Wednesday, January 6, 2010

Cutest Baby Of The Planet 2009


Nama : Amsyar Iqbal
Tarikh Lahir : 5 Ogos 2009

Tengah blogwalking kat blog Asmahani ada pula entry dia mengenai peraduan Cutest Baby Of The Planet 2009.  Peraduan ini dianjurkan oleh MomBloggersPlanet.  Rasa macam nak masuk pula sebab hadiah-hadiahnya memang hebat-hebat belaka.

Sebenarnya mereka mencari lagi 6 penyertaan untuk melengkapkan penyertaan kepada 20.  Sekarang ini mereka sudah ada 14 penyertaan.  Oleh itu saya mencalonkan baby kedua saya iaitu Amsyar Iqbal untuk peraduan ini.  Gambar ini diambil baru-baru ini semasa di rumah.  Tengah boring-boring mengagah Amsyar eh dia ketawa mengekek-ngekek pula, sangat comel.  Langsung ambil kamera dan terus snap beberapa keping gambar.  Harap-harap gambar ini dapat perhatian penganjur dan dapat mengisi salah satu daripada 6 tempat tersebut.

Cara-cara nak menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:-

1.Get the best photo of your baby – ONE picture only!



2.Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.


3.Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009


4.Include a link to this nomination page in your entry


5.Include a link to MomBloggersPlanet in your entry


6.Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page


7.Leave a comment here with link to your blog post (permalink)
 
 
Ok seperti biasa setiap peraduan ada syarat-syaratnya.  Syarat-syaratnya adalah seperti di bawah ini:-

1.This contest is opened to Malaysian babies 0-3 years old at the time of entry.


2.Picture should be current or less than 1 year difference from the actual age of baby.


3.ONE picture only!


4.Entry must be submitted by a parent, legal guardian or close relatives (can enter for child, sibbling or cousin).


5.Entry can be in Bahasa Malaysia or English.


6.Nomination starts from 22nd December 2009 to 10th January 2010


7.By participating, you expressly consent for your particulars, entries and photos to be posted on MomBloggersPlanet.com.


8.Only 6 babies will be selected to become contestants of Cutest Baby of the Planet 2009


9.Judge’s decision is final and no correspondence will be entertained


10.The lucky 6 babies will be announced in a blog entry


11.MomBloggersPlanet.com reserves the rights to change, amend, delete or add on to these Terms and Conditions without prior notice to you and shall become effective on such date as determine by us. You agree to be bound by such amendments.


12.MomBloggersPlanet.com reserves the right to cancel the contest at any stage, if deemed necessary in our opinion, and if circumstances arise outside of our control.

Ok dah siap semua.  So kepada blogger-blogger yang berminat jomlah kita join ramai-ramai.  Mana tau ada rezeki boleh dapat hadiah-hadiah yang disediakan.

Lina

Friday, January 1, 2010

Makan Malam Bersama MB

Majlis ini kiranya penutup entry aku untuk Tahun 2009.  Sebenarnya majlis ini untuk pejabat Khairol tapi dijemput suami isteri so aku pun pergilah lagipun MB yang anjurkan tak best lak kalau tak pergi.  Majlis ni diadakan untuk meraikan officemate Khairol yang bersara tu iaitu Mak Aji, juga pelajar praktikal yang tamat latihan dan staf pejabat MB yang akan bertukar.


Puding roti yang sangat sedap sebab ada macam-macam yang dibubuh dalam puding tu


Menu utama adalah steambot yang boleh tahan sedapnya jadi aku tak perlu kontrol makan.  Boleh makan sepuas-puasnya malam tu.


Persembahan paling gempak malam tu, pop yeh yeh oleh wakil dari ofis Khairol.

Selepas habis part makan-makan dan ucapan dan pemberian cenderahati, majlis diteruskan dengan acara nyanyi-nyanyi pula.  Seperti biasa MB la yang mula dulu dengan live band.  Yang lain-lain lepas tu karaoke jer termasuklah Khairol.  Habis je Khairol nyanyi terus kami balik sebab kalau tunggu lambat lagi habis.

Lina

Jalan-Jalan


Balik dari Pasir Putih, kami pun ambil peluang berjalan-jalan.  Dalam perjalanan tu kami sempatlah singgah kat daerah Jabi nak merasa sate Jabi yang Kak Esah kata sedap dan famous kat Terengganu.  Ada macam-macam jenis sate ada.  Sate hati, pedal, perut, daging, ayam tapi memang sedap.  Rasanya ramuan rempah tu yang berbeza sedikit.



Tengok kereta kuda ni masa singgah kat pantai yang dekat airport Terengganu tu.   Harus cuba next time bila pergi Terengganu.


Mertua aku tengah melayan cucu dia.



Qistina tengah isi minyak hehehe


Macho tak saya hehehe

Sebelum balik rumah Kak Esah sempat pergi beli sotong celup tepung kat Ida Ikan Bakar di bawah jambatan Kuala Ibai.

Ok, aku ada berada di Terengganu sehingga hari Ahad.  Kiranya hari Ahad tu aku bertolak balik ke Kuantan.  Sepanjang kat Terengganu tak pergi jalan mana-mana pun.  Ingatkan nak pergi ke Taman Tamadun Islam pun tak jadi.  Lain kalilah plan betul-betul.

Lina

Kenduri Kahwin Zalina



Masa minggu yang cuti Krismas tu aku sekeluarga pergi jalan-jalan ke Terengganu ke rumah Kak Esah.  Kami bersama mertua bertolak pada malam Krismas ke sana.  Kebetulan hari cuti Krismas tu ada kenduri sambut menantu officemate aku Zalina di Pasir Putih, Kelantan.  Aku pun ajaklah Khairol pergi sebab masa kenduri belah Zalina minggu sebelumnya kami tak dapat pergi sebab pergi Port Dickson tu.  Dah alang-alang pergi Terengganu kan dah dekat dah.

Jadi, dalam pukul 11.30 pagi kami bersama Kak Esah dan mertua aku pun bertolaklah ke Pasir Putih.  Dalam 2 jam jugalah perjalanan.  Dah nak dekat sampai ke rumah pengantin tu pula boleh sesat hehehe.  Nasib baik tak sesat jauh hahaha.  Kalau tidak memang patah balik dah.  Sedap lauk-pauk kat rumah pengantin terutama gulai dagingnya.  Memang superb.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ZALINA DAN AZIRAN,
MOGA KEKAL BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Lina

Meraikan Pelajar Praktikal

Sehari sebelum kita bercuti sempena Hari Krismas, ofis aku ada mengadakan sebuah majlis bagi meraikan pelajar praktikal di ofis aku.  Pelajar tersebut, Cik Nabila Huda yang ambil kursus sama macam aku dulu telah menjalani latihan praktikal bermula pada penghujung bulan Julai.  Rasanya banyak yang dia belajar sebab baru seminggu masuk terus ganti aku yang cuti bersalin selama 2 bulan. 



Cenderahati yang akan diberi kepada Nabila.  Hadiah baby tu pula sebab kebetulan ada seorang officemate aku baru dapat anak.  Jadi bagi sekalilar masa majlis tu.


Cik Nabila tengah memberikan ucapannya.



Sesi bagi cenderahati

Officemate aku yang baru dapat anak, En Hanafeah, tahniah.


Sesi makan-makan.  Menunya laksa pahang, kuih kaswi.
Selamat berjaya diucapkan kepada Cik Nabila.  Kalau ada masa jenguklah Kak Lina kat  sini yer.
Lina