sempena dengan musim durian hari tu, ofis aku ada buat satu program memancing dan makan durian di Taman Pertanian di Bandar Indera Mahkota. en khairol of course la suka dah kata pemancing tegar kan.
pagi-pagi hari lagi kami dah keluar dari rumah dengan segala bekalan untuk anak-anak. sampai kat sana dah ada seorang ofismate dengan familinya dah memancing. en khairol pun tak melengahkan masa terus la keluarkan pancingnya sebab tengok ofismate aku dah berapa kali dapat ikan.
muka budak yang kene kejut pagi-pagi
inilah ofismate aku yang datang paling awal tu. tengok tu siap letak ikan dalam beg hehehe.
ada juga rezeki en khairol.
masa ni dah semakin ramai yang datang
anak dara ni suka je apa aktiviti en khairol
en khairol tengah tolong naikkan ikan patin yang ofismate aku dapat
ikan terbesar dan terberat dinaikkan pada hari tu, ikan patin. ofismate aku yang baju putih tu dapat. yang lain-lain tu saja je nak tumpang sekaki bergambar.
lepas dah penat memancing apa lagi makan durian time lar.
memang sabotaj time ambil gambar aku jadi gelap lak. takpe tak adalah nampak sangat kegelojohan kitorang kan hahaha.
Lina
2 comments:
I nak g mancing kat kenyir,23-25/10...naik houseboat.Nak brape kilo ikan?..hehehe....
ayen
eh ye ker cam best jer nak join bole
Post a Comment