~ STICKY MODE ~
untuk entry terkini sila scroll di bawah entry ini yer ;)
dah lama sebenarnya tau pasal segmen Jom Berkenalan yang en loqman hakim buat ni. ni barulah ada masa nak join. itupun lepas satu-satu blog yang aku blogwalking semuanya join segmen ni. jadi sebab tak nak ketinggalan cepat-cepatlah join.
Cara nak join segmen ni cukup mudah..Jom tengok syarat2nya~
1)Buat Entry bertajuk"SEGMEN JOM BERKENALAN" - ok dah
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni - dah buat juga
3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
* sudah berkahwin dengan encik khairol hamdan
* status saya dah -Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
* emmm saya memang berasal dari Kuantan, Pahang. mendapat pendidikan rendah di Sek Ren Permatang Badak, pendidikan menengah di Sek Men Keb Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. menyambung ke peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (dulunya ITM) Jengka. tengok memang tak keluar langsung dari Kuantan hehe. sekarang ni bekerja di SUK Pahang. sudah 5 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. yang perempuan, nur aina qistina dah berusia 4 tahun dan yang lelaki, amsyar iqbal berusia 1 tahun 4 bulan. tahun depan qistina 5 tahun dan akan mula masuk tadika.
-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
* blog ni sebenarnya dah lebih kurang 4 tahun usianya. pada mulanya diberi tajuk Coretan Dari Dalam Hatiku dan alamat blognya http://azlinamy.blogspot.com. cuma dalam tempoh setahun ni saja nak mengubah selera kata orang tukar tajuk blog ke This Is Big Eyes Blog dan url nya http://azlinamy-bigeyes.blogspot.com. kenapa big eyes tu yer? hehe sebenonya saja nak ambil trademark sendiri iaitu mataku yang besar. actually dalam keluarga belah saya semuanya bermata besar. adik-beradik memang menurun mata besar ni termasuklah anak-anak kami.
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
* bagus sebenarnya berblogging ni sebagai medan untuk meluahkan pendapat, berbincang, berkongsi ilmu, menambahkan kawan-kawan, mengeratkan lagi silaturrahim asalkan masing-masing tahu menjaga tatasusila, jaga penulisan.
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
* nasihat saya, kalau ada niat nak buat blog tu, teruskan jelar. kalau tak mulakan tak tahu macam mana rasanya bila ada blog ni kan. memang best kalau boleh setiap masa nak ngadap blog jer hehe.
-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
* emmm keunikan ek...dari segi penulisan kot. tidak terlalu formal dan tidak juga terlalu santai. sedang-sedang jer kata orang :).
-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
* insya-Allah selagi hayat dikandung badan akan kuteruskan menulis blog ini. impian saya dalam dunia blog ni ialah supaya blog saya ni suatu hari nanti akan memberi impak yang besar dalam dunia blogger ini.
4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..
nak tag siapa yer...
a) nina juliana
b) ayen giggs
c) ena qalinsya (supaya kembali aktif ;-) )
d) fieza79
5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh - ok dah buat
6)Tarikh tutup sampai 3 Januari 2011~
selesai dah menjawab semua soalan...fuhhh menitik-nitik gak peluh nak memikirkan jawapannya :)). kepada yang berminat nak join sama segmen lokman hakim silalah klik kat banner kat atas tu yer.
Lina
4 comments:
huhuhu.. thanks tag saya..
lambat lagi tarikh tutup dia
P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!
Nice story la!suka baca..semoga bhagia dsampng suami n anak2 k!
kalau ada masa jemputlah ziarah rakan2 JOM BERKENALAN kat Blog saya tau!
salam perkenalan saya dari bakal guru SP n Biology~
nice blog!
ayarkkkk!!ko tag aku ek..tima kasih tp malas bebeno aku nak menaip panjang2 weh.. aci tak aku tak wat tp aku aktif kembali memblogging ihiks... dh lama tak berposting, jari jemari pun menjadi kaku huhuhu
Post a Comment