Thursday, October 14, 2010

Berhenti Kerja!!! Anda Sanggup?

apa pendapat korang dengan isteri-isteri yang bekerja berhenti kerja untuk menjadi surirumah sepenuh masa?  aku suarakan kat sini bukan sebab aku ada niat nak berhenti tapi tu lar saja jer nak tanya pendapat orang. 

bukan apa semalam masa aku pergi lunch dengan en khairol terserempak la pulak dengan my ex-officer with his family.  alang-alang makan kat tempat yang sama jadi kami duduklah di meja yang sama.  dia ni salah seorang officer yang amat sporting kiranya memang seronoklah masa dia jadi officer aku dulu.  wife dia pun baik, merendah diri dan lemah-lembut.

apa yang aku kagum wife dia ni sanggup berhenti kerja walaupun berjawatan tinggi semata-mata untuk kepentingan keluarga.  sekarang ni dia buat handmade gelang mengikut tempahan.  sambil-sambil tu sekarang ni tengah sibuk cari rumah untuk buka taska.  aku pun ada bagi cadangan juga taman-taman perumahan yang baru buka sekarang ni.  kat Kuantan sekarang ni kan tengah pesat membangun.  nak-nak lagi taman perumahan.  macam cendawan tumbuh lepas hujan lak.

wife ex-officer aku ni terasa juga bila dah berhenti ni sebab kalau kerja setiap bulan gaji masuk tapi bila dah berhenti tak adalah cuma harap income daripada tempahan gelang tu lar.  banyak sebabnya yang membuatkan wanita-wanita seperti kita ni berhenti kerja.  antaranya sebab anak.  ye lar sekarang ni payah nak cari orang untuk mengasuh anak.  kalau nasib kita baik dapatlah pengasuh yang bagus tapi kalau nasib tak baik jadilah seperti kes penderaanlah, baby mati tercekik susulah dan macam-macam lagi.

pulak tu kalau kat bandar-bandar besar bayaran yang diambil untuk seorang anak ada mencecah RM300.  kalau dah 3, 4 orang anak macam mana? tak ke dah RM1000 untuk tu saja.  belum lagi masuk belanja lain. 
kalau nak ambil orang gaji pun sama juga.  ikut nasiblah kalau dapat yang ok baguslah tapi kalau sebaliknya tak ke haru.  dahlah bayar beribu untuk ambil diorang kan.

lagi satu alternatifnya minta mak ayah jaga.  seboleh-bolehnya memanglah taknak bagi mak ayah jaga kan sebab ye lar diorang dah tua takkan nak bebankan lagi diorang kan.  kalau diorang yang offer diri nak jaga tu lain ceritalah tapi kalau boleh taknak menyusahkan. 

sebenarnya aku dulu pun pernah terfikir juga nak berhenti sebab nak jaga anak kan tapi mengenangkan kita ni hutang banyak lagi.  kalau dah berhenti nanti mana nak cekau duit.  dahlah gaji pun ciput, hutang lak banyak.  kalau kita ni berblogging dah sampai tahap redmummy tu bole la juga kan nak berhenti.

emmm...apa pun berhenti kerja ni banyak pro dan kontranya.  bagi akulah kalau tak ada kesulitan sangat pasal anak dan sebagainya tak payahlah berhenti.  kerjalah selagi boleh sebab kita tak tau kan apa akan jadi masa akan datang.  bukan kita nak minta tapi lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal nanti.  melainkan kalau kita dah pendapatan lain yang boleh kita bergantung, dah stabil dan kukuh bolehlah dipertimbangkan untuk berhenti kerja tu.

Lina

4 comments:

Unknown said...

kalo si suami mampu sara kita dan anak2, no hal pun benti.. tp sara yg sempurna la..jgn sara setakat yg mampu n ikat prot, takmo r huhuhuu

Ibu Qisha said...

it was not an easy decision to make...mcm tila berenti kerja utk tumpukan perhatian pada anak..lepas tender tu rasa takut pun ada..takut tak boleh survive..sayang pun ada..yelah gaji bukan sikit dan dah biasa ada duit sendiri...tapi fikirkan anak2...berenti juga...alhamdulillah dan setahun...buat bisness dari rumah..office kat rumah...walaupun income tak lah sekencang kerja makan gaji tapi the satisfaction is there..anak2 membesar depan mata & buat sesuatu yg kita minat tanpa dalam keterpaksaan..tapi sebelum berenti tu kenalah wat savings sikit...utk masa2 terdesak..

Lina said...

ena

tu lar keje pun sbb nak bantu suami kan

Lina said...

thyla

betul tu...klu berenti tp kita ada pendapatan lain ok lar jg kan

Share |