Wednesday, October 13, 2010

Tasik Chini The Legend

ada satu hari minggu tu aku dan en khairol boring sangat duk kat rumah.  nak berjalan tak tau nak pergi mana.  then aku saja-saja suggest kat en khairol ajak pergi Tasik Chini.  en khairol pun ok jer.

macam mana lar rupanya Tasik Chini sekarang ni kan?  1st time aku pergi dulu masa study kat ITM Jengka dengan group Kelab Kembara dan Rekreasi.  tak salah aku tahun 1997.  dah lama giler tu.  nanti kalau ada orang luar tanya pasal Tasik Chini mulalar tergagap-gagap nak menjawab.  nama jer orang Pahang, duk kat Kuantan tapi pergi Tasik Chini pun tak pernah.  malu koi nanti hehe.

nak pergi Tasik Chini ni ada beberapa jalan sebenarnya.  kami ikut jalan dari Pekan...keluar kat highway Kuantan-Segamat terus masuk simpang ke Tasik Chini.  ikut tepi sungai Pahang lar kiranya.

sampai kat Tasik Chini terus jalan-jalan dan ambil gambar.  masa pergi tu resort kat situ, Lake Chini Resort tengah renovation


jeti ni pun tengah renovate untuk menggantikan jeti bot yang lama


kami bertiga yang serba merah


muka budak yang baru bangun tidur

sempat en khairol ambil gambar bot ni.  masa ni tasik tak berapa cantik sebab tak banyak bunga teratai yang tengah berkembang

ni kat kafe tengah tunggu minuman

Qistina makan banana split tapi tak ada pisang bole gitewww!!!


ini kat beranda mengadap ke tasik.  memang cantik viewnya.

kalau sapa-sapa yang nak honeymoon ke atau nak tempat untuk menenangkan fikiran yang tengah serabut ker stress ker aku suggest pergilah Tasik Chini ni.  memang tempatnya cantik, tenang dan simple.  kalau yang suka hiburan tu rasanya tak payahlah sebab tempat ni sunyi kang mati kutu lak duk kat situ.

Lina

2 comments:

Ena Qalinsya said...

rajin tol ko jenjalan kan.. dengki plak ase huhuhu

Lina said...

ena

meh kita g jln2 nak...ko jln umah aku aku jln umah ko hehehe