Wednesday, October 13, 2010

Empangan Chereh

masih lagi dengan entry tertunggak yang tak habis-habis lagi.  ni nak cerita pula pasal pertandingan memancing di Empangan Chereh yang terletak di Sungai Lembing.  empangan ni boleh dikatakan baru lagi dan dibina untuk membekalkan air untuk penduduk Kuantan.   aku antara yang bertuah sebab
berpeluang masuk ke empangan ni.


 macam mana pulak aku boleh terlibat sama yer?  sebenarnya en khairol telah dilantik sebagai urus setia bersama beberapa orang lagilah rakannya.  jadi dia pun ajaklah aku sama. emmm...memang tak boleh berenggang langsung dengan bininya ni hehe (sila jangan muntah yer korang).  lagipun pihak urus setia ni akan masuk sehari lebih awal.  jadi bolehlah kalau nak tangkap ikan dulu.

 kami bertolak masuk hari Jumaat petang.  oh ye nak masuk ke empangan ni kene naik 4 wheel drive sebab sekerat jalan je jalan tar, selebihnya jalan berbatu.  so, kereta ditinggalkan kat pejabat dan terus naik 4 wheel drive ke sana.  sampai kat empangan dah lewat petang, nasib baik en khairol dah pesan kat budak yang jaga empangan tu untuk carikan dulu ikan untuk lauk malam nanti.  di empangan tu kami bermalam di rumah yang sebenarnya untuk staf Badan Kawal Selia Air kalau masuk situ untuk buat kerja.  besar rumah tu ada 4 bilik, ada dapur semua.


inilah hasil tangkapan budak tu dan telah dimasak oleh kami seperti di bawah ini
v
v
v
v
v
v
v
lauk kami malam tu. 

lepas makan semua masing-masing pun bawalah keluar joran sorang satu nak memancing la katakan.  aku pun ikut sama lar tapi sampai ke sudah tak dapat sekor pun ikan. last-last balik rumah tidur sebab esoknya nak bangun kan.

tengok tu ikan bukan main banyak tapi malam tu bila mancing tak dapat pun padahal kat situlah kami letak joran.

pagi esoknya mulai 7.30 pagi peserta-peserta memancing mulai sampai.  pihak urus setia dah standby 4 wheel drive kat luar untuk bawa diorang masuk.

lepas pendaftaran, sarapan semua kira-kira pukul 9.00 pagi bermulalah pertandingan.

sementara diorang memancing ada upacara melepaskan anak-anak ikan.  aku pun menyibuk sama. konon-konon YB lah tu yer.

nilah antara urus setia perempuan.

para peserta memancing

antara ikan-ikan yang dapat ditangkap oleh peserta setelah ditimbang.

pertandingan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengahari.  sebelum menunggu keputusan para peserta makan tengahari dulu.

ucapan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan sebelum majlis menyerahkan hadiah kepada pemenang.

pihak urus setia bergambar kenangan bersama YB. SUK


aku dan en khairol pun bergambar kenangan juga.  ye lar bukan senang nak masuk empangan ni.  dah kata kawasan larangan kan.  lepas ni rasanya takde peluang dah kot.

Lina

No comments:

Share |