inilah antara agenda masa cuti 3 hari yang lepas, jalan-jalan sambil bagi makan ikan kat Taman Bandar. sebenarnya telah disebut-sebut oleh qistina 2, 3 minggu sebelum tu tapi tak ada masa nak pergi. jadi hari Sabtu lepas cepat-cepat ajak en khairol pergi supaya tak diungkit lagi oleh anak dara tu hehe.
qistina dah tak sabar-sabar nak bagi makan ikan
amsyar suka sangat lar nak-nak lagi dah dapat kaki ni
2 wajah kesayangan hamba
aksi qistina membaling roti
pandai pulak amsyar peluk kaki en khairol...takut juga dia terus terjah ke air
mula-mula kat tempat pertama yang bagi makan tu ikan tak berapa meriah sebab ada ikan-ikan kecik jer
lepas tu en khairol pun ajak pergi ke jeti...wahhh kat sini barular best bagi makan sebab ikan-ikannya besar-besar dan banyak
ada seekor ikan keli tu memang besar...aku rasa panjangnya lebih kurang amsyar
ralit anak-anak aku tengok ikan-ikan tu
dah habis roti sebungkus bagi makan ikan-ikan tu qistina apa lagi tengok ada taman permainan nak mainlah dia
tapi bagi main sekejap jer sebab ramai sangat budak...lagipun takut berlaga sesama sendiri sebab ada yang main tak ikut peraturan...naik ikut bawah gelungsur...kalau gelungsur yang bertutup macam gambar tu mana nak nampak budak yang tengah gelungsur kan...baik beringat sebelum kena.
Lina
1 comment:
best aktiviti mcm ni...santai je..
Post a Comment