Wednesday, June 2, 2010

Family Day KESUKEP - Final Part

Salam semua...

Hehe sorry kawan-kawan... antara Part 1 dan Final punyalar lama gapnya.  Ok aku sambung yer pasal Family Day di Bukit Gambang Resort City. 










Hari kedua kami ambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar resort sebelum pergi ke Theme Park.  Kalau dah siap sepenuhnya mesti cantik resort ni.


Dalam pukul 11 pagi kami check-out dan terus ke Theme Park.  Untuk pergi ke Theme Park boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki keretapi yang disediakan oleh pihak resort.  Tak adalah jauh sangat dari tempat penginapan kira-kira 5 minit jer.


Benda ni aku rasa yang paling happening kat Theme Park tu.  Mulut gergasi tu tengah diisi dengan air.  Bila dah penuh ia akan menumpahkan air ke bawah.


Inilah yang berlaku bila air daripada mulut gergasi tu jatuh ke bawah.  Memang best hehehe.  Aku pun sibuk sama dengan Qistina duduk tunggu kat bawah.





Qistina bila dah jumpa air dah tak ingat nak balik dah.



Pelampung-pelambung untuk disewa.



Ini dalam perjalanan keluar dari Theme Park.  Masa ni dah petang tapi Qistina tak puas hati nak main lagi.



Kanak-kanak yang melebihi tinggi seperti di atas dikenakan bayaran seperti orang dewasa.  Nasib baik masa ni free hehehe.

Ok, di dalam Theme Park untuk membuat bayaran seperti pelampung atau makanan tidak memerlukan wang tunai.  Cuma di dalam Theme Park ada pondok yang disediakan untuk top up duit di gelang tiket kita.  Tak kisahlah berapa nak top up RM50, RM100 dan sebagainya.  Jadi setiap kali kita membeli makanan mereka cuma tag di gelang kita. Tidak perlu risau sekiranya masih ada baki akan dipulangkan semula.

Terima kasihlah kepada KESUKEP kerana menganjurkan Family Day yang best ni.  Harap-harap tahun depan lebih best lagi.

Lina

No comments: