Thursday, December 30, 2010

Malaysia Menang Bola dan 31 Dis Cuti Umum

tahniah kepada team bola Malaysia kerana berjaya memenangi Piala Suzuki AFF.  aku yang duduk menonton kat rumah dengan en khairol pun excited tak senang duduk dibuatnya bila team Indonesia asyik menyerang jer.  bila safee jaring gol pertama tu fuhhh memang lega rasanya.  best betul rasanya sebab dah lama team Malaysia tak menang kejuaraan yang besar-besar ni.

  yang lagi best sebab PM isytihar 31 Disember cuti umum.  wahhh melompat dengar news tu.  bolehlar cuti panjang sebab 3 Januari pun aku mohon cuti sebab nak hantar qistina masuk tadika.  hahaha masuk tadika pun mak bapak ambil cuti ko!  ehhh harus tu cuti sebab nak tengok juga 1st time qistina masuk sekolah walaupun tadika.  anaknya tak kisah pun tapi mak bapaknya pulak yang excited hehe.

oklah korang Selamat Bercuti Umum Esok yer!!!

Lina

4 comments:

- zuriey - said...

yeah! cuti

Anonymous said...

Malaysia menang tu mmng dah ckup bagus. tp hari jumaat cuti tu yg mmng x bgs lngsng. yg istihar cuti ni pn 1. x pk ke dulu. ckp 1 malaysia. kltn terengganu yg mmng dah cuti ari jumaat ni pe cter. bukan negeri ni dlm mlsia jgk ke. ni ke namanya 1 malaysia. heehhh.... ckp x serupa bikin la. biar la smua rase. berat sama di dukung ringan sama di jinjing. bukan aku x sokong 1 malaysia. tp aku x brape nk sokong cara pengendaliannya tu. biarla seperti pepatah di ats tu. 1 malaysia?

Lina said...

zuriey

yeahhhh!!!

Lina said...

anon

emmm...abis en/cik anon nak cuti ari aper...ada bape juta orang rakyat Malaysia ni...bukan senang nak puaskan ati sumer org...klu nak puas ati amik jer cuti sendiri x payah tggu cuti2 umum ni...jg mare arrr ;)

Share |