balik dari program Puspanita tu 2 hari je aku ada kat rumah pas tu berjalan lagi hehe. ke mana ye destinasinya? kali ni aku ke Langkawi yang dianjurkan oleh kelab jabatan aku. sponsor ke? ehhhh mana ada kene bayo juga. kalau diikutkan ini kali kedua aku pergi Langkawi. 1st time dulu aku pergi tahun 2003 yang penuh dengan kenangan manis. nanti-nanti pergi lagi tapi dengan anak-anak pulak sebab mesti juga. sebab apa ye? ada kene mengena la dengan kenangan manis tahun 2003 tu hehe.
kami pergi selama 4 hari 2 malam dengan menaiki bas jabatan. kami bertolak lebih kurang pukul 9 malam hari Jumaat. sebab bertolak malam dalam bas aku tidur je lar. kalau berhenti mana-mana barulah terjaga kalau nak pergi tandas ke apa. sampai di jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 8.30 pagi. kalau ada sapa nak mandi, bole mandi, nak basuh muka ke, gosok gigi ke. sebelum naik feri pukul 10.30 pagi pergi sarapan dulu.
sampai kat jeti Pulau Langkawi dalam pukul 11.00 pagi. tempat pertama pergi of course lah Dataran Lang. kalau tak singgah sini memang tak sahlah namanya pergi Langkawi.
baru aku perasan cantik pemandangan langit kat dalam gambar ni hehe.
lepas pergi Dataran Lang pergi Kilang Gamat pulak. kat sini banyaklah juga aku memborong. selain nak pakai sendiri juga nak bagi ke famili dan kawan-kawan.
dari Kilang Gamat kami bergerak ke Underwater World. aku tak masuklah sebab masa 1st time aku pergi Langkawi tahun 2003 aku dah masuk. lagipun masa singkat sangat kat situ, tak berbaloi dengan harga tiket yang kita bayar. dari Underwater World barulah bergerak ke hotel untuk check-in. kami menginap di Hotel Grand Continental. Dulu pun aku menginap kat situ juga. lepas check-in aku turun bawah semula sebab nak pergi soru, tak lunch lagi memang lapar giler la waktu tu.
ada pulak member ajak join sewa kereta. kira-kira kami ada 7 orang bolehlah nak sewa van ke kan. kami putuskan untuk sewa 1 hari je lar bermula petang tu sampai petang keesokannya. dapatlah merasa naik Serena kat sana. malam tu kami keluar pergi ke Idaman Suri. ala tempat yang terkenal kalau nak beli set pinggan mangkuk tu. yang kelakarnya mula-mula sesat tak dapat cari. tak taulah pulak Idaman Suri dah pindah dan ada bangunan sendiri. tanya punya tanya barulah dapat cari. aku tak shopping apa pun kat situ sebab memang tak bajet nak beli pinggan mangkuk.
hari kedua pula sebelah paginya kami buat lawatan ke Pejabat Pembangunan Langkawi. lepas tu acara sendiri la masing-masing. kami decide pergi ke Makam Mahsuri. kat sini pun tak masuk sebab aku dah masuk dulu. lepas tu pergi ke Langkawi Cable Car sebab rasanya rugi pergi Langkawi kalau tak naik kereta cable.
wahhh giler ko ketar lutut aku duduk dalam kereta kabel tu. masa nak sampai ke pelantar pertama tu curam giler. tak sanggup rasanya nak tengok ke bawah. oleh sebab kat pelantar pertama masing-masing dah turun jadi kat pelantar yang atas sekali yang macam dalam gambar ni kami cuma pusing jer pas tu terus turun semula. lagipun kami tengok cuaca macam mendung je nak hujan. memang betul pun bila kami sampai je kat bawah terus hujan.
dari Langkawi Cable Car kami pergi pula ke Padang Mat Sirat. shopping souvenir sikit kat situ lepas tu terus ke bandar Kuah semula. masa ni memang shopping habis-habisanlah. aku cuma borong coklat jer dengan souvenir.
malamnya sebab kereta dah dipulangkan jadi cuma jalan-jalan kat kedai-kedai dekat dengan hotel je lar. esok pagi lepas breakfast terus check-out dan bergerak ke jeti. sampai kat jeti Kuala Perlis dalam pukul 10 pagi. tak terus balik Kuantan lagi tu...pergi pula ke Pengkalan Kubur. shopping lagi kat situ. lepas tu terus balik ke Kuantan dan sampai pukul 4.30 pagi.
memang seronok jalan-jalan ke Langkawi ni. itupun ada lagi tempat yang aku tak pergi lagi. lain kali kalau ada rezeki nak island hoping la pulak.
Lina
6 comments:
wahh...seme tempat dah gi...
6 tahun lepas..wahahahaha!!
sonoknya na ..jalan2..
iamme
emmm 6 taun lepas???
atty
ms jln2 mmg best kak ty tp bile dah balik tu mengidap lak hehe
rombongan skolah..haha
Seronoknye die.....Jalanlaa kamu sebelum kamu dijalankan,huahuahua....
Post a Comment