Tuesday, October 26, 2010

Agenda Cuti 3 Hari

3 hari duduk kat rumah wahhh memang nikmat.  anak-anak pun sama naik lemak sebab boleh bangun lambat tak ada orang kacau. 

#Sabtu

bangun awal sebab nak pergi breakfast kat Tanjung Lumpur.  alaa kedai kat tepi laut tu masuk kat simpang Restoran Santai.  best breakfast kat situ sebab banyak pilihan.  cuma hari tu tak ada lempeng jer.  ramai juga jumpa orang ofis kat situ.  lepas breakfast terus pergi Tunas Manja Transit  Point shopping barang rumah.  dah beberapa bulan tak shopping barang rumah ni ye lar pakainya 2 orang jer...budak 2 orang tu banyak manalah pakainya.  selesai shopping balik rumah...sidai baju...kemas rumah...en khairol lak tidur sebab malam sebelumnya balik lewat dari Pekan.  dalam pukul 3 petang keluar semula cari makan.  kemudian en khairol pergi gunting rambut.  balik rumah semula sebab en khairol nak mandi dan tukar baju.  bawa budak 2 orang tu pergi ke Taman Bandar bagi makan ikan.  dah puas semua balik rumah.  lepas maghrib keluar semula pergi Kuantan Parade.  keluar dari Kuantan Parade pergi makan yong tau fu kat kedai favourite kami dan lepas tu terus balik rumah.

#Ahad

hari ni en khairol tak ada sebab pergi ke Pekan berbakti kepada Sultan dan negeri hehe.  jadi tinggallah mama dan 2 orang budak yang keletah tu.  macam-macam benda lak jadi hari tu yang menaikkan darah aku.

~ amsyar jadi pengutip sampah lak.  bila kakak atau dia minum air kotak...dah habis buang dalam tong sampah kat dapur.  aikk dia boleh pergi ke dapur ambil balik air kotak tu dari dalam tong sampah nak minum.  adusss tak taulah anak aku yang sorang ni.  pantang nampak makanan dengan air.

~ amsyar pergi dapur punggah semua pinggan, cawan, tuppeware, jag plastik...bawa ke depan buat mainan.  qistina pun ikut sama main masak-masak.  gitulah kerja aku asik ulang-alik kemas bekas-bekas tu semua.

~ qistina pulak minta izin nak main basikal kat luar (kawasan porch) tapi rupa-rupanya main tanah.  dia korek tanak dalam pasu bunga pas tu letak dalam bekas hidroponik, atas lantai.

~ yang paling gempak sekali...qistina kalau jadi penternak ikan memang berjaya sebab ikan-ikan tu tak akan mati kelaparan sebaliknya mati kekenyangan.  en khairol ada bela ikan sepat, puyu, talapia dalam tangki tempat dia bela ikan keli dulu.  masa aku keluar sidai baju boleh tergerak nak jenguk tangki tu.  ya Allah penuh makanan ikan dalam tu.  air pun tak nampak.  yang aku ingat dalam balang tu memang penuh lagi makanan ikan tapi dah kosong.  jadinya hampir kesemua ikan-ikan tu mati.  cuma tinggal 2, 3 ekor ajer yang survive.

#Isnin

hari ni ajak en khairol makan nasi padang.  kat Kuantan ada 2, 3 restoran nasi padang tapi ala-ala yer bukan sebijik cam kat Indonesia tu.  so, kami makan kat Restoran Wak Sofian berhadapan dengan Hotel Classic kat Jalan Besar.  not bad juga lauk-pauknya bolehlah setakat nak lepas rindu kat nasi padang.  kemudian en khairol ajak survey kolam memancing (nanti aku cerita kat entry lain). 


notahujungkaki : Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang Ke-80 buat Sultan Pahang pada 24 Oktober 2010

Lina

No comments:

Share |