Wednesday, September 29, 2010

Raya 2010


Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan semua.  Tahun ni giliran pagi raya di rumah mertua.  Kalau ada yang pernah baca blog aku sebelum ni mesti tau kan rumah family suami dan family aku tak jauh mana pun.  Kami ni dua-dua orang Kuantan.  Kalau pagi kat rumah mertua, dalam tengahari dah ada kat rumah family aku hehe.  Jadi, nak gaduh-gaduh pasal nak balik raya tu memang jauh sekali lah. 



Tahun ni tema baju raya kami blue pink hehe.  En Khairol dan Amsyar biru, aku dan Qistina pink.

Kalau berpagi raya di rumah mertua selalunya program lebih kurang sama macam tahun yang lepas-lepas.  Selalunya selepas sembahyang raya dan bermaaf-maafan kami akan ke kubur tapi tahun ni skip program tu sebab cuaca tak mengizinkan.  Kami terus ke agenda yang seterusnya iaitu ke rumah abang sulung En Khairol, abang Aziz.  Juadah rayanya memang sedap sebab isterinya pandai masak dan ada buka kedai makan.  Lagipun petang tu mereka nak bertolak ke Kelantan sebab ada kenduri kahwin sedara belah isterinya.

Bersama anak bujangku yang pandai posing depan kamera.

Balik dari rumah abang Aziz kami pergi pula ke rumah mak saudara En Khairol iaitu adik kepada ayah mertuaku.  Lepas tu baru balik ke rumah semula.  Malamnya baru balik ke rumah mak aku.  Itupun tak tidur situ kami balik tidur kat rumah.

 2 permataku yang paling berharga

Raya kedua pula kami singgah ke kubur dulu dan lepas tu ke rumah sepupu en khairol.  Lepas makan semua kami beraya ke Pekan pula.  Banyak juga rumah kami pergi sampai aku dah tak daya asyik minum air dan makan kuih raya.  Last last masa nak pergi beraya rumah Mak Ngah en khairol, kami call dulu dan minta dia masak nasi dan masaklah lauk apa yang ada sebab dah sebu perut asyik makan kuih raya.

You look blue

Malamnya pula aku dan En Khairol beraya rumah Mok De aku lak.  Kat situ kami makan sate.  Balik dari rumah Mok De, kami balik rumah, packing baju semua dan balik ke rumah mak aku.  Kakak aku dari Johor pun dah ada jadi meriahlah sikit rumah. 

En Khairol bersama anak daranya

Itulah serba sedikit cerita hari raya aku.  Aku cuti sampai raya kelima.  Raya keenam dah masuk kerja.  En Khairol pun macam tu juga.  So, tahun depan giliran berpagi raya kat rumah mak aku lar pulak. 

Lina

7 comments:

Unknown said...

selamat hari raya buat lina sekeluarga :)

Fieza79 said...

selamat hari raya buat Lina sefamili...maseh syawal lagi belom terlambat ni..

Ayen Giggs said...

Mcm YB pulok nengok en kerol tu,hehe....

sweetie2010.blogspot said...

suka tengok keluarga bahagia ni, baju pun cantik juga perempuan colour pink, lelaki biru..

Lina said...

ieda & fieza

selamat hari raya...thanks

Lina said...

ayen

ada tokoh tak...bole aku suh dia masuk bertanding nanti haha

Lina said...

sweetie

hehe thanks for the compliment...sebenonyer tersilap plan tu yg jd gitu haha tp ok jg kan

Share |