Wednesday, December 15, 2010

Cuti Emergency

semalam aku cuti...cuti emergency.  kenapa kena cuti emergency lak yer?  ok ceritanya begini (wahhh cam panjang jer hehe).  hari Sabtu hari tu dapat berita daripada abang aku yang wife dia merangkap SIL aku la yer admitted kat Hospital Temerloh sebab suspect denggi.  bila check betul-betul kat Hospital Temerloh memang confirm denggi.  masa tu tak dapatlah la nak gi melawat semua sebab dah tau pun dah malam.  kemudian hari Ahad lak en khairol ada kerja.

kemudian malam Isnin mak aku call bagitau yang my SIL aku tu tak berapa sihat lagi.  badan pun lemah dan macam-macam lar.  kalau yang pernah denggi mesti tau kot macam mana rasanya.  so mak aku pun tanya sama ada aku atau en khairol boleh cuti semalam nak pergi melawatlar.  memandangkan en khairol memang setiap hari Selasa dan Rabu tak boleh cuti so aku lar kena pergi.  bukan apa abah aku tak larat nak bawa kereta jadi aku kena ambil alih tugaslah.

pagi-pagi Selasa tu aku hantarlah sms ke bos aku mohon cuti.  nasib baik bos baik hati.  aku bertolak dari Kuantan dalam pukul 9.30 pagi.  kami bertiga jer pergi, aku, mak dan abah.  sampai dalam pukul 11.15 pagi hehe.  slow ek aku bawa hehe...eh hujan sepanjang jalan...nak-nak lagi ikut jalan lama.  kira oklar tu asalkan selamat sampai.  aku singgah terus kat Hospital Temerloh sebab waktu melawat pukul 12 tengahari.  sampai kat situ dapat tau pulak yang anak SIL aku yang sulong, aween pun admitted juga.  dah dua beranak lak duk hospital.  sian kat abang aku la ke hulu ke hilir.  nasib baik mak mertua dia datang bole jagakan dua beradik lagi kat rumah.

lepas dah jenguk my SIL dan aween, kitorang pergi singgah rumah abang aku lak.  bukan apa tak sedap pulak kalau tak singgah.  lagipun mak mertua dia ada dan dah masak makan tengahari lak tu.  rehat-rehat jap kat rumah abang aku, dalam pukul 3.30 petang bertolak balik ke Kuantan.  sampai kat rumah lebih kurang pukul 5.30 petang.

harap-harap my SIL aku dan anak dia aween cepat sembuh.  orang kata kalau kene denggi ni nak pulih sepenuhnya memakan masa.  tak kisahlah lambat recover tapi yang penting dah bebas dari virus denggi tu cukuplah.


Lina


No comments:

Share |