Thursday, December 9, 2010

Reduce, Reuse, Recycle


dah lama sebenarnya nak buat perkara ni tapi selalunya segan  ada halangan :( .  lepas tu kan sekarang ni setiap Sabtu semua pasar raya yang terlibat ada hari tanpa beg plastik tu pun lupa nak bawa beg lain.  entah macam mana masa shopping kat Giant hari minggu lepas nekad taknak guna beg plastik.  terpandang jer beg ni terus sambar 2 dan barang-barang shopping semua letak dalam beg ni.


bila dah berjaya buat memang ada perasaan yang lega lar.  rasa cam best sangat-sangat.  so lepas-lepas ni kena selalu standby beg ni dalam kereta.  senang bila nak singgah pasar raya terus jer bawa beg ni beli barang.

macam mana dengan korang?  korang sokong tak penggunaan non-plastic bag ni?   tak kiralah walaupun bukan pasal beg plastik tapi cerita apa-apa yang korang pernah buat berkaitan dengan cara-cara menjaga alam sekitar.  bolehlah kita kongsi bersama.

Lina

1 comment:

Ayen Giggs said...

Kiterog ni bile kesher tu tanye nak beg plastik x,kiteorg cakap nak.........kuikuikui.