Thursday, February 25, 2010

Jurassic Park

Salam semua...

Kami berkesempatan pergi ke Pameran Dinasour di Yayasan Pahang.  Itupun setelah berkali-kali 'diperingatkan' oleh Qistina sebab kalau on d way balik ke rumah kami ada terdapat banner yang dipasang di tiang lampu.  Jadi bila dia nampak banner tu teruslah dia guna ayat power dia... "semua orang dah pegi tengok dinasour kita je tak pegi lagi".  Oleh sebab kami dah malas nak dengar ayat power dia tu bawalah juga pergi.  Lagipun bukan rugi apa pun kan bagus juga untuk pengetahuan anak-anak.


Sebenarnya kat sini ada mesin yang tanya soalan, lepas tu kena berdirilah atas kotak jawapan yang mana satu kita pilih.  Qistina pakai hentam je, ikut dia je nak berdiri atas kotak mana.


Nampak kurus lak Qistina dalam gambar ni, cengkung je.


Macam pandai sangat dia Qistina nak main game ni.


Tapi memang pandai juga.


Oh pocot! Terkejut gue eeiiii T-Rex ni saje je hehehe


Ralit anak bujang aku tengok dinasour belakang tu sebab dinasour tu bergerak-gerak dan ada bunyi.

Muka ala-ala cuak sebab ada kepala dinasour belakang Qistina tapi bukan dekat pun jauh sebenarnya.

Lina

Kesayanganku

Nyenyaknya 2 beradik ni tidur.  Comel lak tu tidur berdakap.

Dalam berdengki-dengki jeles menjeles dengan adik dia rupa-rupanya sayang juga kat adik dia tu.

"Mama, kakak bukan tak sayang adik, kakak sayang sangat tapi kadang-kadang jeles juga bila tengok mama dan ayah lebih kat adik tapi kakak tau mama dan ayah sayang kat kakak juga".


Lina

Makan-Makan Di New Horizon

Salam semua...

Dalam bulan Januari lepas pegawai-pegawai di ofis aku belanja staf mereka di Restoran New Horizon.  Memang best sebab dapat berkumpul satu ofis.




Menu kami tengahari tersebut ialah steambot. Sup tomyamnya memang marvellouss!!!


Bersama kawan-kawan semeja

Pantang nampak kamera mesti berposing hehehe

Lina

Wednesday, February 24, 2010

Makan Mee Jawa

Salam semua...

Dah lama dengar daripada kawan-kawan kalau nak makan mee jawa yang best sekali kat Sungai Lembing.  Jadi ada satu hujung minggu tu aku ajaklah Khairol pergi.  Lagipun dah lama tak berjalan ke Sungai Lembing.

Inilah mee jawa yang boleh aku sifatkan memang sedap.  Tak rugilah mencuba.


Ok inilah kedai mee jawa tu simple jer.   Untuk makluman kedai ni kalau kita datang dari arah Kuantan terletak di sebelah kanan.  Anda akan jumpa kedai sebelum sampai ke bandar Sungai Lembing.


Belakang kedai tu ada jambatan gantung


Di bawahnya pula ada 2 cabang sungai yang bertemu menjadi 1


Lepas makan semua aku ajak Khairol jalan-jalan ke bandar Sungai Lembing.  Cuma pusing-pusing je tak singgah pun.  Kalau pergi awal pagi boleh singgah kat pasar pagi di tengah-tengah bandar tapi masa lalu tu orang dah kemas.

Masa pusing-pusing kat bandar Sungai Lembing tu ternampak rumah ni.  Tingkat atas rumah dia nampak klasik sebab tuan rumah ni kumpul barang-barang lama dan antik.  Langsung Khairol snap sebab dia memang minat.  Lepas dah pusing-pusing semua terus balik.


Lina

Lagi Aksi Amsyar Meniarap

Salam semua...

Mari kita lihat aksi-aksi anak bujang aku ni meniarap... untuk makluman ini gambar sebelum sakit mata yer.


Emmm... mama aku ni buat ape ni pegang kamera, ni mesti nak ambil gambar aku... malaslar nak layan


Baik aku buat aktiviti aku


Uikkss... mama aku pegang lagi kamera


Mama... sudah-sudahlar tu ambil gambar Amsyar taular kite ni comel

Lina

Pertandingan Bowling Ofis Khairol

Salam semua...

Ok aku  mulakan entry aku yang tertunggak dengan entry ni yang punyalah lamanye terperam.  Ni kisah sebelum aku sakit mata.  Ofis Khairol ada buat pertandingan bowling awal bulan Januari lalu di Megalanes, Berjaya Megamall.  Aku pun pergilah meneman dengan anak dara aku.  Lagipun pertandingan tu dibuat pada waktu pagi so oklah kalau nak bawa Qistina.

Memang nak jadi rezeki Khairol dan partner dia dapat tempat kedua.  Nak jadi rezeki lagi dia jadi pemenang kategori jatuhan pin terbanyak.  Dapatlah bawa balik 2 hamper dan 1 piala pusingan. 


Hamper yang best


Piala yang menjadi kebanggaan Khairol



Kita close-up sikit apa yang ditulis kat piala tu.

Lina

Tuesday, February 23, 2010

Penghargaan

Salam semua, korang ingat tak pada bulan Disember 2009 yang lepas aku ada buat entry untuk bagi penghargaan kepada pembaca-pembaca blog aku ni.  Sepatutnya aku umumkan pada bulan Januari yang lalu tapi disebabkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan (penangan sakit mata) lambatlah sikit pengumumannya.

Jadi sekarang ni aku nak umumkan mereka yang bertuah untuk mendapat penghargaan daripada aku.  Mereka ialah..........

3) HANS

Ok, mereka ini adalah Top 3 Commentator bagi bulan Disember tersebut.  Sori aku lupa sungguh nak print screen sebagai bukti tapi cukuplah hanya aku tahu kebenarannya hehehe.  Kenapa 3 orang saja?  Oklah hajat hati semua blogger aku nak bagi penghargaan tapi biarlah 3 orang ni dulu.  Aku tau blogger-blogger lain pun banyak bagi sokongan dan aku amat-amat hargai.  Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa mungkin ada lagi blogger lain pula yang bertuah ye.

Ok, bagi Atty Fir dan Hans nanti bagi alamat ye ke emel saya inazz03@yahoo.com.  Kalau boleh secepat mungkin.  Hadiah akan saya poskan seberapa segera yang boleh. 

Lina

Hai Semua!!!

Assalamualaikum w.b.t. kepada kengkawan semua.  Dah lama betul aku tak masuk blog aku ni sampai nak bersawang dah ni.  Ada la dekat sebulan kan tak post apa-apa kat blog aku ni.  Minta maaf banyak-banyak lar pada korang semua kalau masuk blog aku ni asyik baca entry lama je.

Sebenarnya reason utama aku dah lama tak berblog ni disebabkan perkara yang menimpa baby aku.  Korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni.

Amsyar telah mendapat sakit mata.  Tengoklah bengkak sampai mata kiri anak aku ni, sepet jadinya.  Mulanya tak adalah berapa serius sangat tapi bila dah jadi bengkak memang teruk, masa ni Amsyar asyik meragam jer.  Lepas seminggu sakit mata tu, tiba-tiba macam ada selaput putih meliputi anak mata Amsyar.  Aku dah mula cuak sebab dah nak jadi macam katarak.  Terus aku bawa ke hospital dan direfer ke klinik mata Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.


Bila dicek oleh doktor mata, doktor assume kemungkinan ulcer dan doktor kata dah nak jadi kudis.  Masa dengar tu memang rasa nak nangis pun ada, macam-macamlah fikir dalam kepala.  Dahlah masa tu pun aku dah dijangkiti sakit mata.  Yang melegakan aku cuma satu bila doktor tu cakap masih di peringkat awal jadi masih ada harapan untuk pulih tanpa effect penglihatan anak aku.

Jadi, lepas tu aku asyik berulang ke hospital je dalam seminggu lebih sebab doktor nak pastikan tahap ulcer tu.  Masa appointment kali ke-5, alhamdulillah doktor bagi confirmation yang mata anak aku dah sembuh.  Luka pun dah hilang sama sekali.  Doktor pun pelik juga sebab kalau ulcer memang lambat sembuh, makan masa bertahun juga.  Lepas dia belek-belek rekod dan dia fikir-fikir kemungkinan bukan ulcer, mungkin cuma luka kecil.  Agaknya masa anak aku sakit mata tu kan ke gatal, jadi kemungkinan dia gonyoh mata dan kuku dia terkena dalam mata dan itu yang menyebabkan luka.

So, sekarang aku dan Amsyar dah sihat.  Masa aku sakit mata tu lebih kurang 3 minggu aku dapat mc.  Aku dah boleh kerja cuma masih ada appointment kat klinik mata pada 5 Mac ni.  Inilah sebab utama kenapa aku terpaksa meninggalkan blog aku ni sampai nak bersawang ni.  Aku minta beribu-ribu ampun dan maaf ye kat korang semua.

Aduh banyaknya entry yang tertunggak.  Aku akan postkan satu persatu yer.  Janganlah korang taknak buka dah blog aku ni.  Kepada para blogger yang akan menghadiri Blogger's Family Day di Tasik Perdana, KL pada 28 Februari 2010 nanti kita jumpa di sana yer.  Insya-Allah aku akan menghadirkan diri berdua bersama anak dara aku.  Khairol tak dapat pergi sebab dia ada program di Kuantan.  Amsyar terpaksalah ditinggalkan sebab aku seorang kan tak terjaga lak nanti.

Ok, take care semua!!!
 
 Lina