Wednesday, October 13, 2010

Cute Little Muslim & Muslimah Contest


tengah-tengah blogwalking terjumpa lak contest Cute Little Muslim & Muslimah Contest.  rasa macam nak je join sebab gambar pun ada.  tak kisah pun menang ke tak yang penting penyertaan kan.

seperti biasa kalau ada contest mesti ada syarat-syarat kan.  ok info dan syarat-syarat contest seperti di bawah ni yer.

Info Contest:


Tempoh contest adalah selama 1 bulan iaitu dari 20 September 2010 hingga 20 October 2010.

Contest akan ditutup pada 20 October 2010 tepat jam 2.00 pm.

 
Insya'Allah 3 pemenang akan dipilih bagi setiap kategori.

 
Contest terbahagi kepada 4 kategori:

 
1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)

1B - Little Muslimah (1 hari - 3 tahun)

 
2A - Little Muslim (3 tahun - 6 tahun)

2B - Little Muslimah (3 tahun - 6 tahun)

 
Syarat-syarat contest:

Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan anak/adik/anak saudara kandung yang berusia 1 hari hingga 6 tahun.

Warganegara Malaysia (Warganegara Malaysia yang stay kat luar negara pun boleh join ye, tapi nanti kalau menang, kena bagi alamat Malaysia la...)

Apa perlu kalian buat?

Add blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas di bloglist/blogroll blog kalian dan pastikan ada link back.

Wajib menjadi follower kedua-dua blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas.

Buat satu entry di blog kalian tentang contest ini dan hanya tajuk CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST sahaja diterima.

Letakkan banner contest di entry dan sidebar blog kalian dan pastikan ada link back ke entry ini. (Penyertaan terbatal sekiranya tiada link back)

Upload HANYA SEKEPING gambar anak/adik/anak saudara yang berpakaian baju melayu/jubah lengkap dengan songkok/kopiah (bagi lelaki) dan baju kurung/jubah lengkap dengan tudung litup (bagi perempuan).

Kalau peserta lebih dari seorang, boleh upload gambar dalam satu entry dan nyatakan di entry ya.

Nyatakan NAMA,UMUR,TARIKH LAHIR, KATEGORI dan HARAPAN kalian terhadap Little Muslim & Muslimah kalian.

Tag rakan2 untuk join contest ini.

Tinggalkan komen dan link entry contest kalian di entry ini sahaja.

 
Tambahan syarat contest:
Update 25 Sept 2010 @ 10.25 p.m

bagi kanak2 perempuan, gambar yang bertelekung pun diterima.

gambar yang nampak tudung saja pun acceptable asalkan kanak2 perempuan memakai pakaian yang menutup aurat la. (x aci pakai skirt tp pakai tudung kan?)

bagi kanak2 lelaki, pakai kemeja, seluar panjang & kopiah pun dah ok. pendek kata nak bagi nampak imej muslim/ah je....

ok ini penyertaan daripada saya yer, my cutey big eyes, amsyar.


Nama : Amsyar Iqbal bin Khairol Hamdan

Umur : 1 tahun 2 bulan

Tarikh Lahir : 5 Ogos 2009

Kategori : 1A (Little Muslim)

Harapan : Mama doakan dan amat berharap supaya Amsyar Iqbal akan menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada ibu bapa juga kepada agama Islam.  Semoga Amsyar membesar dengan sihat dan sempurna, berjaya dalam pelajaran dan apa jua jalan yang dipilih.  Mama juga berharap Amsyar sentiasa menghormati ibu bapa, orang-orang tua, rakan-rakan, masyarakat dan juga undang-undang negara.
baiklah kalau ada rakan-rakan yang berminat nak join contest ni boleh klik kat sini yer >>>>Cute Little Muslim & Muslimah Contest<<<< ...jomlah ramai-ramai lagipun lambat lagi tarikh akhirnya.  ada lebih kurang seminggu je lagi. 

Lina

3 comments:

Unknown said...

nak masuk gak la hhehehe

Lina said...

ena

jom ramai2 masuk

Ummi Shira (AshAnas) said...

wah, mmg besar mata amsyar... hai, sy dtg terjah entry contest... sume lengkap n lulus... thanks ya sudi join... good luck utk amsyar!

Share |