Tuesday, November 30, 2010

Sekelip Mata Kehilangan

tengah layan-layan KOSMO sekali terbaca berita ni.  aku rasa terpana sekejap sebab sekelip mata jer kita kehilangan orang yang kita sayang.  ye lar baru jer hantar ke tempat kerja pas tu tak sampai beberapa minit dapat berita yang dia dah tak ada.  kepada isteri arwah Mohd Helmi tersebut aku ucapkan takziah dan moga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini.

Pokok reput penyebab ajal


Oleh ADHAM SHADAN

adham.shadan@kosmo.com.my



ISTERI Mohd. Helmi melihat mayat suaminya yang mati dihempap batang pokok reput di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, (gambar kecil) mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang.

Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis.

Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut.

Lina

Apa Kes Ni?

blogwalking kat blog lynn terbaca pasal berita kat KOSMO hari ini.  terus cari berita tu dan bila baca memang mendidih teruslah.  aku ni kalau bab mendera anak-anak memang beremosi sikit.  kalau baca memang terus temperature naik.  ada yang upload video pasal maid yang dera anak majikan kat FB tu pun aku tak sanggup nak tengok.

aku malas nak cerita lebih-lebih sebab tengah sentap sangat-sangat kat orang yang tak berperikemanusiaan, pendek akal, biadab dan tak taulah aku nak describe apa kat orang tu.  so kalau nak tau cerita lanjut korang pergilah ke blog mummyshafie ni yer.

Lina

Rapunzel : A Tangled Tale

 

rasa macam nak pergi tengok lar.  nak ajak qistina date lar sambil tengok Rapunzel in 3D ;).

Synopsis: "Rapunzel" is an action-packed, swashbuckling, animated musical comedy about the girl behind 70 feet of magical, golden hair. A princess stolen from her parents' castle as a baby, Rapunzel is locked in a hidden tower longing for adventure. Now an imaginative and determined teenager, she takes off on a hilarious, hair-raising escapade with the help of a dashing bandit. With the secret of her royal heritage hanging in the balance and her captor in pursuit, Rapunzel and her cohort find adventure, heart, humor, and hair... lots of hair.




Lina

Monday, November 29, 2010

Akhirnya Kutemu Dora


akhirnya kutemu jua setelah lama mencari.  qistina dah lama sebut-sebut pasal beg dora ni and dah puas juga aku cari tapi yang banyaknya beg ben 10, barbie dan kartun-kartun lain.  yang gambar dora tak ada pun   (ke aku yang tak nampak atau ada tempat lagi aku tak pergi).  tengah blogwalking terjumpa kat blog casseyboutique.  berakhir dah sudah pencarianku.  sekarang ni aku dah order dan beg ni akan sampai sama ada hujung Disember atau awal Januari 2011.  harap-harap dapatlah qistina pakai untuk masuk ke tadika nanti.

Lina

Friday, November 26, 2010

Nak Tunjuk Je

pokok apakah ini?

 kita kasi close-up sikit.  dapat teka dah pokok apa?  bunganya masa muda kaler hijau tapi bila dah tua kaler kuning.  pas tu dia keluarkan bau yang aaaaaaaamat wangi.  kalau letak dalam kereta tu memang semerbaklah.  best sangat baunya.

tengok banyak lagi tunas-tunas bunga baru nak keluar.

haha saje jer aku nak tunjuk yang aku ada tanam pokok bunga kenanga.  aku amik anak pokok ni kat umah mak aku sebab setiap kali balik umah mak aku mesti aku petik bunga-bunga kenanga ni kat pokok yang sedia ada.  jadi mak aku pun suruh lah aku bawa balik anak pokok tu (motif mak aku mesti kata kalau balik je anak aku ni abis bunga kenanga aku jadi baik aku suruh dia tanam sendiri haha).  idoklah mak aku pikir gitu kan mak huhuhu.

Lina

Melayan Anak-Anak

sebab dah lama tak bawa budak berdua ni mandi kolam so hujung minggu lepas kenalah melayan request qistina.  jadi mamanya ni pun bukalah kolam segera tu (cam mee segera lak).  nak bawa ke kolam betul payah kan jadi kolam segera pun jadilah.  lagipun qistina tak kisah asalkan dia boleh main air banyak-banyak.








memang sampai puaslah diorang mandi.  sampai dah gigil-gigil kesejukan, biru-biru dah bibir haaa nak lagi korang!  mama bagi peluang ni hehe.  biasanya kalau main air ni penat so malamnya dua-dua tidur awal.  senang keje mamanya huhuhu.


Lina

Thursday, November 25, 2010

Cepat Dimasak Sedap Dimakan


malam semalam teringin pulak nak makan maggie.  maggie kari ye puan-puan heheh.  hai pasal masak maggie pun nak masuk blog aper? ohhh sebelum korang speku aku malas masak ke ape  meh aku story skit yer.   kalau nak kira berapa kali aku makan maggie emmm aku rasa sekali untuk setiap 3, 4 bulan.  jadi bila story pasal masak maggie tak semestinya malas masak yer.

ok berbalik pada cerita asal yer, bila dah teringin tu odw balik ke rumah tu suruh en khairol singgah kat LYC kejap sebab nak beli bahan.  kata nak masak maggie jer kan tapi apasal lak nak kena beli bahan lain pulak lagi yer?  ehhh ni bukan nak maggie maggie semata yer tapi nak kasi ummpph lagi tambah lar lagi bahan-bahan.

tu sebab dalam gambar kat atas tu penuh kuali dengan  segala macam mak neka letak.  ada udang, sotong, fishcake, sayur, kentang.  pas tu bila hidang tu tabur daun sup dengan lada potong sikit, letak hirisan limau, tambah pulak dengan telur goreng.  fuhhh habis licin 3 bungkus aku masak penangan kami 3 beranak (amsyar tak termasuk yer sebab makan sikit jer hehe).


Lina

Horeeeee Dah Melepasi Angka 100!!!



memang berbaloi-baloi aku join entry blogger baru kat blog ben ashaari tu.  memang tak rugi langsung.  hari ni bila aku buka blog berderu-deru follower aku bertambah dan sekarang ni dah pun melepasi angka 100!!!

sukanya aku!!! sukanya...sukanya...sukanya!!!  terima kasih ben ashaari sebab buat entry tu dan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan blogger yang telah menjadi follower. 

masih belum terlambat untuk korang yang nak join.  sila klik kat sini.


Lina

Gambar Yang Amat Menakjubkan

A supercell thunderstorm rolls across the Montana prairie at sunset


 
The Serra da Leba Road near Lubango (Huíla, Angola). This is Serra da Leba, a landmark in Angola.


 
Giraffes at Savannah. Unusual perspective shot depicting two giraffes and a tree in Masai Mara, Kenya



cuci mata kejap...tenang-tenangkan mata...bagi mata penyegar buat beberapa ketika.  gambar-gambar di atas adalah antara gambar-gambar penyertaan untuk The 2010 National Geographic Photo Contest.  boleh tengok banyak lagi gambar-gambar penyertaan yang menarik di http://ngm.nationalgeographic.com/ngm/photo-contest/.

Lina

Blogger In Da House : Khas Buat Blogger Baru


dah lama dengar nama ben ashaari ni.  bila blogwalking majoritnya dekat senarai bloglist blogger-blogger mesti ada nama ben ashaari ni.

ok ben ashaari ada buat entry khas buat blogger-blogger baru.  aku ni blogger baru ker hehe.  bolehlah dikatakan baru sebab masih peringkat belajar lagi.  kalau nak turut serta adalah kena buat kerja sikit tapi simple jer kena cerita latar belakang blog kita.

blog This Is Big Eyes Blog ni lebih kepada personal life.  kisah aku sendiri, hubby, anak-anak, saudara-mara.  ada juga pasal kawan-kawan, perkara-perkara yang berlaku kat sekeliling kita, isu semasa, makanan, percutian dan sebagainya.  ada caca-marba la sikit tapi yang tetapnya pasal personal life.

kita buat checklist sikit...

banner dan link back >>>> done
tajuk >>>> done
latar belakang blog >>>> done
 tinggalkan url >>>> done

so, kepada blogger-blogger baru tak rugi turut serta dalam entry khas oleh ben ashaari ni.  memang berbaloi-baloi.  kalau nak tau maklumat lanjut lagi klik jer pada banner kat atas tu.

Wednesday, November 24, 2010

Entry Secoet

hari ni hari ketiga aku bertugas sempena persidangan dewan.  selalunya kalau hari-hari aku bertugas ni memang penatnya lebih daripada biasa.  ye lar asyik dengar tape jer.  bengang juga kepala.  kalau pukul 9 malam tu memang dah mengantuk.

yang bestnya masa bertugas ni tang makan lar.  makan kan di provide jadi tak payah nak pikir-pikir nak pergi makan kat mana semua.  lagi satu boleh tahu perkembangan negeri sendiri.  apa masalah kat daerah-daerah semua.  kenal wakil-wakil rakyat.  macam-macamlah pengetahuan yang dapat.

yang tak bestnya bila balik pejabat sekejap kerja menimbun-nimbun lak menanti.  sebab tak cukup masa tengok mana yang urgent jer.  yang tak berapa urgent bolehlah tunggu esoknya pulak.

oklah malas nak membebel panjang-panjang.  ni sebab nak cuba postkan sehari satu entry.  tu yang jadi entah apa-apa punya entry.


Lina

Tuesday, November 23, 2010

SPM Bermula!!!


hari ni bermulalah peperiksaan SPM.  zaman SPM aku dah 16 tahun berlalu.  memang nervous gilerlah masa nak exam tu.  masa nak tunggu result lagilah bertambah-tambah nervous.  alhamdulillah result aku baguslah juga tapi menyesal juga nape tak study betul-betul kalau tidak lagi bagus hehehe.

SPM taun ni ada 3 orang anak saudara aku yang terlibat.  2 orang kembar anak abang en khairol dan seorang lagi anak pakcik aku.  aku doakan moga diorang bertiga dapat menjawab soalan exam dengan tenang dan lancar.  semoga mereka bertiga mendapat result yang cemerlang nanti.  chaiyok...chaiyok...!!!

Lina

Monday, November 22, 2010

Masa Untuk Blogwalking!!!

entry pendek jer kali ni.  start hari ni aku bertugas sempena persidangan dewan.  jadi selalunya bila bertugas adalah masa sikit nak blogwalking.  kepada kawan-kawan nantikan kunjunganku ke blog kalian yer!!!

Lina

Friday, November 19, 2010

Cerita Raya Haji

raya haji kali ni aku beraya kat umah mak aku.  tak semua adik beradik yang ada.  cuma aku sekeluarga, kak long aku dan adik aku.  juadah hari raya cuma ketupat segera dengan rendang ayam (rendah berkuah actually hehehe) dan kuah lodeh.

pulak tu cuaca mendung dan hujan.  cuma panas sekejap waktu tengahari dan hujan semula petangnya.  korang banyak ke dapat daging korban? alhamdulillah rumah mak aku dapatlah juga sebab ayah aku ajk surau.  en khairol pulak pergi tolong member ofis dia yang buat korban.  jadi bawalah balik sorang sikit daging. 

tak ada apa-apa aktiviti sebenarnya hari raya tu.  makan, tengok tv, tidur gitulah seharian.  malamnya barulah aku keluar ke rumah mertua aku.  mertua aku lagilah beraya berdua jer. 

eh korang tengok tak drama kat tv3 ke tv9 tak ingatlah pulak.  tajuknya sebening keringat lakonan Norlia Ghani.  sedih ek cerita tu, aku jadi sakit hati sakit dada tengok.  separuh cerita aku tinggal jap, pastu dah dekat nak abis baru aku sambung tengok semula.  selalu kan drama-drama masa raya ni sedih-sedih belaka.  memanglar bagus untuk pengajaran kan tapi buatlah juga yang happy sikit taklah sebak sangat dada ni.

oh yer 18hb aku keje tapi  19hb aku cuti semula hehehe.  bukan apa cuti sebab nak survey taska @ tadika untuk qistina.  tahun depan kan dia dah 5 tahun so ada baiknya aku mula hantar dia sekolah.  harap-harap dapatlah jumpa yang aku berkenan.



Lina

Thursday, November 18, 2010

Menarik, Tertarik, Kau Memang D'bomb!

diriku telah terpikat kepada cik pinky C3.  ohhh tiadakah sesiapa yang bermurah hati nak hadiahkan kepada daku huhuhu (en khairol anda pahamkan kuikuikui).  emmm nampaknya kene bekerja keras ni hehehe tettttttttttttt!!!


Lina

Kursus Home Deco


baru-baru ni aku berpeluang mengikuti kursus anjuran Puspanita Negeri Pahang dengan kerjasama SSF Home Deco Kuantan.  kursus tu berlangsung selama setengah hari saja.  antara yang diajar seperti cara-cara membuat riben yang selalunya dihias pada hantaran dan cara-cara menggubah bunga.  sebelum tu pegawai pemasaran SSF dari KL telah menceritakan serba sedikit sejarah SSF.


cara-cara membuat riben. aku ada rakam video part cara-cara buat riben ni nanti aku upload yer.


cara-cara menggubah bunga.  tengok orang gubah bunga senang jer.  cucuk sana cucuk sini dah siap.  ye lar tangan orang seni lain.  kalau aku lar yang 'kerastangan' ni lunyai span tu dibuatnya.


habis kursus kami diberi seorang satu door gift.  cantik lar kaler pembalut dengan riben tu kan...purple.

inilah dia door giftnya.  memang cantik siap dengan riben lagi.

Lina

Wednesday, November 17, 2010

Mr McDonal Yang Cool

adusss ini anak sapelar yang duk atas riba aku ni.  mentang-mentang lar aku duduk tak bergerak-gerak atas kerusi ni ko sedap-sedap jer ye.  eh...eh...nak amik gambar yer ok cheeseeeeeeeee!!!

alamak tambah lagi sorang lak.  nasib baik korang berdua ni comel, cantik, cute, encem (wahahaha ayat tak bole blah).  takper...takper...aku kasi can...senyum...senyum...

eh tak turun-turun lagi diorang ni tak puas-puas lagi ker bergambar...kedai aku dah tutup dah ni balik la woiiii!!!

fuhhh sorang dah turun tinggal sorang lagi ni pulak

alamak...naik semula ker!  tolong! tolong! janganlar tutup mata aku ni tak nampak lar tapi senyum tetap senyum...sape lar mak bapak budak-budak ni cepatlar sikit ambil diorang ni bawa balik huhuhu.

hahahaha ini masa aku bawa qistina makan pizza kat megamall.  request orang demam.  budak-budak sekarang ni demam bukan tak ada selera makan tapi selera bertambah-tambah pulak.  masa tu dah pukul 10 malam dah kedai dah tutup kebanyakannya.   terima kasih yer 'mr mcdonald' sebab merelakan diri bergambar dengan diorang kuikuikui.


Lina

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha


esok nak sambut raya haji kan.  aku ni every year sama jer tak kisah pun nak nyambut kat mana sebab kampung kat Kuantan jer.  hari Khamis kerja pas tu hari Jumaat cuti semula hehe.  so di kesempatan ni aku pun nak mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2010

KEPADA SEMUA

RAKAN-RAKAN


Lina

Ole-ole Dari Cameron Highlands


baru-baru ni ada beberapa orang member ofis pergi berkursus kat Cameron Highlands.  dapatlah aku ole-ole keychain strawberry dengan strawberry kering.  kepada member ofis aku tu, Juliana, terima kasihlah banyak-banyak sebab ingat juga kat member-member kat ofis ni.  oh yer, member aku ni pun baru berjinak-jinak dengan alam blogger ni.  so, korang kalau nak berkenal-kenalan bolehlah pergi ke blog Juliana  ni.  sama-samalah kita support dia yer.

Lina

Panggilan Haji

panggilan haji...telah tiba lagi...pada bulan oktober lepas aku dan en khairol bawa mertua aku hantar maklong en khairol nak pergi haji.  kami hantar sampai ke Tabung Haji Kelana Jaya.

budak yang kena bangun pagi

kami bertolak dari Kuantan kira-kira pukul 10.30 pagi berkonvoi bersama-sama dengan anak-anak maklong.  kami terus ke Puchong dulu sebab singgah kat rumah salah seorang anak maklong.  dari Puchong nanti baru ke Kelana Jaya.  lambat jugalah sampai kat Puchong kira-kira pukul 4.30 petang sebab banyak menyinggah.  ye lar masing-masing bawa anak kecil.

kira-kira pukul 6.30 petang baru bertolak ke Kelana Jaya.  kat Kelana Jaya tu dah tentulah sesak sebab dah ramai orang.  ada yang dari pagi dah ada kat situ.

muka amsyar dah kelat jer sebab tak dapat berlari-larian.

kami ni pun dah penat sebenarnya.  ni sementara nak menunggu maklong masuk ke kompleks pukul 9.00 malam.

anak-beranak maklong

masa ni Tuhan jer yang tau betapa penatnya

masa menunggu sempat lagi en khairol buka akaun Tabung Haji.  ye lar tengah promosi serendah RM2 je untuk buka akaun baik tak lepaskan peluang kan.  aku dan anak-anak semua dah ada tinggal ayahnya jer takde lagi akaun hehe.

dah tiba masa nak masuk ke kompleks.  masa ni tengah sedih-sedih juga masing-masing.

dalam pukul 9 lebih dah selesai semua kami terus bertolak balik ke Kuantan malam tu juga.  sampai rumah pukul 2 pagi.  nasib baik dah standby mohon cuti esok tu.  alhamdulillah semua dah selamat.  moga maklong selamat pergi dan selamat pulang semula ke Malaysia dan semoga mendapat haji yang mabrur insya-Allah.



Lina

Monday, November 15, 2010

Tasik Gambang

dalam entry agenda cuti 3 hari tu ada aku cerita pasal en khairol survey tempat memancing yang baru kan.  ok ni nak ceritalah pasal Tasik Gambang ni.  tasik ni senang nak cari sebab tepi jalan jer.  kalau keluar dari exit Gambang, tasik tu sebelah kiri jer.  keluar dari simpang tol Gambang tu memang nampak dah.  kalau dari arah Kuantan of courselah sebelah kanan.  sebenarnya tasik ni baru je lagi dijadikan tempat memancing.  dalam bulan Oktober kalau tak silap.

masa mula-mula sampai amsyar tengah tidur jadi en khairol dengan anak dara dia jer keluar.  bila dia bangun terus aku bawa keluar.

ini kat area gerai makan

kelihatan jeti yang terdapat kat tasik tersebut.  payung-payung tu semua untuk orang yang memancing.  masa kami singgah tu memang ramai orang memancing.

luas juga tasik ni




kebetulan masa pergi tu ada seorang pemancing tu dapat 2 ekor ikan yang besar giler.  tak taulah apa nama ikan ni.  yang seekor tu ikan keli rasanya adalah panjang qistina.  itu yang ketar kepala en khairol nak mancing kat situ.
kepada pemancing-pemancing tegar bolehlah pergi cuba memancing kat Tasik Gambang ni.  bayarannya macam dalam gambar kat atas yer. en khairol dah 2 kali dah cuba mancing kat situ tapi tak dapat apa-apa pun.  salah tuntut ilmu kot hahaha.

Lina
Share |