18 Oktober 2010 yang lepas secara rasminya my bos bertukar dan diganti dengan bos yang baru. memang rezeki beliau bertukar untuk mengetuai satu daerah yang terkenal dengan udang galahnya. kebetulan pula pada tarikh tu aku tak ada sebab berkursus. kesian lak pada bos aku mengemas barang-barang dia. dah memang rezeki juga beliau telah dianugerahkan pingat yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Pahang sempena hari keputeraan baginda pada 24 Oktober 2010.
sejak 8 tahun aku kerja di ofis ni, aku dah bekerja dengan 5 orang bos termasuk bos yang baru ni. dah bermacam-macam kerenah bos dah aku handle. alhamdulillah setakat ni dah memang rezeki aku setiap bos yang aku bekerja tu memang baik.
jadi pada 20 Oktober 2010 satu jamuan perpisahan telah diadakan dan juga bagi mengalu-alukan kedatangan bos baru. rasa sebak juga di dada ye lar dekat 3 tahun juga aku bekerja dengan beliau. alhamdulillah selama bekerjasama tidak pernah beliau meninggikan suara.
kepada beliau aku ucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan juga selamat menunaikan fardhu haji di Mekah. kepada bos baru pula yang juga mendapat anugerah yang sama selamat datang dan moga kita dapat bekerjasama dengan baik dalam menjalankan tugas-tugas seharian.
Lina
1 comment:
Salam....Kak ina...Dato' Syed jd DO Rompin ker???? huhuhuhu...abih tu saper bos baru???
Post a Comment