Wednesday, September 29, 2010

Beraya di Pantai Sepat

Raya kesepuluh iaitu hari ahad dah tak tau nak buat apa dah.  Hari sebelum tu ada beli ikan cencaru, pari untuk buat lauk hari ahad tu.  Sekali en khairol suggest makan kat tepi pantai.  Aku setuju jer.  Anak-anak lagilah suka kan pantai-pantai ni.  Kami pun startlah masak pagi tu.  Lepas siap-siap semua dah packing, dalam pukul 1 tu kami pun bertolak ke Pantai Sepat. 


Sampai kat Pantai Sepat, cari tempat, keluarkan barang-barang semua terus kami mengadap sebab dah lapar sangat.  Lagipun bau ikan bakar tu menusuk-nusuk hidung hehe.  Nasib baik amsyar tidur dapatlah mamanya makan dengan penuh nikmat hehe.


sup ikan tenggiri untuk anak-anak


 telur dadar wajib ada


 asparagus dan bunga kobis goreng belacan...juga sambal tempoyak

 pari bakar petai...sambal petai untuk ikan bakar tu dimasak khas oleh en khairol...memang sedap

 cencaru bakar petai

 lada kicap

 kena angin pantai makin lena amsyar

lepas dah kenyang semua apa lagi mandi pantai lah

 terpaksalah mamanya jadi guard...en khairol malas nak membasahkan diri









Dalam pukul 4 petang kami pun berkemas balik.  Qistina dan amsyar memang dah kepenatan.  Sampai je rumah masing-masing terus terbungkang termasuklah mama dan ayahnya.  Memang best picnic kat Pantai Sepat tu sebab kawasannya lapang dan teduh.  Cuma satu je lar tak ada kemudahan tandas awam.  Tandas awamnya ada tapi tak berfungsi.  Tak taulah kenapa.  Pengunjung-pengunjung yang datang mandi-manda tu terpaksa pergi ke tandas yang disediakan oleh pekedai-pekedai di situ. Jadi kalau ada pihak yang berkenaan baca blog aku ni (ada ke hehe) tolonglah buat tindakan apa-apa yang patut.  Katanya nak mempopularkan Pantai Sepat tu tapi kalau kemudahannya macam hampas nak buat apa kan.

Lina



3 comments:

Ayen Giggs said...

Besonye telur dadar tu,brape bijik telur gune.......ihiks.

Lina said...

ayen

hahaha dlm gambo mmg nampak beso tp pakai 2 bijik je tu

Ayen Giggs said...

W/pun 2 bijik tp beso kan smpai nak penuh bekas tu haaa,hehe...Telur ape gune tu?....ihiks.

Share |