sudu dan straw ni


Antara artikel yang disiarkan dalam akhbar mengenai kedai ni


Tengah asyik mengorek isi kelapa muda


Pelbagai saiz gayung yang dibuat daripada tempurung kelapa


Tanglung ni aku dah tempah dan dah siap pun ada tergantung kat rumah


Cantik kan bubu ni jadi macam balung ayam lak

Kalau sesiapa yang berminat nak tempah ke apa bolehlah hubungi nombor ni yer 013-9349273.  Minta maaflah aku lupa nama Pakcik tu sebab aku dan Khairol panggil Pakcik je.  Walau bagaimanapun memang Pakcik ni sendiri yang jawab atau isteri dia.

Lina