Sunday, October 3, 2010

Mencandat Sotong Sambil Memancing

entry-entry tertunggak aku ni tak ikut turutan ye kawan-kawan.  tak ikut dah mana yang dulu mana yang kemudian aku ikut dan je ni.  mana yang belum aku cerita aku post je kat sini. 

ni nak cerita pulak trip aku pergi mencandat sotong kat perairan Dungun.  ofis aku lar buat trip ni untuk siapa yang berminat.  pulak tu boleh bawa suami ke isteri ke atau ahli keluarga yang berminat.  aku apa lagi cakap je kat en khairol terus setuju.  kami sewa 2 buah bot. satu bot lebih kurang 10 ke 12 orang boleh naik.

kami berkonvoi dari ofis dalam pukul 2.00 petang.  sampai kat Dungun dalam pukul 4 petang.  berjalan-jalan dulu, makan-makan, berehat lepas maghrib baru naik bot ke laut.


inilah bot-bot yang kami naiki

en khairol tengah mengeluarkan barang-barang mancingnya.  pakcik tu pulak tengah buat candat.

masing-masing tengah senyum suka je masa ni

lampu-lampu kat belakang tu lampu jambatan Dungun

sotong pertama yang berjaya dibawa naik tapi bukan akulah yang dapat orang lain yang dapat

antara hasil laut yang berjaya dinaikkan

ini hasil pancingan en khairol

ini sotong member ofis aku yang dapat

suasana pagi di tengah laut...masa ni kami dalam perjalanan nak balik ke jeti

ohhh ini bukan gambar bot kami ye ini bot yang baru balik dari laut bersama hasil tangkapan

hasil tangkapan bot yang satu lagi

inilah hasilnya sotong-sotong yang berjaya dicandat

macam-macam jenis ikan ada

"mana sotong yang ko dapat Lina oiiii asyik gambo yang orang lain dapat jer" hahaha alaa kalau orang lain dapat kira aku dapat la tu.

malu nak cerita tapi aku dari awal sampai balik satu sotong pun tak dapat... nan adooo...aku tak taulah sotong-sotong tak berminat langsung kat candat aku.  jadi kerja aku ambil gambo...sorak ke orang yang dapat...bila rasa cam nak mabuk-mabuk sikit aku tidur...pas tu bangun tengok orang memancing...ambil gambo...sorak ke orang yang dapat...bila rasa cam nak mabuk tidur...bangun balik...bla bla bla...gitulah seterusnya hehe.

"abis tu ngabihkan boreh je lar ko ngikut" aishhh abihkan boreh apa laki den kan ada...tumpang tuah laki den je lar kuikuikui.

Lina

2 comments:

shamsulkamar said...

best arr nkorang gi mencandat sotong/mancing...lain kali kalau nkorang gi, aku nak join leh tak?

Lina said...

shamsulkamar

mmg best cc...ohhh nak join itu bole diatur