Wednesday, September 29, 2010

Hometown mak aku

pada hujung minggu baru-baru ni aku dan en khairol bawa mak ayah aku balik ke melaka.  untuk makluman korang, mak aku ni orang melaka. aku dengan adik-beradik aku je orang kuantan.  sedara-mara mak aku memang ramai lagi kat melaka.  dah lama sebenarnya aku tak balik sana.  ingat lagi masa aku kecik-kecik selalu juga balik sana tapi bila dah besar, dah kerja dan sekarang ni dah kahwin langsung tak jejak sana dah.  jadi alang-alang ada jemputan kahwin dan masih lagi dalam bulan syawal mak aku kata nak pergi dan apa salahnya ikut sama kan.  boleh menjejak semula sedara mara.

amsyar dan qistina dah standby awal-awal dalam kereta.  kami bertolak dari kuantan seawal jam 8.00 pagi.  singgah jap breakfast kat restoran zaman dan terus zoooommmmm ke melaka.  kami ikut highway kuantan-segamat, terus ke gemas, gemencheh, tampin, alor gajah, masjid tanah dan...

s
a
m
p
a
i

k
e

inilah dia hometown mak aku.  best kat sini sebab tepi pantai.  kalau sapa-sapa dari arah port dickson nak ke melaka atau dari melaka nak ke port dickson mesti lalu sinilah.  mesti jumpa kampung ni.

mak aku kata kat kuala sungai baru ni memang ramailah sedara mara mak.  kiranya kalau jumpa sapa-sapa kat kampung tu mungkin ada pertalian dengan mak aku. kalau tak bau-bau bacang, bau-bau kentut pun ada kot haha.

mula-mula kami singgah kat rumah sepupu mak kat tepi pantai tapi diorang takde kat rumah sebab dah sibuk kat rumah yang buat kenduri kahwin tu lah.  Jadi, kami ambil keputusan pergi rumah mak sedara mak kat darat,wan uda.  kiranya kami akan tidur kat situlah.  dah mandi dan rehat semua kami pun pergi ke rumah kenduri tu sebab katanya akad nikah lepas asar.  ok yang nak kahwin ni anak kepada sepupu mak aku.  mak aku ni ramai sepupu, belah atuk aku ada belah wan aku pun ada.  dah dua-dua orang melaka jadi semua berkampung kat situ je lar. .

lepas akad nikah apa lagi makan time la.  aku suka sebab ada acar berempah.  jarang nak dapat makan acar ni.

nilah bentuk rumah orang melaka.  walaupun sekarang ramai yang dah buat rumah batu tapi ada yang masih mengekalkan rumah ibu.

pagi hari kedua sebab tak ada apa-apa program pergi jalan-jalan tepi pantai.  seperti biasa en khairol kalau nampak orang memancing sure singgah untuk interview.  uncle ni memang cool, dia letak je pancing terus ikan sambar tapi bukan ikan besar la, ikan bolos je.  eh sedap tau ikan ni, goreng sedap, masak asam rebus sedap, asam pedas sedap, masak lemak pun sedap.  ishhh dah lama tak makan ikan ni.  aku rasa masa aku berhenti tengok uncle ni memancing adalah 6 kali dia dapat ikan. 

ini masa kami qistina dan amsyar mandi pantai.  adusss dah kampungnya tepi pantai jadi takkan anak-anak tak boleh mandi pantai kan.  kebetulan ada pakcik yang baru balik dari laut.  en khairol apa lagi terus snap dan interview lar.

 antara hasil tangkapan yang dibawa balik


kali ni amsyar dah berani sikit dengan ombak





sekali ayah dia pun mandi sama

lepas mandi pantai, kami pun balik semula ke rumah wan uda sebab nak pergi kenduri pulak.  semalam akad nikahnya hari kenduri besar lak pulak.  katanya kendurinya start awal dalam pukul 11 pagi.


sebenarnya amsyar masa ni tengah meragam...mungkin sebab tak cukup tidur dan kepanasan.  memang panas time ni aku dah berjeruk dengan peluh

dengan mama pulak

 mak aku tengah berborak dengan sedara mara kat penanggah...bukan senang nak jumpa ramai-ramai cam ni.  mak aku jarang balik kan.  lepas ni kena selalu-selalulah jenguk sedara mara.  lagipun en khairol pun dah selakkan diri ajak balik lagi sebab dia dah dapat tempat memancing.

 dalam pukul 1.15 petang pengantin sampai.  anak sepupu mak aku tu yang pengantin perempuan.

 lauk kenduri. yang best ada sambal tumis, lawan dengan gulai lemak pisang, ada pula ikan kering dan gulai daging..memang terangkat!!!

pasukan kompang

dari rumah kenduri kahwin balik semua rumah wan uda, kemas-kemas barang dalam pukul 3.30 petang bertolak balik ke kuantan.  best betul balik melaka kali ni.  ada can balik lagi hehe.

Lina

8 comments:

Ayen Giggs said...

Saye pun dah lame x balik kg mak/ayah saye,ingatkan nak balik gak tp xtaulaa bile,huhu....Seronoknye nengok gambo ayah ngan anak2 mandi pantai.Gambo mama mandi xde ke?Huahuahuahua.....

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

jejak saudara mara. Lama tak jumpa tentu seronok rasa bila dapat berkumpul semula.

budak2 kalau dapat mandi kat laut, main kat pantai berjam2 pun tak per.

I AM ME said...

alamak..rindu giler kat melaka
teringat pantai tu tempat main2 masa kecik dulu..huhu..rugi tak ikot.tp kalau ikot nk sumbat celah mane.hahaha

Lina said...

ayen

kg mak ayah u kat maner ye...klu stakat kat area kuantan tu x yah cite lar yer hehe...mamanya x mandi kang jd ikan duyung lak wahahaha

Lina said...

sweetie

betul tu nanti anak2 lak x kenal sedara kan ke haru

uisshh budak2 dgn laut ni mmg x bole dipisahkan...klu bole hari2 mandi laut pun xpe

Lina said...

iamme

tu lar bile dah lama x balik skali balik wahhh bestnyerrr...

eh bole ikut ape duduk kat atas bumbung lar ikat dgn tali hahaha

Ayen Giggs said...

Kg mak/ayah kite kat arab saudi sane tu yg lame dah x balik,kuikuikui....

I AM ME said...

sampai ati akak nk suh org duk atas ikat tali.
turun kete kaki ketor je...
hahaha