orang gomen mesti tau kalau sebut pasal Puspanita ni. aku ni nak kata aktif sangat pun tak lah juga tapi
kadang-kadang ada juga aku ikut aktiviti yang diadakan terutama yang aku minat lar. dalam bulan Jun lepas aku ada pergi program yang dianjurkan oleh Puspanita Kebangsaan. kiranya aku ni antara wakil dari Puspanita Negeri Pahang lar. Programnya Puspanita Pelopor Misi Hijau yang diadakan di De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. sebenarnya aku ni lebih nak berjalan jer hehe ye lar dah lama tak jejak kaki kat Putrajaya ni lagipun pergi dengan member-member seronoknya lain sikit kan.
kami bertolak sehari sebelum program. malam tu menginap di Chalet Teras Jernang kat Bangi. Chalet ni macam homestay la juga. ok juga, harga berpatutan. oklah pada siapa-siapa yang berbajet sederhana. lagipun biliknya ok, tempatnya bersih, kemudahan memang baguslah.
sebahagian ahli-ahli rombongan sebelum bertolak ke Puspanitapuri
sebelum masuk ke dewan
bergambar kenangan di De'Seri Endon
antara bekas pengerusi Puspanita Kebangsaan
gambar bekas-bekas penaung Puspanita
bergambar kenangan dengan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dan isteri
ucapan perasmian oleh KSN
rumah hydrophonic
antara gerai-gerai yang ada
tanaman hydrophonic
rimbun kan pegaga ni...geram jer rasa nak bawa balik
penerangan cara menanam dalam plastik
cara-cara membuat baja daripada bahan-bahan buangan
tanaman hydroculture...dalam balang tu ada ikan tau
subur kan ulam raja tu
masing-masing bawa balik sorang satu bekas hydrophonic tu
sesi penerangan cara-cara menanam menggunakan hydrophonic
ni dah masa nak balik, sementara menunggu bas kita snap la dulu sekeping dua kan
Lina
2 comments:
dekat dah na..ngn umah kty .teras jernang tuh .
atty
la ye ke klu tau bole jumpa-jumpaan hehe
Post a Comment