Friday, December 10, 2010

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang


tahun ni buat pertama kalinya namaku tersenarai antara yang kena pergi ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010.  wahhh kena ada arahan baru nak pergi kalau tak buat dunno jer huhu.  apa pun aku memang ikhlas pergi, memang tak ada paksaan yer.  bukan apa bila aku fikir apa salahnya pergi kan bukan rugi apa pun.  kan nak sambut tahun baru.

majlis sambutan tahun ni diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.  tetamu vvipnya sudah tentulah Sultan Pahang.

keberangkatan tiba Sultan Pahang. 

atur caranya simple jer.  majlis mula kira-kira pukul 9.30 pagi sejurus Sultan Pahang tiba.  kemudian ada persembahan sajak dan nasyid.  ucapan oleh Menteri Besar Pahang.  kemudian Sultan Pahang pula berucap.  lepas tu majlis penganugerahan tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang.  last sekali ceramah Maal Hijrah.  tak lama mana pun kira-kira 11.30 pagi dah habis dah majlis.

banyak juga manfaat aku dapat hadir ke majlis ni.  sekarang ni barulah tahu detail sikit pasal Maal Hijrah ni.  kalau tidak cuma tahu Maal Hijrah ni sambutan tahun baru Islam.  tu je lar yang tahu sejarahnya langsung tak tahu...malu jer.  jadi moral of the story kalau kena pergi majlis-majlis macam ni pergilah dengan ikhlas hati yer.

Lina

1 comment:

Ayen Giggs said...

Baguslaa tu,ihiks....