hari Isnin lepas aku dengan en khairol bercuti. saja jer menyambung cuti sebab hari Selasa tu dah cuti Maal Hijrah kan. so kami plan nak pergi main boling. en khairol suggest ajak sekali Kak Chik yang balik bercuti dari Sarawak. kalau dah ajak Kak Chik kenalar pulak bawa Aiman sebab diorang tu bespren. oh yer kitorang main boling di Megamall.
inilah antara 2 orang anak sedara en khairol, Kak Chik dan Aiman. diorang sebaya yer 13 tahun tapi kalau tengok saiz macam beza umur tu jauh sangat hehe.
aksi Aiman buat balingan
giliran Kak Chik pulak. dua-dua ni sama jer cara baling. kalau sorang tu masuk longkang kiri, yang sorang lagi pulak masuk longkang kanan hehe.
en khairol tengah melayan
orang lain sibuk main yang sorang ni pulak sibuk makan. itu jer cara kalau nak suruh dia duduk diam huhu.
gambar ramai-ramai sebelum nak pergi makan. tengok anak sedara lebih besar dari mak sedara huhu
ni permintaan qistina nak bergambar berdua dengan mama, ambil sendiri pulak tu. abaikan muka aku yang sememeh tak bermekap tu, baru muka suci murni tak gitu haha.
lepas dah penat main boling semua, perut laparlah pulak. so en khairol ajak makan nasi beriani. ni antara restoran nasi beriani yang sedap kat Kuantan selain dari Taj yer. siap qistina nak bergambar lagi dengan signboard restoran hehe.
dah puas main boling, perut dah kenyang semua jadi next destination balik rumahlar. ohhh singgah pulak kat kedai ikan. en khairol nak beli ikan nak ganti ikan-ikan yang dah mati dalam akuarium dia. lepas tu baru balik rumah
Lina
2 comments:
kat mane restoren kamaruddin ni ina?/ mamak ke?//
Nak main x ajak dah kiteorang ni.Lain kali ajaklaa jgn malu2,klu u kalah pun kiteorg x gelaknye,huahuahua....Sedap ke kat situ,rasenye mcm biase je.
Post a Comment