Thursday, December 9, 2010

Sepupu Kahwin

hari Sabtu lepas aku pergi KL dengan mak dan ayah aku sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu aku kat Taman Permata, Ulu Kelang.  kami pergi balik hari jer.

pasangan pengantin, sepupu aku yang perempuan yer

pengantin tengah berarak

ni semua anak-anak buah, wedding theme is blue yer, nice colour.  my sis suka lar kaler ni hehe.

lepas kenduri sempat lagi pergi jalan-jalan kat Jusco Alpha Angle.  sebenarnya termelencong kat situ lepas beli tayar baru (kopak duit aku RM100 huhuhu)  pancit masa on the way ke KL pagi tu.  nasib baik ada tayar spare.  tak shopping apa pun padahal tengah sale giler.  memang menduga keimanan sungguh.

bertolak balik ke Kuantan malam tu juga kira-kira pukul 8.00 malam.  sampai Kuantan dengan selamatnya kira-kira pukul 11.30 malam.  start dari Temerloh sampai ke Kuantan hujan jer.  pulak tu sesetengah tempat ada kabus tebal.  alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku.

so, to my cousin Norbiah'tun dan pasangannya Firdaus, selamat pengantin baru diucapkan.  semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat, insya-Allah.

Lina


1 comment:

Ayen Giggs said...

Selamat pengantin baru buat pengantin baru...Klu AG suke kaler merah,hehe...